klik Nuffnang


Wednesday, December 29, 2010

Santai di Port Dickson (PT 4)



Ni entry tertunggak....baru sempat sambung kisah cuti2 sambil bertugas di PD...masih kisah di Hotel Ancasa Allsuites Resort & Spa P.Dickson dan Pantai Teluk Kemang. Gambar byk ..jadi lambat sikit nak update.Kali ni kisah hari ke 2 di P.Dickson.
Mula-mula tayang gambar anak dara mama yg sorang ni...



Pagi hari lepas sarapan anak2 mandi-manda di swimming pool dgn ditemani mr husben sbb mama ada tugas yg menanti.



seperti biasa...budak2 kalau main air seronok betulll...



Lepas anak2 mandi..balik bilik bagi mrk rehat kejap. Bila mama siap kerja ..kamipun bersiap2 utk check out.



Singgah dulu di lobi....Syakirah dgn abg2.



Lepas tu ke taman hotel lagi sbb mlm sebelumnya tak puas jln2 hari dah senja.



Posing lagi di taman hotel....








suka tengok wakaf di tmn yg dipasang siap dgn langsir putih...



Lepas posing dan jln2 di taman kami ke pantai pula.Ramai yang mandi manda dan berkelah pada hari tu.












pengunjung naik banana bot....

Tuesday, December 28, 2010

Congo Bars



Congo bar ni buat semlm lepas balik dr opis....terasa nak baking sesuatu sbb week end baru lepas tak baking apa2. Lepas masak, Syafiq anak no 3 masuk dapur tanya bau apa sedapnya. Dia minta jgn tutup dulu kek sbb nak hidu bau kek....mmg sedap bau kek baru masak...buat tak sabar2 nak potong tp kena tunggu sejuk nanti tak cantik dipotong.



Congo bar ni sepatutnya guna loyang lebar, agar congo bar ni nipis sikit tp guna loyang 9 x 9 jadi nampak tebal macam brownies. T.kasih byk2 buat Rima@ bisousatoi.com yg menyumbangkan resepi.

Congo Bar
Sumber; Rima@ bisousatoi.com

Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour - guna tepung gandum biasa
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened - guna 150gm butter
1 lb. light brown sugar - letak 300gm (boleh kurangkan lagi)
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - guna 250gm chopped milk choc compound
1 cup chopped pecans (optional) - letak 3/4 cwn cashew nut

By mixer:

Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:

Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!
(Guna mixer dan bakar dlm loyang 9 x 9 dan alas dgn kertas minyak)



Mmg yummy congo bar ni...dgn rasa coklat cair didalamnya. Patutlah ramai dah cuba. Syafiq suka...abg2pun suka..lepas sepotong-sepotong mrk mkn...sedaplah kek ni mama kata mrk.

Saturday, December 25, 2010

Macam2 ada di SDSI



Aktiviti di satu hujung minggu... ke pameran SDSI (Satu Daerah Satu Industri). Macam2 yang dipamerkan dan dijual....brgnya dari seluruh M'sia. Pengunjungpun ramai. Ada produk makanan...hiasan dll.
Terbahagi 2 bahagian...dlm MITC khas utk produk yg dijual dan dipamerkan, manakala khemah di luar gerai2 makanan dan tempat makan...gerai2 dari seluruh negeri di M'sia yg menjual makanan terkenal negeri masing2.

Antara makanan dan gerai di bahagian luar MITC :



gerai ni ada jual nasi ambang dan lepat loi serta burasak...baru pertama kali dengar lepat loi dan burasak..



sup tulang gear box seperiuk besar...ni gerai dari utara kalau tak silap



Antara gerai makanan di luar dewan...gerai dari negeri Pahang



pentas di khemah luar tempat makan2pun ada persembahan tarian



gerai buah-buahan pun ada

Ni yg dijual dan dipamer dlm MITC :



Pelbagai jenis dodol...dgn mcm2 saiz bungkusan



pizza,cheese tat dan kekpun ada dijual



persembahan tarian pun ada...entah tarian dari negeri mana ni...


nipun cantik...bunga dari daun getah..kreatif..



Cantikkan bunga pot pourri dlm daun getah...


Yang ni gerai-gerai negeri yg sempat singgah....








Gerai dari Sabah



Gerai dari Sarawak



barangan kraf dari Sarawak







byk lagi gerai pameran dan makanan yg ada pada hari tu..tak larat nak ambil gambar byk2..orgpun ramai.

Awesome Chef Award Dari Nur dan Nieza

T.Kasih Nur dan Nieza sudi hadiahkan Awesome Chef Award .....segan nak angkut award ni sbb masakpun biasa2 saja....nak jadi chef tu dlm mimpi kut.




1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda

Sejak sekolah lagi dah tlg mak masak sbb mak berniaga kedai makan tp masa tu tlg jadi tukang pegang senduk..kacau2 gulai dan siapkan bahan2 utk mak masak. Dah kahwin barulah pandai2 nak belajar masak sendiri. Masakan pertama kurma ayam.

2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
Yang menggalakkan masak sudah semestinya mr husben dan mak.


3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
Paling suka masak adalah mee kari....ni menu favorit kami sekeluarga bila week end. dlm sebulan ada 2 kali masak. Kalau mee kari anak2 biasa makan bertambah2...


