klik Nuffnang


Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Dalam beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut 1 Syawal...sekejapnya masa ..Ramadan berlalu meninggalkan kita. Tentu disaat ini ramai yg sibuk membuat persiapan utk balik kg....ada yg menghitung jam akan berangkat pulang beraya bersama ayah bonda sanak saudara di kampung halaman.Pastikan tak tertinggal balang biskut raya yg nak bawa balik kg...dah penat2 buat rugi tertinggal biskut raya....satu lagi jgn lupa baju raya...itu paling penting nanti tak dpt bergaya cantik di hari raya.Pintu rumah..pagar rumah jgn lupa kunci...nanti ada tetamu yg tak diundang masuk beraya....
Masih terasa kegembiraan pulang beraya di kg thn lepas tp thn ni kami sekeluarga sekali lagi beraya di negara org....satu pengalaman baru buat kami sekeluarga beraya di bumi Arab pula.
Di kesempatan ini ingin ucapkan Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat teman-teman semua, rakan sepejabat dan keluarga yg diingati. Kemaafan dipohon jika ada salah kata dan silap bicara selama ini. Semoga semua ceria bergembira di lebaran ini meraikan bersama sanak saudara sahabat handai. Berhati2 memandu pulang ke kampung halaman.
Salam mesra dari Dapurmamasya Cairo, Egypt buat semua.

Biskut Tat Gulung & Green Princess



Masih entry biskut raya...nak update cepat2, pasni nak gantung kad raya pula. Kali ni nak kongsi biskut tat nenas yg dibuat minggu ke 2 Ramadan. Biskut ni mmg favorit di rumah...anak2 mmg suka tat nenas. Kalau di Msia inti nenas beli dah siap lagi senang tp di sini mana ada jual...kena kacau sendiri inti tat. Buat inti ni awal puasa lagi sbb masa ke supermarket kat sini ada offer nenas yg elok buahnya.



Resepi tat guna resepi spt thn2 lepas iaitu resepi k.Liza sbb rapuh dan sedap kulit tatnya. Ulang tayang sekali lagi resepi kat sini wpun dah ada dientry sebelum ini .

TAT GULUNG
Resepi asal ; Fp K.Liza
Sumber ; Dapurmamasyablogspot
(1 adunan ni cukup utk 1/2 kg inti)

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas.
Inti;
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalah
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Green Princess



Biskut green princess buat minggu lepas cuma baru make-up beberapa hari lepas. Biskut inipun pernah tayang sebelum ini.Cuma kali ni warna hijaunya mcm pucat sikit..kurang seri.



Untuk resepi klik sini.

Thursday, August 25, 2011

Fancy Icecream Biscuit (2)



Assalammualaikum semua. Masih entry biskut raya...kali ni nak kongsi biskut aiskrim yg jadi biskut kegemaran kanak2 sbb rupa paras biskut ini yg tomeii ditambah dgn salutan coklat....mmg buat kanak2 terpikat. Biskut ni baking minggu lepas lagi tp baru sempat hias dgn coklat.



Resepi kali ni ambil dari dapur lama mamafami, dah lama print resepi ni....t.kasih mamafami kongsi resepi.

FANCY ICECREAM BISCUIT (DIANAA)
Sumber; Fp Mamafami

Ingredients :

130g butter
60g icing sugar
160g flour
20g cornflour
20g potato starch
10g custard powder
1/4 teaspoon baking powder
20g grounded almond

Method :
1. Beat butter and icing sugar till creamy.
2. Sift all the dry ingredients. Then add into the creamy mixture, bit by bit till a soft dough is formed.
3. Roll about 1/2 cm thick. Cut with the icecream shape cutter. Arrange on a baking tray.
4. Bake till golden brown.
5. Once cool, dip the half top with melted cooking chocolate and sprinkle with hundreds and thousands



Hampir setiap thn tak miss buat biskut ais krim dan utk thn ini buat 2 adunan....sebahagian adunan pertama dahpun selesai disapu oleh anak2...

German Cookies



Biskut German ni antara biskut yg femes raya thn ni, ramai yg dah buat...antara biskut yg top.Tengok bahan2nya pun ringkas dan rasanya pun sedap...lembut je bila masuk mulut dan membuatnya pun mudah..tak payah nak terap....patutlah dah ramai yg mencuba.



