klik Nuffnang


Friday, May 20, 2011

Mencari rumah kediaman....



Antara rumah yg berkenan dihati, dapurnya cantik dan bersih....

Assalammualaikum semua. Masih bersiaran dari tkt 22 hotel apt...susahnya nak update blog sbb guna broadband yg asyik putus2 dan perlahan. Skrg ni kami tengah mencari rumah yg sesuai utk didiami selama kami berada di sini. Dah tengok byk rumah jugak...kena cari rumah yg elok sbb kalau tak puas hati nanti, kena tunggu habis kontrak barulah boleh pindah.Kontrak paling kurang 1 thn. Minggu ni akan decide rumah mana untuk dipilih sebelum kontena sampai hujung bulan ni.
Rumah yg kami cari ni dlm kws bandar sbb nak dkt dgn sekolah anak2 dan tempat kerja mr husben dan senang nak ikuti apa2 aktiviti di sini.
Oleh kerana kws bandar pilihan rumah yg ada adalah apartment, kalau nak rumah sesebuah kena keluar dari town dlm 45 min driving...jauhlah sikit. Wpun apartment ada pilihan nak apt satu level, 2 level(duplek), tp semlm apt kami tengok 3 level...bilik dan living area ada di setiap paras...boleh exercise dlm rumah turun naik tangga....tak payah senaman lain dah...
Kami memilih apartment satu lantai sahaja...lagipun slmt utk anak2 dr turun naik tangga dan fully furnished sbb tak angkutpun perabut dari M'sia.



Lagi dapur rumah yg dilihat....

Wpun skrg tinggal sementara di apt hotel, xtvt masak dah bermula slps 2 hari dok hotel tak daya nak tunggu brg2 sampai. Masak yg ringkas dan mudah aja ....kena mkn nasi jugak...makanan lain rasa tak puas. Lagipun hotel ni sediakan serba sikit pekakas dapur,cuma beli bahan utk masak dan dah ke pasar basahpun minggu lepas beli ikan dll yg serba segar sambil tengok suasana pasar di sini, ada jugak ambil gambar..nanti akan update.

Byk gambar2 yg ada sepjg kami di sini tp krn guna broadband yg cam siput...kejap2 disconnect....tak dptlah nak update citer selalu.Tunggulah bila dah duduk rumah nanti barulah senang nak bersiaran.
Nanti jumpa lagi....

Monday, May 16, 2011

Khabar dari Sg Nil



Assalammualaikum acik...auntie...uncle... semua, Syakirah bersiaran dr tkt 22 hotel apt yg betul2 mengadap Sg Nil , sg terpanjang di dunia.Alhamdullilah Syakirah, mama, abah dan abg2 sihat.Mama ckp kami tinggal di hotel ni sehingga dpt rumah...jadi Syakirah dpt tengok Sg Nil tiap2 hari...Syakirah suka tengok bila ada kapal lalu.Kat sini cuaca dingin skrg..Syakirah tak tahan sejuk..



view Sg Nil dari balkoni hotel...cukup menarik...

ok turn mama pula sambung cerita..kami slmt tiba di Mesir pada 11.5.2011 pukul 6 ptg waktu Mesir setelah transit 1 mlm di Dubai dan disambut mesra oleh staf mr husben di sini yg menunggu kedatangan kami di airport. Kisah jln2 di Dubai nanti citer kemudian...byk sgt gambar yg nak kena pilih.



view Sg Nil waktu malam



lagi view Sg Nil...

Skrg masih sesuaikan diri dgn cuaca dan perbezaan waktu di sini.... waktu di sini lewat 6 jam. Wpun dah masuk musim panas tp cuaca masih dingin wpun matahari kelihatan panas terik.Subuh di sini awal, 3.30 pagi dan syuruk sebelum pukul 5 pagi. Pukul 5 pg dah terang benderang spt pukul 7 pg di M'sia...anak2 pula pukul 5 pg semua dah bangun termasuk Syakirah sbb cuaca terang...pukul 8 mlm semua dah mengantuk sbb bangun awal.



view bandar Cairo dari master bedroom...

