klik Nuffnang


Friday, December 30, 2011

Puding Kentang Karamel



Assalammualaikum
Belum sempat upload gambar jln2....jadi entry hari ni tayang gambar makanan lagi iaitu puding kentang yg dibuat beberapa minggu lepas.Wpun cuaca sejuk tekak terasa nak mkn puding...yg lembik2 gitu...nyaman je mkn.Teringin nak mencuba puding kentang ni lepas jamu mata di Fb....tak puas jamu mata kena rasa sendiri baru puas hati.



Kelainan sikit rasanya dari puding karamel biasa sbb letak kentang.T.kasih DJ yg berkongsi resepi puding ni....

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

Karamel :
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas

Cara-cara :

Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :
1 1/2 atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
2 cawan susu sejat/susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.-guna api atas bawah
Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.



abg Syazrin suka puding ni.mama pula mmg suka puding tak kira puding apa.....

Thursday, December 29, 2011

Xtvt masak2 utk jamuan



Assalammualaikum
Nak kongsi kisah xtvt masak2 hari khamis lepas...iaitu sehari sebelum pergi bercuti. Xtvt masak2 ini adalah untuk dinner di rumah TYT Duta Malaysia ke sini untuk meraikan lawatan rombongan tetamu Diraja dari Msia.Untuk dinner tersebut....tugas memasak masakan Msia dibahagi-bahagikan....mama masak tepung pelita utk pencuci mulut, kari ayam, paprik campur dan sambal belacan. Manakala lain-lain masakan disediakan oleh orang lain. Gambar2 masa majlis mama tak ambil...segan pula nak ambil gambar kali ni.



Awal pagi buat kuih pelita dulu. buat tak byk... 2 adunan sahaja sbb hanya utk hidangan tetamu utama sahaja. kuih pelita ni sebaik saja pekat...masa masih panas kena cepat2 masukkan dalam gelas....barulah lapisan atasnya licin elok....kalau lambat nanti permukaan atasnya tak serata. gelas siap masukkan dlm dulang berisi air sejuk sbb takut gelas tu retak bila isikan adunan yg panas. Oleh kerana cuaca sejuk tpg pelita cepat beku dan hanya simpan sekejap je dlm peti ais.


Simpan sikit tepung pelita untuk makan di rumah sbb mama suka betul dg tepung pelita .....suka bhg santan yg berlemak itu....


Kari ayam yg ditambah kerisik dan serai



paprik campur sotong dg ayam dan pelbagai sayur



Sambal belacan mkn dgn ulam timun. Sambal buat sehari sebelumnya...bagi bahan2 lebih mesra. buat 1 kg lada, 5 biji tomato, 3 labu bwg besar bakar, 5 ulas bwg putih bakar,3 sb belacan bakar,1 biji limau nipis dihiris tipis,9 biji limau nipis diperah , gula dan garam secukupnya.

Wednesday, December 28, 2011

Asam Pedas Daging



Assalammualaikum semua
Belum sempat update gambar2 cuti...byk gambar nak kena pilih dulu....nanti lapang sikit akan update. Utk entry hari ni hidang lauk Asam Pedas Daging yg dimasak beberapa minggu lepas. Sebelum tinggal di Melaka mama tak tahupun daging juga dimasak asam pedas sbb kalau kat kg...di Kel daging femes masak singgang.Bila dah beberapa kali mkn sedap pula.....dah jadi lauk favorit abg no 1.



Sebelum ini pernah masak asam pedas daging ikut resepi sini , kali ni cuba resepi asam pedas yg ditumis dgn rempah 4 beradik...rempah tumis. berselera kami sekeluarga mkn....

Asam Pedas Daging
Sumber; sya_annur@MyR
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 6 org )
1/2 kg daging (rebus hingga empuk)-campur bhg tetel sikit
10 biji cili kering
3 biji bwg merah/1 biji bwg besar
1/2 inch halia
1/4 inch lengkuas
1 batang serai
blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
2 biji tomato
Daun kesum
Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
Garam & Gula secukup rasa

nota dapur mamasya;
Tambah 1/2 cwn air asam jawa & sedikit belacan

Cara-cara
Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.



asam pedas daging dlm periuk...panas-panas baru masak.tengok bendi di sini saiznya lebih pendek dan gemuk sikit....

Tuesday, December 27, 2011

Cuti dan Moist Date Cake



Assalammualaikum. apa kabar acik-acik semua, Syakirah baru balik dari cuti-cuti...cuti di mana....



di tepian laut Mediterranean.....Syakirah tak da mood nak senyum sbb sejuk sgt masa ni.nanti Syakirah citer ttg cuti ni....