Biskut ni buat beberapa hari lepas.Nasib baik bawa sikit tepung ubi kentang dari Msia...ada lebihan dari buat biskut aiskrim, jadi dapatlah mencuba biskut ni. Pertama kali tengok biskut ni sebelum puasa lagi di dapur Naz ....masa tu dah teringin nak mencuba...terimakasih Naz kongsi resepi.

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
Sumber : Happy Home Baking
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :

125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)- tak letak
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit .
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar (tak letakpun). Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah (mama guna api bawah je).



Nak bagi biskut ceria tabur gula yg dah diwarnakan.Gula tu guna gula biasa dan campur sedikit pewarna dan kacau rata sebelum tabur atas biskut dan bakar.

Wednesday, August 24, 2011

Cristal Ball Hazelnut



Sebelum citer ttg Cristal Ball Hazelnut ni...tayang dulu assistant mama di dapur....merangkap tukang sibuk. Org gentel biskut diapun nak gentel juga...



Mula-mula cakap... mama Eda nak tengok biskut...nak tengok je.. ..sambil panjat kerusi...aa tengoklah Eda. Dah duduk atas kerusi...mama Eda nak pegang biskut...belum sempat mama cakap dia dah sambar dulu biskut.Saja buat muka senyum tu takut mama marah dia....



Berbalik pada biskut Biskut Arab @ Cristal ball yg Syakirah dok posing tu...resepinya ni dah lama print...rasanya raya 3 thn lepas tp bertangguh nak buat tiap kali raya..padahal senang sgt. Thn ni bila tengok ada kawan2 yg buat biskut ni...teringin nak buat juga.Buat 2 adunan sbb mudah tinggal gentel je biskut ni...



Resepi biskut ni wpun rupa sama tp tengok di blog kwn2 ada beberapa resepi juga.Utk kali ni cuba resepi yg paling mudah...resepi yg dah lama print iaitu dari Fp K.Liza guna 3 bahan sahaja. Tapi mama letak inti hazelnut dalamnya...enak bila dikunyah dgn rasa kacang.

BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
Resepi; K.Liza

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau
ni tambah; kacang hazelnut yg telah digoreng tanpa minyak secukupnya

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan seperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.letak inti Hazelnut didlmnya(ni mama tambah)
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

nota dapurmamasya
masa bakar tak letak dlm papercup.bila letak gula baru letak dlm papercup.



rupa paras biskut sebelum dibakar...



mmg sedap biskut ni...lembut je bila masuk mulut..

Tuesday, August 23, 2011

Jom tengok cara-cara membuat Keropok Nasi Perisa Bawang Putih



Assalammualaikum semua...entry kali bukan ttg biskut raya tp nak berkongsi ttg cara-cara membuat kerpok nasi.Ada kwn2 yg pernah mkn tak kerpok nasi ? Kita biasa mkn kerpok ikan, kerpok udang...kerpok lekor tp ni kerpok yg dibuat dari nasi. Sebenarnya dah lama teringin nak buat entry keropok nasi tp asyik tertangguh sbb nak mengarang resepi dan ambil gambar tu yg lambat sikit. Masukkan dlm entry kerpok nasi utk rujukan dan koleksi resepi serta dikongsi bersama.
Kerpok ni anak-anak mmg suka ...mamapun suka....sedap ngunyah sambil tengok tv atau dok sembang2...
Resepi kerpok nasi ni dapat dari bibik kami. Bahan-bahan utk kerpok ini mudah, cuma cara-caranya panjang sikit dan ambil masa utk siap termasuk perlu dikeringkan sebelum siap utk digoreng.Kalau ada nasi lebih..nasi dingin yg tak nak makan tu dari membazir bolehlah mencuba kerpok ini.

Keropok Nasi Perisa Bawang Putih
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
3 cwn nasi (tanpa kerak)
1 cwn tpg ubi kayu
3 ulas bawang putih
2 sk garam
pewarna yg secukupnya -warna ikut suka
minyak utk mengoreng

