klik Nuffnang


Thursday, January 27, 2011

Kisah Syakirah....



Assalammualaikum auntie dan acik-acik semua.Mama sibuk kursus di KL minggu ni....jadi tak ada citer masak-masak. ..hanya kisah Syakirah.



Syakirah skrg dah 1 thn 7 bulan....mama dan abah cakap Syakirah cepat besar sbb baju saiz budak 2 thn mmg pendek utk Syakirah...



Syakirah suka rambut bertocang...tak kira tocang satu atau dua...

Ni pulak antara xtvt harian dan kesukaan Syakirah bila di rumah ;



suka tengok Upin Ipin......kadang berebut komputer dengan abg2...biasa Syakirah yg menang



Bangun pagi2...belum mandi dah ngadap laptop.



xtvt melipat kain Syakirah suka.....Syakirah dah cam baju mama..baju abg...



mama cakap kalau stokin lipat cam bola gini...



suka tengok buku..majalah..katalog...Syakirah suka tengok gambar



Syakirah tak suka lantai kotor....Syakirah akan sapu atau mop



pusing....mop belakang pulak!


bila di dapur Syakirah suka tlg mama tumbuk...



tp mama bagi Syakirah tumbuk kejap je...takut tertumbuk jari



belah petang , Syakirah suka main bola dgn abang2.....pakai skirtpun main bola jugak!



Syakirah dgn abg Syazrin...abg Syazrin suka layan Syakirah



Syakirah dengan abg-abg kesayangan Syakirah...merangkap bodyguard..tlg tengokkan Syakirah



ok bye-bye auntie dan acik semua.....nanti sembang lagi.

Monday, January 24, 2011

Baru satu mlm.....mama dah rindukan Syakirah!



Baru satu malam tinggalkan Syakirah , mama dah rindukan Syakirah ....apakan daya mama berkursus sekarang tak boleh nak bawa Syakirah sama. Sepatutnya last week lagi lepas balik Langkawi dah kena ikuti kursus bersama-sama mr husben tp tangguh , sbb byk kerja yang perlu diselesaikan dulu , tambahan pula tak sanggup nak tinggalkan lama Syakirah dan abg2 nya. Jadi minggu ni baru dpt dtg ikuti kursus.
Kursus seminggu till Jumaat tp akan balik kejap tengok Syakirah dan abg2....tak bolehlah pisah lama-lama..



Asyik dok teringat keletahnya...



senyumnya....



dan aksinya yg suka posing..



Syakirah dengan abg Syazrin...

***Gambar tak terang sgt sbb guna hp....



Dari bilik penginapan tempat kursus di KL..........

Friday, January 21, 2011

Mee Udang....menu ulangan



Mee udang....untuk hidangan keluarga 2 minggu lepas. Kami sekeluarga suka mee udang...anak2 pula kalau mee yg berkuah mmg favorit mrk. Dah beberapa kali buat mee udang sbb agak mudah bahan2nya, selain rasanya yg menepati selera...



Masih guna resepi Mee Udang dari MyR boleh klik sini di sini .

Wednesday, January 19, 2011

Kuih Puteri Ayu yg ceria



Entry kali ni tayangan ulangan kuih puteri ayu import dari dapur FP Mamasya . Suka kuih puteri ayu tp sejak balik sini tak berkesempatan nak buat lagi...terasa nak makan beli je.Tempek dulu resepi kat blog, mana tahu kerajinan melanda nanti nak buat.
Resepi asal dari Blog Princessharyati... t.kasih tuan resepi, tp dah diubahsuai biar nampak ceria dgn letak warna-warna.

Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan;

270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

nota dapur mamasya
utk dptkan warna-warni bahagikan adunan kpd 3 warna, tuangkan setiap adunan berwarna sebelah menyebelah dlm acuan cepat-cepat agar setiap warna muat di bahagian atasnya. Barulah dikukus.
kelapa muda ni guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave



minggu ni belum berkesempatan meronda dapur kawan2...nanti free sikit akan buat kunjungan balas. semoga semuanya ceria!