Anak2 belum mula sekolah sbb student di sini tgh exam skrg dan lepas ni mrk cuti musim panas selama 2 bulan, thn pengajian baru bermula bulan Ogos/Sept ....jadi anak2 akan sambung belajar lepas habis cuti di sini nanti.



view bandar cairo waktu mlm..



view Sg Nil & town waktu siang

Skrg ni guna broadband....perlahan sgt dan sering putus,lambat dpt update satu-satu gambar. tambahan pula berebut pc dgn hero2 mama...tu yg lambat dpt update blog...apatah lagi sejak dtg ni sibuk dgn pelbagai xtvt luar terutama mencari rumah kediaman, tournament,mencari stok brg dapur, jln2 dan mcm2 xtvt lagi....



view Sg Nil & town waktu mlm

Esok kami sekeluarga akan ke bandar Iskandariah, bandar pelancongan tepi laut...3 jam perjalanan dgn kereta merentasi padang pasir sbb mr husben ada urusan di sana. Nantilah ada kesempatan akan update lagi gambar dan cerita...jumpa lagi nanti...

Sunday, May 8, 2011

Selamat tinggal .......



Masih sibuk packing bag....curi masa sekejap utk update entry . Semalam menerima kunjungan abg dan adik dtg dari KL.Mak pula dtg dari Kel sejak hari Isnin untuk bersama anak cucu dan pulang semlm ke KL dgn abg. Hari ni menerima kedatangan MIL dan BIL dari Trg.Minggu lepaspun ada menerima kunjungan saudara dari KL.


sumber; google

Ini entry terakhir di M'sia sebelum berangkat 8.00 a.m ke KLIA pada 9.5.2011. Flight MAS MH160 bertolak pada pukul 12.25 tgh hari.


sumber; google

Kami transit di Dubai ...perjalanan 8 jam 55 min; 1 stop via Karachi dan jangka tiba di Dubai jam 5.20 ptg waktu sana. Bermlm di Dubai 1 mlm...sempat kut esoknya 1/2 hari meronda sekejap di Dubai....


sumber; google

Esoknya dari Dubai ke Cairo menaiki Emirates Airline pada pukul 3.10 ptg...tiba di Cairo 5 ptg.



Selamat tinggal my home sweet home dan auntie semua.....
Jumpa Syakirah nanti , kisah dari Mesir pula...bye-bye....ta..ta...

Friday, May 6, 2011

Barang Dah Masuk Kontena



Terimakasih di atas doa teman-teman semua. InsyaAllah jika ada kesempatan akan update blog kisah dari sana pula.
Ni nak citer ttg brg2 kami dah selesai masuk kontena...lega rasanya. Syt kontena dgn staff 5 org dtg dari S.Alam ke rumah jam 11 pg, 3.30 ptg selesai. Mrk dtg balut dan packing brg2 ....taklah berat sgt kerja kami anak beranak tp ada yg telah kami packing sendiri tp penat tetap penat sbb nak kemas brg...kumpul brg utk mrk packing.
Wpun lori besar tp brg taklah penuh kontena sbb tak angkut perabutpun...semua perabut tinggal. Brg dijangka sampai 3-4 minggu lagi....lama tu dapur tak berasap....



Pekerja tgh balut bunga ....



Sebahagian kotak brg2. teringat masa pergi Brunei dulu angkut kain baju dan beberapa kotak brg je ....brg dapur langsung tak bawak...beli sikit2 kat sana. Setiap kali balik cuti barulah angkut sikit-sikit yg mana perlu.



Kebanyakkan brg dapur....pinggan mangkuk,makanan kering dll.

Hasil carian mr google dan dari sini brg makanan yg tak da di Mesir yg kena bawa;

Santan serbuk
Halia.
Serbuk kunyit dan kunyit
Kerisik
Serai.Ada juga dijual di rumah-rumah anak negeri.
Serunding
Serbuk sup,kurma,kari,gulai dll
Sos cili.Sos di Mesir agak berbeza dengan di Malaysia
Milo.Tiada dijual di Mesir.Yang ada hanyalah serbuk koko
Daun‐daun kering seperti pandan,daun limau purut, daun kari, serai, halia kering
Ikan Bilis
Cili Kering
Perencah masakan
Sop bunjut
Ikan sardin
serunding daging
Kicap
ikan kering, ikan bilis
keropok keping
kerisik
lengkuas
bihun
suhun
nestom
kacang ijau
pulut itam
selasih
agar2
asam gelugor
asam jawa
asam masin
belacan
pes/kiub tomyam

Panjang tu senarai dan angkut jugak lain-lain makanan ...itu yg berkotak2...semuanya utk xtvt masak2 di sana...maklumlah lepas ni full time jadi DO..dapur officer .....



Packing brg2 dlm rumah....kita kumpulkan brg dan tunjukkan brg mana yg mrk kena packing.Esok mula packing bag pakaian yg akan dibawa bersama2 pada 9 Mei nanti.

