klik Nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Mari buat biskut Cornflakes Madu dgn abg Ayen & Ida



Tayang dulu biskut cornflakes yg dibuat 2 minggu lepas....nak habiskan cornflakes sambil utk anak2 makan dan buat buah tangan utk anak saudara di Sg Buluh. Tengok sapa yang sibuk juga tolong buat biskut cornflakes.....



sapa lagi kalau tak Ayen dan Ida....sibuk betul nak tolong. Mula2 Syakirah mama letakkan atas kerusi dia, tak nak bagi kacau. Tengok mama dan abg Ayen buat biskut...dia dah jerit minta tlg buka ikatan kerusi nak tolong sama...tolong kacau.Abg Syazrin tlg letakkan papercup atas dulang...dia nak juga tlg isikan cornflakes dlm bekas. Syakirah bila tak bagi tlg, dia cakap pandai..pandai...konon-kononnya dia tahu buat...bising mulut dia selagi tak bagi tolong.
Ok sapa-sapa perlu pembantu nak buat biskut cornflakes boleh hubungi dua beradik ni...hi..hi..



Kalau nak resepi, sila klik sini


Kalau hari raya biskut cornflakes sudah semestinya buat...mudah dan ringkas. kegemaran kanak-kanak...

Wednesday, March 30, 2011

Ayam Bakar Berempah dgn Sos Lada Hitam



Tayang dulu dinner kami malam ahad baru-baru ni...ayam bakar berempah dgn sos lada hitam dan coleslaw.
Dah plan nak buat ayam bakar week end hari tu...dari hari Sabtu,tgh hari pergi kenduri..mlmnya masak ringkas aja. Hari Ahad baru sempat buat...tupun utk dinner, siangnya utk lunch beli nasi ayam sbb dah penat jln2, jadi mlm baru sempat bakar ayam. Ayam dah perap petangnya...lepas Maghrib, tinggal masuk oven. Biasa buat ayam bakar blackpepper...kali ni tukar selera nak rasa ayam bakar berempah. Resepi dari Fp K.Liza, t.kasih K.liza.

AYAM PANGGANG BEREMPAH
Sumber; Fp K.Liza

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]- ayam potong 4
bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula - letak 1 sb shj
1 s/b minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.- bakar lebih satu jam, dkt masak guna menu grill
3. Hidang dengan Coleslaw, sos lada hitam dan sayuran salad
Coleslaw

Bahan [racik halus]
1 biji kecil kobis manis
1 batang carrot kecil
**tambah sebiji epal hijau

Sos [gaul rata]
1 cawan mayonis
2 s/b cooled water - tak letak sbb sayur dah berair
1 s/k lada hitam
1 s/b jus limau kasturi or lemon

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebleum dihidangkan dengan ayam.



Sos lada hitam boleh makan dengan lain-lain ayam bakar..

SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.



Ayam bakar ni sengaja bagi garing sikit.Letakan lebihan perapan atas ayam...lebihan perapan ni pun dah masak dalam oven...pastikan perapan tidak terlebih garam sbb nak mkn dgn sos lada hitam.Ayam bakar berempah ni kalau tak mkn dengan blackpepper sos pun dah cukup rasanya sbb ramuan ayam dah terasa rempahnya. Tapi buat juga sos lada hitam. Anak-anak macam biasa kalau ayam bakar kegemaran mereka...meratah...nasi dah tak nak mkn.

Tuesday, March 29, 2011

Syakirah dah 21 Bulan



Rehat kejap dari entry makan-makan....layan aksi ceria anak dara mama yang sorang ni bila diminta posing...



Syakirah dah 21 bulan....bulan Jun nanti 2 thn tp baju pakai saiz 3 thn. Bila ditanya, Syakirah umur berapa...6, skrg pukul berapa...6 ,tadi tengok lembu, ada berapa ekor...6 jugak..semua nya 6...hi..hi..!




Suka nyanyi lagu Maher Zin InsyaAllah dan nyanyi lagu jom heboh-heboh sambil lompat-lompat menari..



gaya melentik pula....



Syakirah tak da bantal bucuk tp tak boleh berenggang dgn kain lampin..nak jalanpun kena bawa, dipegang..cium...tak boleh tidur kalau tak da kain ni...Syakirah panggil kain putih. Kalau tak da, cari sendiri dlm almari bajunya..



tak layan sapa-sapa ...sibuk mencari susunya..



dah dapatpun susu....suka susu panas



dgn abg Syafiq...dah pandai gaduh dgn abang2 skrg ni..tak mudah mengalah dgn abg2..



bila nak keluar...mama angkut hbag..Syakirah angkut bag susu



jom pi alan...suka tul dia bila cakap nak gi jalan, cepat je nak tukar baju...



Suka tengok sinetron Indonesia yg pukul 2 tu..citer apa tu Syakirah..anda...(Marshanda). Sebelum ni sinetron citer isya..(Alisya)...kdg2 bila terlalu kusyuk tonton sinetron sampai terlena ....hi..hi..



anak patung ni mula2 beli dia ckp tak nak..takut..tp bila ckp panggil anak patung ni kakak baru dia nak main.Bila tanya nak mkn nasi apa...nasi lemak. dah pandai buka saji skrg..intai apa yg dihidangkan..akan ambil apa yg dapat dicapai bawah salji!



dgn abg Syazrin...Syakirah panggil ayen...



ustazah Syakirah...abg-abgnya panggil



Abg2 ngaji Quran, diapun sibuk nak ngaji jugak...alif..baa..taa..tu yg boleh sebut. kain lampin dah jadi tudung pulak.