Cara
1.Kukus nasi sehingga nasi lembut sedikit - anggaran 10 min
2.Sementara itu tumbuk bawang putih dgn garam hingga lumat
3.Tumbuk pula nasi yg telah dikukus dgn bawang dan garam yg ditumbuk tadi hingga nasi agak hancur.
4.Dalam bekas uli campuran nasi yg telah tumbuk dgn memasukkan tpg ubi sikit demi sikit hingga tepung habis.Uli rata adunan tersebut hingga menjadi sebati...adunan ni mmg agak lembik.
5.Ambil anggaran 2 sudu besar penuh adunan/doh dan letakkan diatas plastik utk digentel bulat dan kemudian dibentukkan memanjang sedikit.Guna plastik utk memudahkan adunan dibentuk dan adunan tidak melekat ditangan.Buat beberapa ketul sehingga semua adunan habis.
6.Rebus air hingga mendidih. Masukkan adunan yg digentel tadi. Bila doh dah terapung, angkat dan sejatkan seketika sampai air pada doh kering.
7.Sapukan rata pewarna disetiap doh dgn menggunakan hujung jari atau berus.Pewarna tidak perlu dicampurkan dgn air.Biarkan doh seketika sampai warna kering.Kalau tak suka pewarnapun boleh, biarkan kerpok putih tanpa warna.
8.Potong doh tipis-tipis dgn menggunakan pisau...part ni yg susah sikit sbb doh masih lembik.Pegang doh kemas2, barulah dipotong tipis. sesekali sapukan sedikit minyak di pisau utk mengelakkan doh melekat di pisau.Setiap keping doh yg dipotong tipis diletakkan dlm dulang lebar sekeping2 dan jgn dibiarkan bertindan.Doh yg dipotong tebal akan lambat kering bila dijemur nanti dan bhg tepi kerpok akan keras.
9.Jemur potongan doh...nak cepat jemur bawah matahari sehingga doh betul2 kering dan menjadi spt kerpok kering.Kalau panas terik...jemur dalam satu hari.
10.Panaskan minyak yg byk dan goreng kerpok ini spt goreng kerpok ikan.Kerpok nasi akan kembang.Sejatkan minyak dan siap utk dimakan

Jom tengok cara-caranya..



Tumbuk nasi yg telah dikukus dgn bawang dan garam yg ditumbuk tadi hingga nasi agak hancur.



Campurkan nasi yg dikukus dgn tepung ubi kayu.Uli rata adunan tersebut hingga menjadi sebati.



Ambil anggaran 2 sudu besar penuh adunan/doh dan letakkan diatas plastik utk digentel bulat dan dibentukkan memanjang sedikit.Guna plastik utk memudahkan adunan dibentuk dan adunan tidak melekat ditangan



Doh yg telah siap digentel dan bolehlah direbus.



Setelah direbus dan disejatkan hingga kering. Sapukan rata pewarna disetiap doh dgn menggunakan hujung jari atau berus.



Biarkan doh seketika sampai warna kering.



Pegang doh kemas2, barulah dipotong tipis. sesekali sapukan sedikit minyak di pisau utk mengelakkan doh melekat di pisau. Pastikan doh dipotong tipis utk mengelakkan tepi kerpok rasa keras nanti.



Dah siap dipotong..atur dalam dulang, jemur dulu sampai kering...nak cepat jemur tgh panas.Mama jemur dkt tingkap je sbb cuaca di sini panas.



bila kerepek dah cukup kering, bolehlah digoreng. panaskan kuali dan goreng mcm goreng kerepok



Setelah digoreng....kerpok nasi jadi kembang macam kerpok yg lain...part ni yg suka tengok sbb kerpok ni kembang elok jadinya.Dah siap utk di makan....boleh dijadikan salah satu kudapan utk raya nanti...

Monday, August 22, 2011

Biskut Daisy Petals



Untuk entry hari ni nak kongsi pula biskut raya thn ini yg dibuat minggu lepas.Biasanya tiap tahun buat biskut dahlia sbb antara biskut yg mudah.....tp thn ini nak cuba biskut dahlia versi lain sikit. Resepinya ambil dari majalah Saji...mula2 tengok dah berkenan di hati, cuma dok fikir macam mana nak buat siap btg gitu...rupa2nya taklah susah sgt...tekan je dgn acuan bunga dahlia utk batang dan bunga. Dgn bunga kuning dan btg hijau....biskut ni nampak ceria...