Sbb hari ni mama nak tayang dulu kek kurma yg dah lama buat ni. Pertama kali makan di rumah seorg kakak masa hari raya Aidiladha lalu, terus mama suka kek ni.....kebetulan empunya resepipun ada....teruslah minta resepinya. Lagipun buah kurma byk di rumah, lepas bulan puasa yg lalu pun ada lagi org bagi buah kurma....dari simpan baik baking kek.



bila hidangkan kek kurma ni...semua tak dpt teka ni kek apa sbb cincang halus kurmanya.....dah tak nampak isi kurma dlm kek.mama suka rasa kek kurma ni.ingat nak buat lagi sbb godek2 je tak payah pakai mixer. Tkasih byk2 buat Mas yg sudi berkongsi resepi.

Kek Lembap Kurma
Sumber; Fb Mastura Yusop@Cairo
Oleh; Dapurmamasya

bahan2
320 gm buah kurma (buang biji dan cincang)
150gm gula kastor - guna 110 gm gula biasa
150gm mentega
150gm tepung naik sendiri
75 gm tepung gandum
250ml air - ganti fresh milk
3 bj telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara
1. Satukan kurma,soda,air,gula dalam periuk. Jerang hingga didih. Tutup api,tutup periuk dan biar selama 30 min.
2. Tuang campuran kurma dalam mangkuk besar.
3.Masukkan telur,mentega,vanila,tepung naik sendiri dan tepung gandum. Kacau hinggga sebati- guna senduk kayu je.
4. Tuang adunan ke dalam tin bulat berukuran 22cm yang dialas kertas kuih.
5. Bakar pada suhu 180 selama 30 min@ sehingga masak.


abg2 tgh cuti sekolah minggu ni....jadi mama tak dpt dok lama2 dpn PC..hu..hu....pakat berebut nak sorang satu main game...Syakirahpun berebut sama nak tengok movie kartun dora...

Thursday, December 22, 2011

2 in 1; Kuih Serimuka & Kasui



Assalammualaikum
Ada kelapangan ni bolehlah update blog.....ada kerja yg menanti tapi nak buat kemudian sikit. Kalau tengok tajuk entry kali ni...2 in 1...mcm air nescafe pulak tapi sebenarnya.....masa buat kuih serimuka....ada lebihan bhg atasnya...bhg hijau....nak buat serimuka lagi yg sebelumnya masih berbaki sbb anak2 wpun suka pulut tp bila buat kuih manis mrk tak mkn. Dari membazir jadi kukuskan bhg hijau dan gaul dg kelapa jadilah kuih kasui pula....itulah citernya.



Ada lebihan pulut yg ditanak utk sarapan....itu merajinkan diri buat kuih serimuka ni....tanak tak campur santan.Tapi kalau nak lagi sedap rasanya pulut tu tanak dg santan cair...barulah rasa lemak sikit. Bhg atas kuih ni tak begitu lembik...mungkin sbb adunan byk guna tpg gandum dan tiada telur, itu yg senang potong mcm kuih kasui.



Ikut spt tuanresepi kukus serimuka dlm acuan lompang.tk tuanresepi...

Kuih Seri Muka
Sumber; Resepiibu.blogspot.
Oleh;Dapurmamasya

bahan2nya:
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung beras
2 sb tepung kastad
1 cwn gula
1 cwn air pandan- ganti 1 sk pandan paste & 1 cwn air
2 cwn santan
(semua di atas di blender)

(B)Pulut kalau rasa malas nak kukus, boleh masak mcm biasa tp air jgn terlalu banyak, masak dengan api yang kecil, kemudian masukkan sedikit garam.

Cara
~ ikut suka masing2 nk buat dalam loyang atau acuan,jgn lupa sapukan sedikit minyak terlebih dulu..
~ masukkan pulut,tekan2 supaya padat dan rata,kemudian tuangkan adunan tepung
~ kukus selama kira2 15 minit atau sehingga masak
~ klau guna loyang,tunggu sejuk baru boleh di potong..;)



2 in 1...sekali adun dpt 2 kuih..... Kuih Serimuka & Kasui

Wednesday, December 21, 2011

Kuih Siput



Assalmmualaikum
Kesibukan melanda beberapa hari ni...tak dpt nak citer panjang.....yg sempat hidangkan kuih siput yg dah lama gentel.....dahpun licin...dihabiskan oleh Syakirah, dia yg paling suka kuih siput ni.Suka ngunyah kuih goreng gini...kuih siput..kerepek....mkn sambil tengok tv.