4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. jangan mara aaa.....

Award ni nak kongsi dengan semua kawan2 yg selalu berkunjung ..

Award dari K.Lin



Ini Adalah Award Dari Kak Lin .T.kasih K.lin sudi bagi award ni. Dah dpt award kena jawap soalan.

1. Apa Benda Paling Cool Dalam Hidup Korang?
benda yg paling cool...emmm sudah semestinya air-cond di office..mmg sejuk sgtttt..

2. Siapa Orang Paling "Cool" Pernah Korang Jumpa?
Kalau paling cool rasanya anak no 4, Syazrin...cabut gigipun tak nangis...cool betul.

3. Pass Kepada 3 Bloggers
Nieza, Nur dan Ana

Friday, December 24, 2010

Sup Tulang Rawan



Kalau sup tulang di rumah mmg semua suka....kali ni mencuba resepi sup dari majalah.

Sup Tulang Rawan
Sumber; Majalah Rasa

Bahan
1 kg tulang rawan (rusuk)
3 biji bawang besar - mayang
10 ulas bawang merah - mayang
5 ulas bawang putih - mayang
2.5 cm halia - mayang
2.5 cm lengkuas-ketuk
2 sudu mkn sup mkn sup
1 sudu ketumbar biji - tumbuk kasar
2.5 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga hindi
garam secukup rasa
serbuk perasa - hanya letak serbuk lada hitam
1 biji cili - hiris, daun sup,daun bwg
3 biji asam limau
air utk kuah secukupnya
minyak utk menumis

Cara
1. Rebus tulang dgn air hingga empuk
2.Tumis kulit kayu manis, lawang,pelaga dan ketumbar hingga wangi
3. Selepas itu masukkan bahan2 yg dimayang dan lengkuas. Tumis hingga kekuningan
4.Masukkan rempah sup
5.Masukkan ke dlm air rebusan daging. kacau
6.biarkan sebentar, rasakan garam dan perasa
7.Hidangkan dengan hirisan cili,daun sup ,bwg. perah limau sebelum mkn



Satu lagi resepi sup yg menepati citarasa kami sekeluarga....

Thursday, December 23, 2010

Masak Lemak Telur Itik



Masak lemak telur ni dah lama buat tp baru sampai giliran update dlm blog. Telur itik tu minta tlg dgn kawan sepejabat yg pulang kg belikan. Telur itik masak lemak antara lauk kegemaran.Hero mama yg no 3 pun suka masak lemak telur ini.

Masak Lemak Telur Itik

Bahan

5 biji telur
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 1 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
2 biji cili hijau,kacang pjg

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat , serai,asam keping, garam dlm periuk besar dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab,.Perlahankan api.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacang panjang .
4.Kacau perlahan agar santan tak berketul hingga telur masak.Masukkan cili hijau..kacau kejap..siap utk dimakan.

Wednesday, December 22, 2010

Melaka wonderland theme park


abaikan 3 org yg menempek dkt pushcahir Syakirah, mrk tumpang ambil gambar dgn Syakirah.Syakirahpun dok pandang je mrk.....sapalah org ni..

Xtvt kami sekeluarga hari ahad yg baru lepas...mandi-mada di Melaka wonderland theme park yang sesak dgn pengunjung. Theme park ni terletak di Ayer Keroh..tak jauh dgn Zoo Melaka...baru buka thn ini.
Masa sampai 10.30 am, org parking kereta dah sampai keluar. Berduyun-duyun org masuk ke theme park ni...ada yg patah balik sbb tengok ramai org.
Satu lagi makanan dr luar tak dibenarkan bawa masuk...dipintu masuk petugas akan selongkar beg....jadi kena pandai2 kalau nak bawa masuk makanan. Nasib baik bekal kami lepas...siap bawa nasi goreng,mee goreng,sosej roll..botol air...mrk tak jumpa cari!



Mula2 ingatkan nak tangguh juga pergi lain minggu sbb tak best kalau ramai sgt org, maklumlah cuti sekolah tp memandangkan dah janji dgn anak2 dan dah bertangguh sebelum ini...maka masuk jugak.



Ni bahagian yg ada ombak...tengok padat dgn pengunjung tp anak2 suka main kat sini... siap ada Dj dok atas pentas



lagi view bahagian kolam yg dibuat mcm pantai..landai dan ada ombak



bahagian belakang pentas... ada aliran air memanjang di situ..utk sapa2 yg suka terapung atas tiub



penuh dgn payung2 di sekeliling kolam



Syakirah dgn abg2nya...



buah hati mama seronok main air..



bhg kanak2 dan famili nipun sesak....nak gerakpun tak bebas..



Syakirahpun seronok dpt main air...bila naik atas...tunjuk ke kolam..nak-nak



sesak dgn pengunjung...budak2..mak budak..bapak budak...



play ground yg besar di tengah kolam dgn 8 slides...


Syakim main slide....



ni bahagian slide dewasa



persembahan dari maskot theme park...ada jam 1.30 tgh hari dan 3.30 ptg



gaya anak dara mama bila disuruh posing tepi kolam....

Klik Nuffnang2