Biskut Daisy Petals
Resepi; Majalah Saji 2011
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan-bahan

150 gm mentega
100 gm gula halus
200 gm gandum
50 gm tpg jagung
1 biji kuning telur
pewarna kuning dan hijau
cho chips secukupnya

Cara
1. Putar mentega dan gula hingga lembut
2.Masukkan kuning telur dan kacau rata
3.Kemudian tambahkan gandum dan tpg jagung. uli doh hingga rata
4.Bahagikan kpd 2 adunan. warnakan hijau dan kuning
5.Ambil sedikit adunan hijau, masukkan dlm acuan bunga dahlia dan ikuti warna kuning. Tekan doh di atas dulang pembakar
6.Letak cho chips di tengah bunga . bakar suhu 160"C selama 15-20 min.



Cara-cara membuat bunga daisy petal



1. Mula-mula paipkan memanjang warna hijau sampai habis semua adunan. kemudian potong bhg hijau mengikut panjang yg diperlukan.



2. Dgn adunan kuning buat bunga dahlia . letak siap2 choc chip di tengah setiap adunan



3. Angkat bunga kuning dan tekankan dihujung bahagian hijau



4. Dibahagian hijau hujung satu lagi dibentukkan dgn hujung jari..tekan2 sedikit agar nampak lebih elok.Siap utk dibakar



Suka tengok hasil biskut ni....berbunga-bunga...

Sunday, August 21, 2011

Edisi ulang tayang biskut raya; Biskut Almond Sweeties



Assalammualaikum...terimakasih buat semua yg sudi wish anniversary buat blog dapurmamasya....ucapan kwn2 telah menambahkan keceriaan blog ni. Nanti ada kesempatan akan buat kunjungan balas. Telah beberapa hari tak bersiaran...sbbnya mama sibuk dgn pelbagai xtvt. Hari rabu lepas lawatan sambil shopping raya di kedai jubah bersama ladies di sini...kalau ada kesempatan nanti gambar2 menyusul. Hari khamis hingga sabtu semalam....mr husben ada urusan di luar Cairo bersama jabatannya ....kamipun ikut sama sambil bawa anak jalan2.

Berbalik kpd entry kali ni, sementara nak upload gambar2 terbaru, sambung lagi entry edisi ulang tayang biskut raya....boleh bagi idea buat kwn2 yg masih mencari resepi biskut raya.Kali ni nak kongsi Biskut Almond Sweeties. Biskut raya Biskut Almond Sweeties mama buat untuk raya 2009 & 2010 . Wpun dah ada dientry lepas tp ulang tayang dari dapur lama sbb gambar dari dapur lama ni lebih terang.
Pada yg tengah mencari idea nak buat biskut raya mungkin boleh mencuba biskut ni...biskut yg nampak ceria dgn hiasan bintang ...memikat hati kanak-kanak.
Biskut raya tahun ini nanti menyusul ya...byk gambar sepjg Ramadan ini yg belum sempat upload...


Biskut Almond Sweeties
Resepi; Fp k.Liza
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 17, 2011

1 st Anniversary Dapurmamasya & Mango Lassi



15 Ogos...genap 1 thn usia Dapurmamasya.Terimakasih kepada semua pengunjung blog ni dan kawan-kawan siber yg telah menceriakan blogmamasya.Dapurmamasya yg bermula 15.8.2010 adalah kesinambungan dari Fpmamasya....Fpmamasya telah ada sejak 27.6.2007 tapi skrg ni bersawang tak sempat nak update dua2.Mulanya ada blog ni tak jangka dpt update selalu sbb masa agak terhad utk mengadap pc dgn kerja office dan xtvt berexperiment di dapurpun hanya sempat hujung minggu sahaja. Tp cuba juga curi masa masukkan entry agar blog tak bersawang. Skrg...sejak menyandang jawatan dapur officer sepenuh masa... barulah dapat nak update blog selalu.
Setelah sethn usia blog ni...terdapat 329 entry masakan dan pelbagai cerita telah dikongsikan di blog ni. Sayang dgn Fp dan blog ini krn telah byk memberi inspirasi buat mama utk mencuba pelbagai masakan dan resepi terbaru..juga mendapat ramai kenalan siber dari serata tempat.


Berbalik kepada entry kali ni...nak kongsi minuman Mango Lassi yg dibuat minggu lepas....entry biskut raya kita sambung nanti ya. Kalau air mango mmg favorit...cuma kdg2 bila ada buah mango tak sempat nak buat jus....habis mkn gitu.Di sini kedai minuman yg hanya menjual pelbagai air buah-buahan mmg byk...senang nak minum air buah kalau malas nak buat sendiri...air buahnyapun pekat dan sedap.