Kuih Siput
Sumber; Syahmi@MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine - letak 70 gm utk lebih rangup
1 s.kecil serbuk jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering -x letak ganti 1 kiub ayam
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili- ganti 2 sb serbuk kari
Daun bawang /daun sup (dihiris )- x letak
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
Uli dengan santan hingga menjadi doh.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

nota MYR; kalau nak rangup lebihkan margerine....santan tu lebih kurang 250ml...tp jgn tuang semua sekali.....tuang sambil uli hingga jadi doh...



jumpa lagi next entry....

Tuesday, December 20, 2011

Puding Raja versi berbeza



Assalammuaikum semua
Puding raja ini antara puding yg pertama sekali dicuba sejak mula kenal dapur siber. Resepi dan rupa puding raja yg mama cuba dari resepi FNR ni berbeza dari puding raja yg ori sbb puding yg ori kalau tak silap ianya berkuah sikit....mamapun belum pernah mkn yg ori hanya tengok gambar tp bahan asasnya sama iaitu mesti ada pisang goreng, jala mas & kismis/ceri/prune dan utk lain-lain bahan puding ni lebih kurang sama cuma sukatan berbeza iaitu guna susu,telur,gula dan ada resepi yg letak tpg kastad dan ada yg tidak. Jala mas tu ....mama cuba buat juga tp jala tak da rupa jala langsung.... tak boleh nak letak atas puding....itu yg puding tak berjala rupanya....

Puding yg mama buat ni ringkas...ikut stok bahan yg ada di rumah...suka puding yg lembik2 gini....ada rasa pisang dan sikit2 rasa buah kismis.Sedap mkn sejuk....simpan kejap dlm peti ais dulu. Resepi penuh seperti di bawah;

Puding Raja
Resepi : Mok Nik@FnR
Oleh : Dapurmamasya

Bahan-bahannya
15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak-guna pisang lain
6 Keping jala mas - x letak
buah ceri merah/hijau - letak kismis
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2 ¼ cawan susu segar dutch lady- guna fresh milk
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam

cara-cara
1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar,air,gula, telur dan garam, dalam periuk ,pukul sebati
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat
4. Angkat dan curah dalam bekas
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
6. Ratakan.Taburkan jala mas yg telah dilerai , kemudian hias dengan ceri. sejukkan dalam peti ais.



Puding ni lembik...kena ceduk dgn sudu. Kalau suka puding boleh letak dlm bekas2 kecil...senang mkn sorang sebekas.Wpun resepi asal tak da berkuah tapi buat juga kuah utk mkn dg puding ni.....kuahnya ikut resepi kuah puding cocktail , cukup buat 1/2 dr resepi.



gambar puding kastad dari dapur lama...juga tak letak jala mas. puding ni buat agak keras sikit dan boleh potong dgn tambahkan sukatan tpg kastad dlm adunan...sukatan tambahan tpg kastad ni agak2 je...



yg ni guna tpg kastad perisa pandan.....

Saturday, December 17, 2011

Mee Udang Ketam lagi....



Assalammualaikum semua
Hujung minggu gini tentu ramai yg sibuk dgn pelbagai xtvtkan.....tambahan skrg musim cuti sek....kenduri kahwin dan bawa anak2 jln.Mamapun semlm dah bawa anak2 keluar....lagipun mrk cuti 4 hari minggu ni. Next week anak2 cuti lagi seminggu...cuti krismas.
Untuk entry hari ni nak kongsi mee udang ketam.....ni menu ulangan dah beberapa kali juga tayang di blog ni. Selalu masak mee ni sbb kami sekeluarga suka. Kebetulan di sini mmg senang nak beli ubi keledek....rebus lebih utk buah cek mek sekali dan simpan utk kuah mee udang ketam ni. 2 hari lepaspun masak mee ni tp buat versi mee ketam saja sbb tak da stok udang....sedap juga rasanya sbb abg no 3 yg paling cerewet bab makan...udang...ketam mmg dia tak mkn tp mee ni dia sampai 2 kali tambah...