Kenangan Syakirah dgn kawan2 siber ...
Mama ada kwn2 siber, Syakirahpun ada juga



dgn Liana puteri Along Roz , kenangan semasa Raya Puasa thn 2009 di rumah Along. tengok pipi Syakirah dgn Liana sama bam-bam.......



dgn Mawaddah puteri Yah@Masriyah, kwn FP semasa Yah sekeluarga ke rumah kami awal thn 2010.Senyum riang Syakirah kwn dtg ke rumah...



credit to abg Syamil tlg edit gambar Syakirah

Monday, March 28, 2011

Apple Crumble With Ice Cream



Bila tengok apple crumble makan dgn ais krim di blog Along terus berkenan nak cuba. Buah epal ada....susu ada..bahan2 lain semua lengkap tp bila buka peti ais...ais krim dlm bekas dah licin....hero-hero mama dah habiskan. Nampaknya kena tangguh week end lagi baru beli ais krim....kalau bukan week end malas nak keluar belanja.



Setelah bertangguh ptg semalam dapatlah juga merasa apple crumble .Ais krim beli tgh hari sambil keluar shopping brg dapur....ptgnya terus buat , kena buat cepat2 sebelum ais krim licin.Maklumlah hero-hero mama yg berempat tu kalau ais krim mmg kejap je habis sebekas....
Ptg2 dlm cuaca panas dapat mkn ais krim....yummmm....bhg atas tabur dgn cho rice dan cho ball.suka bhg crumble dan sos kastad tu...sedap mkn dgn ais krim....

Apple Crumble
By: Roz@HomeKreation ...t.kasih AlongRoz kongsi resepi!

bahan
Size: 6"x9" casserole - guna bekas kecil
BAHAN2:
3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris
3 sb Gula Perang*
1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur)
75g Tepung
40g Mentega
1 sb Gula

SOS KASTAD:
250ml Susu Segar
1 sb Gula
1 sb Tepung Kastad - tambah 1/2 sb
1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.
Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.

2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.

3. Bakar 180C selama 30 minit.

4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit.- masak dlm periuk sekejap atas dapur

5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.



Utk sos kastad masak atas dapur sekejap.

Sunday, March 27, 2011

Sepagi Di Pantai Puteri & Melawat Makam Hang Tuah



Ni kisah awal bulan Mac yg lalu...baru sempat update kali ni. Kisah ke Pantai Puteri utk sarapan pagi...singgah dulu di Makam Hang Tuah dan selepas sarapan tengok xtvt2 yg terdapat di Pantai Puteri semperna JP Joran.

Melawat Makam Hang Tuah...



Tugu Tak Melayu Hilang Di Dunia..



Ni kali kedua bawa anak2 ke Makam Hang Tuah, pertama kali dtg dulu abg no 1 dan 2 masih kecik..tak tahu sapa tu Hang Tuah. Ni dah besar bila bawa semua tanya macam2...



Panjang betul kubur Hang Tuah, anak2 tak percaya tu kubur Hang Tuah sbb panjang sekali....



Makam ini dipercayai Makam Hang Tuah, terletak di dalam kawasan tanah perkuburan Kampung Tanjung Keling, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Keling dengan penuh adat istiadat dan Nobat Diraja tidak dimainkan selama tiga hari.
sumber; wikimapia.org

Sarapan pagi di Pantai Puteri....



Lepas ke Makam Hang Tuah kami ke Pantai Puteri mencari tempat sarapan. Kami memilih untk makan di kws food court Pantai Puteri sbb anak2 nak main di playground dpn gerai2 di situ. Selain gerai makanan ada juga gerai yg menjual ikan segar dan sayur-sayuran.Tapi kws Pantai Puteri mmg byk tempat mkn , cuma hari kami pergi tu sbb ada acara pertandinan memancing jadi ramai yg singgah di tempat2 mkn di sekitar Pantai Puteri.



Sarapan pagi yg dipesan...roti canai..roti bom dan lempeng kelapa...



Syakirah pun nak makan lempeng juga....

Sekitar Karnival Memancing Pra-GP Joran 2011 di Pantai Puteri....



Lepas sarapan kami singgah seketika di tepi pantai sbb ada acara Juara Karnival Memancing...mcm2 xtvt ada....



xtvt utk kanak-kanak....



cuba menumbuk belacan guna lesung kayu.....!



pentas utama ada pertandingan mewarna



Kumpulan lawak Sepah sdg menemurah makcik yg tgh kacau emping...

Sekitar pertandingan memancing....



berderetan pancing sepanjang pantai....







Walaupun panas terik...peserta sabar menunggu pancing masing-masing...



anak-anak pantang nampak playground...terus je panjat



gerai baju pengantinpun ada



gerai hakim tempat timbang ikan



Gerai makan dgn pelbagai makanan

Dalam perjalanan pulang....



Masjid berhampiran Pantai Puteri dgn senibina lama



bergantungan belacan...cantik pulak tengok dari jauh...

Klik Nuffnang2