klik Nuffnang


Thursday, June 30, 2011

Puding Trifle (2)



Assalammualaikum semua...beberapa hari tak update blog sbbnya kesibukan melanda sejak hari sabtu dan rasanya minggu ni akan busy sampai hujung minggu dgn acara mkn-mkn , keluar belanja dgn kwn2 utk acara family day dan semalam paling sibuk, belah siangnya masak dinner untuk tetamu yang dijemput ke rumah dan masak juga utk satu Majlis Jamuan Ramah Mesra di rumah TYT Duta M'sia ke sini bersama tetamu...siapa tetamu kehormat yg diraikan....nantikan kisahnya akan menyusul.
Mama ditugaskan masak 2 pek bihun....5 org ditugaskan masak bihun dan ada yg kena masak makanan lain. Siap masak dan ptgnya hadir ke majlis tersebut..pergi jln kaki je sbb dkt dgn rumah dlm 5 minit aja.
Pagi nipun ada xtvt sepjg pagi...program morning coffee dgn kawan-kawan bersama tetamu istimewa yang dtg dari Malaysia...siapa tetamu istimewa...tunggu...semua kenal siapa tetamu istimewa..nanti entrynya ya...

Berbalik kepada entry Puding Trifle, ni buat semalam utk dessert tetamu yg dijemput dinner di rumah. Puding ni dah siap buat sebelum pergi ke Majlis Jamuan Ramah Mesra...simpan dalam peti biar sejuk..barulah sedap dimakan.



Cari resepi desert di internet...berkenan dgn puding triffles yg ditayangkan di blog K.Zai@Dapurimpian. ...nampak cantik dan enak.T.kasih K.Zai dan Hanis berkongsi resepi.

Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana;copy dari blog K.Zai@Dapurimpian.

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly -
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir - guna fresh milk
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga



puding mama kongsi dgn Syazrin...



Puding triffles untuk tetamu....licin



Balik dari Majlis Ramah Mesra terus siapkan hidangan dinner sbb tetamu yang kami jemput juga hadir di Majlis Ramah Mesra akan terus ke rumah. Hidangan yg sempat disediakan utk tetamu...

Notes;
Blog mama rasanya diserang virus sbb entry puding yg post semalam hanya tinggal 1 gambar shj dan gambar2 yg lain hilang,button utk commentpun hilang dan terpaksa di delete. Segala gadget pula dah lintang pukang..yg dok belah kanan kejap dok kanan..pastu ke bawah..aduhai terpaksa upload balik gambar dan type semula entry dan copy balik resepi dahlah internet perlahan 2-3 hari ni.So comment kwn2 dipost asal dah hilang dan mama dah copy semula di bhg comment dientry ini..t.kasih tinggalkan komen.

Sunday, June 26, 2011

Dari KLIA ke Dubai



Entry kali ni tak da kisah masak2 tp kisah perjalanan kami sekeluarga semasa hendak dtg ke Mesir pada bulan lepas.Byk gambar yang ingin dikongsi terutama semasa transit di Dubai...nantilah ada masa akan update dalam blog utk kenang-kenangan kelak dan untuk dikongsi bersama keluarga di M'sia dan sahabat handai serta teman-teman siber.
Semasa kami bertolak yg turut menghantar kami di airport ialah ahli keluarga terdekat iaitu mak dan mil ,abg Nuar&Dah,sil..Da & Am,bil.. Man serta abg Jaafar yg turut menghantar brg2 kami....terimakasih yg tak terhingga buat keluarga yg sudi menghantar kami ke airport.Juga terimakasih buat adik Ni & abg Habib& K.Dah yg telah dtg kerumah sebelumnya.



Selesai bertemu keluarga, sementara menunggu masa bertolak...bawa anak makan-makan di golden lounge. Masa ni menu sarapan masih ada tp tak lama lepas tu tukar ke hidangan lunch.



Syafiq dan Syazrin...



Menarikkan kuih traditional di letak dlm bekas gini.

Lain-lain makanan yang dihidangkan...ada sandwich,kek,muffin,pasta,burger dll

















ni mama punya..