Tuesday, January 18, 2011

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting



Sampai dari Langkawi 2.45 pagi Isnin...mengantuk dan penat..dek perjalanan yang jauh tp seronok dpt selesaikan bengkel dan xtvt tak rasmi dgn kawan2 office kat Langkawi. Gambar kat Langkawi tak da sbb malas nak usung kamera.

Ok kali ni nak kongsi kek karot yg dibuat minggu lepas sama hari dgn baking Death By Chocolate Cake. Kek karot ni resepi yg dah lama sgt teringin nak cuba tp memanjang tangguh.Utk topping cream cheese tu guna lebihan cheese utk tiramisu tempoh hari, dptlah 1/2 bertopping cheese. kek selain kek coklat mmg kurang jadi kegemaran anak2....tp kek karot ni abg no 3 suka.



Kurang berpuas hati sikit sbb buah kismis mendap ke bawah..

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
sumber; ishikawa_ayumi @ MyR

Bahan-bahan ( 9 inch )

* Bahagian Kek
* 1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
* 4 biji telur gred B
* 120 gm gula castor
* 120 gm gula perang
* 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)- ganti cashew nut
* 250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)
* 1 tsp baking soda
* 1/4 tsp garam
* 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)- tak letak
* 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
* 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
* 1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)
* Cream Cheese Frosting
* 120gm gula icing
* 250gm cream cheese
* 120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
2. kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
3. akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
4. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
5. cream cheese frosting

masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
6. utk lebih sedap, chill kan semalaman.

note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.




Bila masak hulur juga utk jiran...pulangkan bekas kuih tp tak cukup nak balas jiran-jiran yg bagi kat kami macam2.Citernya minggu lepas minggu rezki. Hari Jumaat jiran tepi rumah bagi kuih-muih, mlm sabtu jiran tepi rumah yg satu lagi tapaukan nasi dan lauk pauk masa hadiri kenduri arwah rumahnya. Pagi ahad jiran sebelah rumah bagi ikan sungai, ptgnya jiran yg baru pindah sebulan ke kws ni bagi kami kuih serimuka. Ptg yg sama juga jiran lain bagi sayur-sayuran.
Org memberi kita merasa...Alhamdullilah rezki tp yang penting masih kuat semangat kejiranan kat kws rumah tinggal skrg...saling tegur menegur dan tolong menolong antara satu sama lain tak kira bangsa, tu yg mama suka. Musim buah tempoh hari ...jiran Cina selang 2-3 rumah siap bagi sebesen durian hasil dusunnya. Anak2pun suka bermain dgn anak2 jiran... kalau belah ptg, lambat keluar je pakat dtg panggil nak main sama2. Syakirah yg kecikpun, ptg je anak2 jiran yg pompuan dtg nak main dgn Syakirah.

Thursday, January 13, 2011

Roti Goreng Rangup..mudah..anak2 suka



Roti goreng rangup ni hidangan minum ptg hujung minggu sebelum ini. Resepi tengok di blog Izah Muffin Lover...ptgnya terus buat. Tak bertangguh mencuba sbb mudah sgt dan bahan2nya pun dah sedia ada di rumah.

CRISPY FRIED BREAD
sumber: MyR @ Hasue , copy dr blog Izah Muffin Lover , t.kasih Hasue dan Izah.

Bahan-bahan

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

nota dapur mamasya; buat 1/2 adunan, cukup utk salut 8 kpg roti.



Anak suka roti goreng ni,mmg rangup..lain kali boleh buat lagi, cuba letak inti lain.

Bye-bye dulu...minggu depan jumpa lagi. Tuan rumah dari Jumaat till Ahad di Langkawi..bukan bercuti tp berbengkel bersama rakan2 sekerja di sana. Slmt berhujung minggu semua.