Air Mango Lassi
Resepi; Majalah Rasa

bahan2
1 biji mangga
3 sb yogurt asli
50 ml susu segar
2 sb makan sirap gula
beberapa ketul ais

Cara
1.Campurkan semua bahan dan kisar sebati
2.Siap utk diminum



Dlm cuaca panas dpt berbuka dgn air jus yg fresh dan sejuk...nyamannyaaa...

Selingan sikit....kisah Syakirah



Dah lama tak selit kisah anak dara mama yg sorang ni....Ramadan ini genap usia 2 thn 2 bulan.Sibuk dia...kalau org pakai jubah diapun nak pakai juga...tudung cari sendiri dlm almari.Kalau makanan dia tak habis dia akan minta mama habiskan...bila bagitau mama puasa, dia cakap mkn sikit je...sikit je...sambil nak suap makanan ke mulut mama....dia akan tunggu selagi tak ambil makanannya itu. lastnya ambil juga makanan...sorok...dia ingat dah habis makanannya....

Tuesday, August 16, 2011

Edisi ulang tayang biskut raya; Orange Galore Biscuits



Masih edisi ulang tayang biskut raya dari dapur lama. Angkut sikit2 resepi dan gambar dr dapur lama ke dapur baru....mana tahu nanti dapur lama tutup...masih boleh rujuk di dapur ni. Kali ni biskut Orange Galore.. juga biskut raya tahun 2008. Biskut ni mudah sbb tak perlu terap..gentel2 dah terbentuk..rupanyapun menarik. Biskut ni rapuh sikit macam biskut Arab .

ORANGE GALORE BISCUITS
Resepi : Cookies Cookbooks
Sumber; Dapurmamasyablogspot

bahan
A; 150 gm butter
B; 50gm caster sugar
1 tb susu segar
C; 150 gm tpg gandum
15 gm bijan - panggang dan mesin sampai halus
*tambah 1 st esen oren.
Bahan hiasan
100 gm caster sugar
100 gm almond strips-utk tangkai
pewarna hijau & pewarna oren

Cara
1.Panaskan butter dlm periuk dgn api perlahan hingga bertukar warna sedikit perang. Tambah bahan B. Kacau sehingga gula hancur, tutup api. masukkan bahan C , kacau dan uli hingga jadi doh.
*tunggu adunan suam sikit baru masukkan bahan C...kalau tidak panas nak nguli..tambah sedikit gandum kalau adunan lembik
2.Ambil 1/6 bah anggaran(60gm) warnakan hijau; ni utk daun sikit saja. selebihnya warnakan oren.
3.Buat bulat2 kecil dan gaul kedlm gula kaster. Ambil bah warna hijau bulat dan leperkan. Letak atas bah oren. Cucuk almond strip di tgh atas bah hijau.
4.Bakar dlm preheat oven 170'C selama 15-20 minit hingga masak. biarkan sejuk baru disimpan.

**Nota
Spt resepi , gula disalut dulu sebelum bakar. Gula kat biskut tak hangit dan tak cair.Bila masak gula tu melekat elok kat biskut macam dlm gambar kat atas....masa makan gula tak berterabur.

Monday, August 15, 2011

Edisi ulang tayang biskut raya; Biskut Green Princess



Masih dalam sesi ulang tayang biskut dari dapur lama fotopagesmamasya...utk dikongsikan di dapur baru...mana tahu ada kawan-kawan yg berkenan nak buat. Biskut dr dapur baru masih dlm proses.... slow sikit xtvt baking biskut raya thn ni.
Biskut Green Princess...biskut hijau yg dimake-up dgn choc putih dan manik warna2 juga biskut yg dibuat utk raya thn 2008.Biskut ni agak femes juga pada thn 2008 setelah diperkenalkan oleh sifu blog masak...iaitu k.Liza.