Jom jamu mata pula dgn hidangan sepanjang dlm pesawat....



Sate..



ni spicy prawn dgn kerabu mangga,buah2an dan roti



Nasi dgn ayam masak merah & sayur campur



Syakirah tiap kali dihidangkan makanan semua dia nak cuba.Wpun perjalanan lama hampir 10 jam...Syakirah dlm pesawat tak meragam.Bila boring dia minta turun dr kerusi...jln ke kerusi abg2nya.



Pesawat transit 1 jam di Jinnah International Airport Karachi, utk menurunkan penumpang dan mengambil penumpang dr Karachi ke Dubai.Penumpang tak dibenarkan keluar pesawat sbb transit sekejap sahaja.



Semasa transit 1 jam, pekerja2 dr airport naik ke pesawat untuk kerja-kerja membersihkan tempat duduk dlm pesawat. Sementara menunggu kerja2 pembersihan selesai, pramugara dan pramugari berbual-bual dgn penumpang.Masa ni penumpang dihidangkan dgn aiskrim.



Makanan yg dihidangkan dlm perjalanan Karachi to Dubai...sandwich dan mousse brownies.



Abg Syazrin yg ceria dlm pesawat. Itu saja kisah perjalanan kami dari KLIA ke Dubai....

Friday, June 24, 2011

Ayam Masak Kuzi



Nak sambung kisah ceria bermunga-munga semalam...iaitu lauk ayam yang dimasak utk dipadankan dgn pulut kuning iaitu ayam masak kuzi.Biasanya kalau pulut mkn dgn rendang tp kali ni nak cuba mkn dengan ayam kuzi.Rempah kuzi tu kwn yg baru balik dr M'sia bagi.
Kalau pulut kami sekeluarga mmg suka...tanak pulut biasa mkn dgn telur dadarpun anak2 suka.Itulah dtg sini siap angkut 2 karung beras pulut dalam kontena..tak tahu stok sampai berapa lama...



Untuk resepi kuzi ayam....tengok kat internet ada resepi yg letak susu sahaja tp berkenan dgn resepi di pkt rempah ni yg campur santan dan susu tp dah dioleh ikut cita rasa sendiri.

Kuzi Ayam
Sumber; Dapur Mamasya

Bahan2
1 ekor ayam - potong 12
3 1/2 cwn santan dari sebiji kelapa
4 sb susu pekat manis
3/4 cwn susu cair
2 cwn air - 1 cwn utk bancuh dgn rempah
1 pkt rempah kuzi (20 gm)-bancuh dgn 1 cwn air
3/4 cawan tomato sos
garam secukup rasa
kunyit serbuk utk goreng ayam
5 sb kacang tanah - goreng
4 sb kismis
bawang goreng - tabur
3 biji buat tomato - potong 4
minyak utk menumis - dlm 8 sudu

bahan tumis *

1 batang kulit kayu manis
5 ulas bawang putih- tumbuk
7 biji bawang merah- hiris tipis
2 inci halia-tumbuk

Cara:
1. Ayam digaul dgn garam & kunyit dan digoreng 3/4 masak. Bancuh rempah dg secawan air.
2.Tumis bahan tumisan* hingga wangi dan masukkan rempah. Kacau seketika dan masukkan susu pekat, susu cair dan sos tomato, kacau dan tambahkan 1 cwn air. biarkan mendidih dan sedikit pekat ; dlm 10 min.
3.Masukkan santan, biarkan mendidih dan masukkan ayam yg telah digoreng, buah kismis dan 3 sb kacang goreng,garam dan buah tomato.
4.Masak dgn api sederhana sehingga naik minyak dan sedikit pekat.
5.Angkat dan hidangkan, tabur bawang goreng dan kacang yg selebihnya utk hiasan.

Untuk rempah kuzi kalau nak buat sendiri boleh cuba resepi di bawah, jumpa kat Fp Zanaz .

Bhn utk rempah kuzi:
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih
sebesar ibu jari kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sdb serbuk cili (this is optional utk rasa pedas sikit)

Semua bhn di atas digoreng tanpa minyak hingga naik bau kemudian boleh lah ditumbuk dan dikisar hingga halus seperti tepung gituk.