Salam dari Dapur mamasya

Wednesday, January 12, 2011

Death By Chocolate Cake



Death By Chocolate Cake..... nama kek ni menakutkan tp teringin nak mencuba sbb ramai yg dah buat....cukup femes di blog.



Baking hari ahad yg baru lepas. Kek ni mmg moist dan yummmy....abg2 suka tp yg paling suka abg no 1. Mamapun suka jugak...pantang dgn kek coklat....pantang kena mkn!

Death By Chocolate Cake
Sumber; Mrs Hidayat @ MyR

Bahan-bahan ( loyang 9" )

* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak/ gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit.
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

nota dapur mamasya; utk whipped cream, mamas simpan dulu dlm peti ais biar whipped cream agak keras sikit.bakar lebih 45 min.



Nilah hasil krastangan.. deco versi mudah..campak-campak coklat rice...



sepotong tak cukup.....

Monday, January 10, 2011

Rendang Ayam



Rendang ayam masak utk dimakan dgn nasi jagung. Utk rendang ayam, biasanya suka buat versi mudah guna serbuk kari/serbuk rendang ganti cili kering. Anak-anakpun suka rendang gini...

Rendang Ayam
Sumber; Dapur Mamasya

Bahan-bahan

10 ketul ayam
1/2 pkt kecil / 3 sb serbuk kari ayam/serbuk rempah rendang - campurkan sedikit air jadikan pes
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
2 btg serai di ketuk
2 gelas santan sederhana pekat
2 sudu kerisik
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut
Air

Cara-cara

1. Kisar bahan *. Tumis bahan kisar.
2. Bila wangi masukkan serbuk kari, kacau hingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan serai dan sedkit air.Kacau rata hingga ayam empuk sedikit.
3.Masukkan santan,daun limau purut dan garam .
4.Kacau lagi hingga hampir pekat,masukkan kerisik dan kacau lagi.
5.Bila dah masak dan sikit kering/pekat bolehlah diangkat.

Nasi Jagung untuk hidangan keluarga



Nasi jagung masak hari Jumaat minggu lepas...masa cuti bola. Kebetulan belah paginya masa mengemas gorbok, jumpa 1 tin jagung...bahan2 lainpun dah ada...jadilah jugak masak nasi jagung. Sebenarnya dah lama nak buat nasi jagung tapi asyik tertangguh... antara resepi yg di kiv begitu lama.



Nasi Jagung
Sumber; Zara Klate MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
* 4 cawan beras basmathi
* 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
* ½ cawan susu cair
* ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit halia*
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak
* 2 helai daun pandan disimpul
* sedikit garam
* kisar bahan yg bertanda *
(nota dapur ; tambah sesudu kunyit serbuk dlm nasi bagi warna sikit)
Cara-cara

1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nya dan masaklah hingga tanak.(Buatkan lubang letak serbuk kunyit)
6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.



Untuk lauk nasi jagung masak rendang ayam dan buat acar.Nasi ni sesuai dgn citarasa kami sekeluarga cuma anak2 bila mkn kutip buang jagung....rugilah jagung sedappun tak suka...diorg kata tu sayur.

Sunday, January 9, 2011

Kek batik biskut marie



Kek batik biskut marie ni dah lama buat....masa ke PD tempoh hari, buat bekal anak2. Tp baru 10 min keluar rumah dah buka bekal....sampai PD dah tinggal 3-4 ketuiii....
Anak2 dah jadi kebiasaan masuk kereta je tanya ada tak bawa makanan. Wpun keluar dkt biasanya bawa bekal, paling ringkas bawa bekal biskutpun jadilah atau bawa roti dan minuman, isi siap2 dlm botol . Kalau jln jauh sikit macam2 makanan kena bawa...nasi goreng ke...bihun, sandwich ke atau lain2...mcm nak pergi berkelah. Tak da benda nak buat dlm kereta tu yg diorg cepat lapar..nak mkn dlm kereta. Itu belum ambil kira lagi, kalau berhenti station minyak...mcm2 makanan nak beli..tp biasa anak2 suka beli roti inti coklat atau biskut.