BISKUT GREEN PRINCESS
Resepi : Fp K.Liza; asal majalah saji sept'07
Sumber; Dapur Mamasyablogspot

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

Sunday, August 14, 2011

Edisi ulang tayang biskut raya; Choc Oreo Cookies



Assalammualaikum semua...hari minggu ni tentu ramai dah mula sibuk mengentel biskut rayakan.Kalau yg sempat buat biskut tu mmg bagus buat sendiri sbb lagi jimat dan puas hati dr segi rasanya. Teringat thn lepas tak cukup hari week end buat biskut....siap ambil cuti punya semangat nak baking biskut raya...nak siapkan biskut raya utk rumah sendiri dan bawak balik kg... rumah mak dan mil...maklumlah thn lepas kami sekeluarga dpt peluang beraya di kg setelah 3 thn beraya di negara org...tu yg semangat nak buat biskut raya sendiri bawa balik kg.
Thn ni sekali lagi beraya di perantauan.....mood nak buat biskut raya tu cam kurang sikit.....tambahan pula bahan2 baking kat sini tak byk dijual. Ni tgh cari mood ni sambil intai2 resepi biskut....kut-kut ada yg berkenan di hati. Semlm dok telek2 biskut yg pernah buat di dapur Fp mamasya....tengok biskut Choc Oreo Cookies , biskut raya tahun 2008 semasa di Brunei....berkenan pulak tp tak tahulah rajin ke tidak nak buat thn ni. Letak dulu resepi di sini utk dikongsi bersama dan juga utk sesi ulang tayang biskut dari dapurmamasya.

CHOCOLATE OREO COOKIES
Resepi : Cookies Cookbooks
Sumber; Dapur Mamasyablogspot

bahan
A; 140 gm butter
90 gm brown sugar
50 gm creamy peanut butter- *guna peanut butter with strip chocolate
1 tsp vanilla esen
B; 20gm tpg hoen kwee @ greenpea flour
1/2 tsp baking powder
160 gm plain flour
C; 100gm biscuit oreo (mesin; hancurkan)

bahan hiasan
200 gm cooking coklat
red candy topping- *guna rainbow&cho rice

Cara
1. Pukul bahan A dlm mixer hingga sebati.Masukkan bahan B dan C, gaul rata hingga jadi doh.
2.Letakkan adunan antara 2 helai plastik. Canai setebal 5 mm. terap guna acuan...letak sedikit gandum diacuan. Susunkan biskut di atas loyang pembakar yang telah dialas.
*adunan roll gitu tak letakpun plastik.loyangpun lupa nak alas,nasib baik tak melekat..
3.Bakar dlm preheat oven 180'C selama 15-20 min hingga masak. bila masak pindahkan utk disejukkan.
4.Setelah sejuk celupkan biskut dlm coklat yg telah dicairkan . letak hiasan.

Saturday, August 13, 2011

Tepung pelita



Buat tpg pelita ni minggu lepas sbg juadah manis berbuka sbbnya tak tahan nengok kwn2 tayang tpg pelita di blog masing2. Tepung pelita ni antara juadah manis berbuka yg paling suka...gabungan manis lapisan pandan dgn lemak santan tu yg buat ianya sedap. Tak pernah miss kalau bulan puasa...ada buat..ada yg beli.. tp kalau bukan bulan Ramadanpun mmg suka mkn tpg pelita.Masa di Msia kalau jumpa org jual tpg pelita mmg terus beli.
Mcm biasa guna resepi dr Yani @ MYR.

Tepung pelita
Sumber; Yani&MYR

BAHAN
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air- letak 1 sk esen pandan
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan



tepung pelita...lagi sedap kalau simpan kejap dlm peti ais...mkn sejuk2..

Friday, August 12, 2011

Daging Kicap Berkerisik



Assalammualaikum semua....entry kali ni nak kongsi lauk daging kicap berkerisik yg dimasak 2 hari lepas utk juadah berbuka. Kalau daging letak kicap dan ada kerisik gini anak-anak suka mkn...lagipun masakan ni tak pedas sesuai utk anak-anak. Tapi kalau nak pedas boleh tambah cili.



Resepi daging kali ni hasil jln2 ke blog Dayang....t.kasih Dyg Jack kongsi resepi.

Daging Kicap Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

1 kilo daging (dihiris nipis atau dipotong kiub)
1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
2 sudu besar kicap pekat
kicap manis/masin secukupnya
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
1-2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air) - optional
air asam jawa secukupnya
garam dan gula
2-3 sudu makan kerisik
air secukupnya

bahan-bahan kisar :

1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

Cara-cara :

Satukan daging bersama kicap pekat, lada hitam dan separuh daripada bahan kisar. Gaul-gaulkan sebati dan peraplah selama 1 jam atau semalaman.
Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Setelah daging empuk serta kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani.



Oleh kerana anak-anak suka masakan daging ni...lain kali boleh masak lagi...

Klik Nuffnang2