Minta komen dari pelanggan di rumah....semua cakap sedap...lagi bermunga2 hati mama...suka hati bila yg dihidang menjadi kesukaan sekeluarga....

Thursday, June 23, 2011

Bila hati ceria bermunga-munga....



Pagi ni awal2 pagi lagi dah kelentang kelengtung di dapur siapkan sarapan pagi.Pagi ni menu kami sekeluarga istimewa sbb mood ceria bermunga-munga sejak semalam , lepas subuh terus ke dapur (sini subuh awal...dkt jam 5 dah syuruk....dah terang benderang) masak ayam untuk makan dengan pulut kuning untuk hidangan keluarga . Sbb apa mood ceria...nanti citer kat bawah nanti.



Pulut ni dah siap kukus lewat semalam lagi...macam biasa guna resepi k.Liza sbb mudah caranya..kira ulang tayang resepi sbb pernah buat sebelum ini.

PULUT KUNING
Sumber; Fp K.Liza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.



Nilah set sarapan pagi ni.....pulut kuning,serunding(bawak dari M'sia) dan ayam...ayam masak apa...tunggu next entry ya.....



Nilah yg buat hati ceria bermunga-munga....sbb ptg semlm ting tong ting tong loceng pintu...bila buka pintu taraaaa.. mr husben hulurkan jambangan fresh flower.... hadiah hari jadi...



Bukan 1 jambangan tapi 2 jambangan bunga....itulah sbb hati mama ceria bermunga-munga. Syakirah cakap ni bunga dia...oklah Aeda,Aeda punya satu ...mama punya satu....t.kasih abah.

Wednesday, June 22, 2011

Moist Cho Cake 2 & birthday



Terlebih dahulu nak ucapkan terimakasih buat semua teman-teman yang wish birthday utk Syakirah. Hari ni 22.Jun....giliran birthday mama pula...harapan agar dikurniakan Allah kesihatan yang baik selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang. Moga tambah usia tambah pengalaman tambah kematangan...
Ucapan terimakasih byk2 buat kawan-kawan yg wish birthday di FP....ada yg wish be happy and be sweet 17 always....hi..hi..alangkah bestnya kalau sweet 17 sokmokannnn....



Ok kita nengok apa mama baking semalam, bukan kek birthday pun....saja utk mkn2 kami sekeluarga , iaitu kek Cho moist...kek yg pertama baking sejak berada di Mesir ni. Kek birthday Syakirahpun belum berkesempatan buat lagi...nasib baik Syakirah kecik lagi tak pandai nak tuntut kek birthday macam abg-abgnya...bolehlah mama tangguh buat.
Kali ni cuba resepi dari Meen pakar hias kek sbb nengok bahan dan sukatan mudah , guna cwn. T.Kasih Meen kongsi resepi.
Anak no 2 masuk dapur tanya bau apa sbb dia rasa mcm pernah bau gini masa di Melaka....ni bau kek, patutlah mcm pernah bau.Seronok anak-anak bila cakap mama baking kek coklat.....

Sumber; Blog Jasmeen'Kitchen

Bahan
3 biji telur gred A - letak 4 biji telur saiz kecil
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 sdk esen vanilla
1/2 cawan serbuk coco
1 sdb nescafe

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonat
1/2 cawan air panas

Cara
> Gris loyang saiz 7inci
> Pukul telur & gula menggunakan wisk saja sehingga gula hancur.
> Masukkan minyak & susu pekat..kacau rata..
> Masukkan serbuk coco, nescafe, & esen vanilla.. kacau hingga likat.
> Masukkan tepung yg telah di gaul rata dgn serbuk penaik.
> Akhir sekali, masukkan air panas..kacau rata....masukkan dlm loyang.
> Bakar atau kukus sehingga masak - lebih kurang 1 jam - bakar 175'C

> Dah sejuk, curah coklat ganache.... hidang...

Utk Topping buat topping mudah...resepi jumpa di Fp

3 Sudu besar susu pekat
1/4 cwn serbuk koko - ayak
2 sb butter
2 sb fresh milk

Cara
Masak secara double boil.biarkan seketika agar pekat sedikit sebelum dicurahkan atas kek.