Kek batik biskut marie

sumber ; MYR Mrs Hidayat

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

* 1 bungkus (350g) biskut marie
* Setengah buku butter
* 2 biji telur
* 1 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn milo
* 1 cwn air
* 3/4 cwn gula
* ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang



Berbalik kepada resepi...mudah dan ringkas resepi ni..tambah2 sukatan guna cwn dan bahan2nya mmg sentiasa ada di rumah.Anak2 suka kek batik ni....maklumlah ada rasa coklat.

Friday, January 7, 2011

Tortilla @ Toasted Wrap



Ptg 2 hari lepas buat tortila wrap yg mudah dan ringkas utk minum ptg. Biasanya jarang buat minum ptg kalau hari kerja...tak sempat nak masak apa-apa, yg tortilla wrap ni mudah,jadi dapatlah buat. Beli tortilla kat supermarket.....panas kejap atas kuali leper, sumbatlah apa yg nak.



Ini pertama kali makan tortilla...boleh tahan jugak rasanya bila letak inti mcm buat kebab mudah tempoh hari.Iaitu letak hirisan daging burger, salad,buah tomato,sos cili&sos tomato dan mayonis...mayonis kena letak byk2 baru sedap. utk anak2 tak letak sayur tp tambah sosej.Kalau letak sayur, diorg korek buang....susah betul nak bagi mrk suka sayur.

Thursday, January 6, 2011

Tiramisu...yummmyyyy



Ni xtvt cuti hujung minggu yg baru lepas....buat tiramisu. Pada mulanya baking kek sponge nak buat kek lain tp bila kek dah masak tukar plan terasa nak mkn tiramisu.....dah lama tak makan sejak balik sini.



Tiramisu Simple
Sumber: Copy dari Blog K.Zai@ Teratak Impian , resepi asal umi_e (myresepi.com).

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


abg-abg suka betul tiramisu...sorang segelas...habis mrk makan,tanya ada lagi ke tak...



Ni tiramisu dari dapur Fp, buat sebiji kek....

Wednesday, January 5, 2011

Menu Hari Ahad.....Asam Pedas Tetel



Menu hari ahad yg dihidangkan untuk keluarga...asam pedas tetel.Masa di Brunei anak2 terutamanya tak suka lauk asam pedas. Tapi sejak balik sini sefamili dah suka pulak lauk asam pedas.....rasanya sbb dok Melaka negeri yg femes dgn masakan asam pedas sampaikan anak2pun dah suka juga.
Masa mkn asam pedas tetel di tempat kenduri....suka betul abg yg sulong...sampai bertambah. Itu yg masak juga asam pedas tetel....mmg suka dia.



Siap terhidang asam pedas tetel...nama je asam pedas tp tak pedas sgt sbb kami sekeluarga tak makan pedas.

Asam Pedas Tetel
sumber; Blog CMG ..t.kasih CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)- campur daging tetel+daging biasa
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)- ketuk je
Air secukupnya
**tambah 3 helai daun limau purut
CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, daun limau purut, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..

Lauk-lauk sampingan lain yg dihidang...



ikan bakar cicah dgn air asam...air asam tu letak cili,buah tomato,bwg besar,racik mangga muda dan perah limau nipis+garam+ gula. Ikan yg masih berbungkus tu ikan cencaru.



Sayur kailan goreng dgn ikan tenggiri jeruk....ikan tenggiri jeruk masa goreng harum semerbak satu rumah...



kerang rebus dgn serai yg diketuk+garam. kerang ini favorit mama dgn abg no 3 & 4...mkn cicah sos .

Klik Nuffnang2