Gambar mee yg baru masak 2 hari lepas tak ambilpun...guna gambar yg diambil sebelum ini yg belum sempat update diblog. Resepi mee udang guna resepi sama pernah buat sebelum ini iaitu dari MYR...copy sekali lagi resepinya spt di bawah;

Mee Udang
Sumber : Che Iza @ Myresepi
Oleh; DapurMamasya

Bahan-bahan ( 3-4 org )
* 1/kg mee kuning - ganti spaghetti
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz-campur udang dgn ketam dlm 500 gm
* 4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
* 1 sb petis - x ada petis ganti 1 sb sos rojak
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
* 1 sb sos cili
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek
* gula n garam
* taugeh n sawi
* daun bawang n bawang goreng,
tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
ketam direbus juga dan asingkan air rebusan.
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda **... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang&ketam biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Nota dapur mama;
1.Kalau ubi keledek berketul2 dlm kuah,ceduk ubi keledek dgn kuah dan masukkan dlm blender.blender sampai ubi dah hancur.
2. Udang dan ketam yg dah direbus, mama letak je dlm kuah bila kuah dah pekat dan hampir masak..senang ceduk sekali dgn kuah bila nak makan..biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.



kuah mee nak sedap kena tambah ubi keledek....rasa kuahnya pekat dan manis ubi



satu lagi mee ni nak sedap kena perah limau....bagi masam sikit....sedapppp...

T.kasih buat pengunjung dapurmamasya .....kpd kwn2 yg tinggalkan komen nanti akan buat kunjungan balas.slmt berhujung minggu semua.....ceria dan senyum selalu.

Friday, December 16, 2011

Sup Tulang Chef Wan



Assalammualaikum
Dlm cuaca sejuk skrg terasa nak mkn sup je....sup panas-panas mkn dgn nasi....ganding pula dg ikan masin...ulam...menyelerakan. Itu yg ulang2 masak sup....dan utk sup kali ni ikut resepi sup ekor Chef Wan dari dapur lama , gantikan ekor dg tulang. Sekali tengok rupa sup ni merah mcm sup gear box merah tp bahan2 berbeza.Sup ni masak guna tomato puri, manakala sup gear box merah guna cili kering. Resepi penuh spt dibawah;

Sup Ekor/Tulang Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah
oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2- ganti dg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



anak-anak kalau sup tulang mrk cukup suka....tak kira masak resepi apa2pun.....



yg ni gambar sup ekor lembu copy dari dapur lama

Thursday, December 15, 2011

Singgah Kampung Singa



Assalammualaikum....
Hari ni lambat dpt update blog sbbnya anak2 cuti sek selama 2 hari...sek tutup sbb bagi peluang cikgu-cikgu pergi mengundi.Skrg di sini tgh pilihanraya dan dibuat berperingkat. Biasa lambat sikit masak sbb anak2 sampai rumah dr sek pukul 4 ptg. Bila semua hero mama ada kat rumah kenalah siap masak lunch awal2...dari sarapan pagi masak bihun je hari ni...buat juga sandwich telur.....kuih cek mek lebih ptg semlmpun hidang juga...semua dah licin sebelum lunch.....makan-makan...maklumlah cuaca sejuk skrg...cepat lapar. Berbalik pada entry kali ni nak sambung kisah kami singgah di kampung Singa.Dah selesai kisah mkn fatir bread sambung citer jln2 dlm mini zoo berkenaan....



ni on the way.....cantikkan langit biru.berhenti kejap kat kws rehat...ada restoren dan MC D disini.Sepjg jln tak byk tempat rehat yg elok atau RNR mcm Msia...yg ada hanya kedai2 kecil, jadi bila jumpa tempat rehat besar elok berhenti kejap.



masa ni musim tembikai, jadi sepanjang jln byk org jual tembikai....



ginilah pondok utk penjual berehat sementara ada pembeli...



selain tu tepi2 jln ada org jual pelbagai brg...spt blacket,brg2 utk kereta dll



dah masuk dlm kws mini zoo, ni kaunter yg jual makanan ringan dll



bawang putih dihias ditiang...unik



binatang yg mula2 sekali jumpa ialah singa....



buaya nak telan abg Syafiq!

Jom tengok binatang apa yg ada di sini...























ada lagi binatang lain spt kucing hutan, burung dll di sini.Wpun zoo tak besar sgt tp anak cukup seronok dpt lihat binatang yg ada.

Dan ada juga....



Syakirah dgn bumper car....posing je...



abg2 pun naik juga



lagi gambar dlm restoren...meja dan kerusi kayu dgn bwg putih digantung ditiang



ni satu lagi tempat makan di situ....lengang sbb bukan masa cuti..



last gambar Syakirah dg ikan.....

Klik Nuffnang2