Kek ni hias mudah2 je...maklumlah anak2 tak sabar nak mkn....mamanyapun sama..hi..hi.Kek siap...tuang topping dan atur buah strawberry....Kek ni semalam potong...semalam habis licin.Anak2 cakap sedap mama....mr husben mulanya nak makan 1/2 keping je sbb baru lepas dinner...pun cakap sedap..habis sekeping.Mmg yummy...



Kad birthday dari Naz@Cute oven , t.kasih byk2 Naz sudi bagi kad dan buat entry khas...terharu rasa dpt kad dr Naz. wpun tak pernah bersua tp alam maya telah menghubungkan kita.....

Monday, June 20, 2011

Syakirah 2 thn hari ni, happy birthday my little girl !



Hari ni 20.6.2012 genap Syakirah 2 thn. Happy birthday my little girl!Moga sihat selalu dan membesar cergas menjadi anak yg soleh.Amin...



Syakirah nama yang disimpan sejak 15 thn lalu.Alhamdullilah...akhirnya termakbul jua doa dpt juga seorang puteri Syakirah Aeda. Aeda bermakna kembali, Aeda juga nama penyanyi terkenal Mesir Aeda Ayubi.....



Syakirah selamat dilahirkan di Brunei, birthday sethn sambut di Malaysia.Hari ni birthday ke 2 thn di Tanah Arab.



Syakirah panggil dirinya Eda.....suka pot pet pot...kdg membebel kat abg2nya.Dah tahu sikit2 nyanyi lagu enjit-enjit semut gara2 tengok citer hantu kak imah....hi..hi...



Syakirah setahun yang lalu....



Syakirah bersama abang-abang tersayang......happy birthday dari abang Amil,Akim,Afiq & Ayin...muahhhh.Kek birthday Syakirah mama belum sempat buat lagi. Sabar ya Syakirah...

Saturday, June 18, 2011

Aktiviti makan-makan



Assalammualaikum semua. Slmt berhari minggu...di sini cuti mingguan hari Jumaat dan Sabtu.Kalau week end gini barulah lengang sikit jln raya kalau tidak sesak dgn kenderaan.
Entry kali ni nak kongsi xtvt makan-makan iaitu dinner sepanjang minggu pertama di sini. Dinner pertama adalah bersama2 staf mr husben semasa hari sampai di bumi Mesir. Kami dibawa mkn2 di restoren yg terletak di Sg Nil.



Hidangannya ialah menu seafood...ada seafood sup, nasi dll...menu utama yg atas bekas tu udang galah bakar. Makanan sedap tp kerana penat perjalanan tak lalu nak mkn sgt....



Dpn restoren tempat kami mkn ni...byk kapal2 yg lalu..meriah dgn lampu dan lagu2 dari kapal.



Ada byk restoren di sepanjang sg Nil ni...kalau belah malam mmg ramai pengunjung yg mkn di restoren2 sepanjang Sg Nil sambil menikmati pemandangan Sg Nil waktu mlm.



Pekerja restoren yg berdiri ni tlg ambil gambar kami dan lepas tu diorgpun tumpang nak posing sama...



Ni pula jemputan dinner di rumah kwn mr husben, org Mesir. Mereka sekeluarga peramah sekali wpun baru pertama kali jumpa.Berkilau-kilau dalaman rumahnya...cantik menawan.....



Kami dihidangkan dgn masakan Arab spt nasi, ayam bakar,burung merpati bakar, lauk hati ayam, mahshi (nasi dimasak dan dibalut kecil2 dalam kubis). Byk hidangan lauknya dan sedap-sedap belaka...lauk byk dari nasi...anak-anak meratah ayam bakar.



Hidangan burung merpati bakar dan nasi...lupa nama nasi ni..



Ceria Syakirah posing dgn adik bongsu tuan rumah.

Itu aje entry xtvt mkm kali ni.Ada lagi lain-lain xtvt mkn tp tak ada gambar sbb tak bawa kamera.

Klik Nuffnang2