Ptg tadi mr husben bawa abg no 2 dan no 3 ke sekolah agama utk hantar buku dan dptkan surat berhenti. Kwn abg no 2 yg juga anak jiran menangis peluk abg no 2 sbb ingatkan tak sempat jumpa...mrk ingatkan kami dah bertolak bersama2 lori kontena.kwn sek abg no 1 pun ada dtg rumah ptg tadi..dtg jumpa dan salam-salam...sedih mrk kwn baik mrk yg belajar dan balik sekolah sama-sama dah nak pergi. aduhaiiii.....sayu pula mama dibuatnya. Moga anak-anak mama dpt bersabar menghadapi perpisahan dgn kawan-kawan...

Tuesday, May 3, 2011

Destinasi kami.....


sumber; google

Maaf lambat update entry destinasi kami...saja nak bagi suspen sikit...tapi sebenarnya week end ni betul2 sibuk dgn beli2 brg persiapan..packing dan meraikan tetamu. Nak buat kunjungan balas ke blog kwn2pun tak berkesempatan.
Berbalik citer ke mana kami nak pergi pula kali ini...destinasinya pada 9.5.2011 nanti ialah ke bumi Anbiya....negara yg terkenal dgn piramid dan unta iaitu Kaherah, Mesir.
Sebenarnya sejak awal thn lagi dah dapat berita kami akan ke sana....tp sbb tak tahu bila masa bertolak, jadi tak citer kat sini. Ingat tak entry baru semalam dah rindukan Syakirah...entry pada bulan Jan 2011 yg lalu ttg mama pergi kursus, kursus yg dihadiri tu adalah kursus persediaan untuk kami ke luar negara. Juga kisah mr husben ke Mesir semasa Ops Piramid hari itupun ada kaitan dgn pemergian kami ke Mesir ini.



Spt komen teman-teman...baru hilang penat mengemas...ni mengemas lagi. Betul tu....baru selesai kemas brg dari Brunei.....ni berkemas lagi sbb kami balik dari Brunei bulan Dis 2009...manakala mr husben balik ke sini pada Jun 2010 bersama sebahagian kargo. Tak sampai 1 thn 1/2 kami pulang dari Brunei....dah nak tinggalkan lagi Malaysia.



Inilah rumah kami diami semasa di Brunei selama 3 thn 1/2 ...tinggal kenangan yg tak kan berulang lagi. Tapi kenangan paling manis adalah kelahiran Syakirah di Brunei, puteri yg dinanti setelah sekian lama...pergi bawa 4 hero, balik dgn 4 hero + 1 heroin.


sumber google

Sebelum ke Brunei kami tinggal di Melaka.Di bumi Hang Tuah ini lahirlah sbg Syafiq dan Syazrin. Tapi sebelum itu masa umur abg Syamil tak sampai 2 thn, kami pindah ke selatan. Mr husben dpt tawaran kerja di Singapore dan ditawarkan untuk tinggal di S'pore...



Tapi kami tinggal di JB. Kebetulan mamapun dapat kerja di JB....setiap hari mr husben ulangalik JB-S'pore. Di Johor lahirlah abg Syakim.



Sebelum ke selatan kami menetap di Trengganu selama sethn lebih.Di Trengganu lahirlah abg Syamil putera sulong kami.


sumber; google

Tapi perjalanan jauh kami bermula seawal 2 bulan lepas kahwin. Ke UK bersama2 mr husben tp mr husben sebelum itu telahpun berada di sana. 3 thn di bumi omputih....penuh kisah....penuh pengalaman...semuanya menarik dan berharga untuk dikenang.



Kini kami akan tinggalkan Melaka...tinggalkan Malaysia sekali lagi...demi tugas yg diamanahkan dan peluang yg diberikan kepada mr husben serta pengalaman baru yang bakal ditempuhi di negara org. Semua ini adalah sesuatu yg berharga utk kami lepaskan wpun terpaksa meninggalkan sanak-saudara yg disayangi, sahabat handai dan kediaman kami untuk seketika.
Peluang yg datang bukan mudah untuk digapai tanpa usaha dan keazaman ke arah peningkatan yg lebih baik dan peluang ini mungkin hanya datang sekali saja. Alhamdullilah ke atas rezki dan segala pemberian Allah....


sumber; google

Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga semasa di sana.InsyaAllah kami akan berada di Mesir selama 2 thn. Nanti jika ada kesempatan akan update blog.Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini....

Klik Nuffnang2