klik Nuffnang


Sunday, April 29, 2012

Happy Belated Birthday My Boys!



Assalammualaikum semua
Kelmarin mama merajinkan diri juga mendeco sebiji kek Angry Bird utk bday 3 hero mama yg sambut pada bulan April, setelah bertangguh beberapa hari. Walaupun dah lepas hari bdaynya, mama buatkan juga kek...saja nak menceriakan anak2. Wpun kek baru buat tp masing2 dah dpt hadiah bday....itu yg mereka tak kisah mama lambat buat kek.

Nilah 3 hero mama yg sambut bday bulan April.senang mama buat 1 kek kongsi utk 3 org. mrkpun sporting tak minta sorang satu,tahu mamanya kurang rajin nak baking skrg....

sejak balik Msia hari tu semua dah makin minat angry bird.jadi mama cuba juga buat kek angry bird...ada rupa burung marah ke ni..hi..hi... tp abg Syafiq cakap kek angry bird ni mumtaz......

Syafiq birthday 8 April;bday ke 9 thn

Syakim birthday 16 April;bday ke 11 thn

Syazrin birthday 25 April;bday ke 7 thn

Syakirahpun tumpang sekaki posing dg kek bday abgnya...juga peminat angry bird. wpun bdaynya bulan Jun nanti,syakirah dah cakap nak kek bday apa tp bukan kek angry bird.

lilin pun letak 3 btg, sebtg sorang tiup....mana puasnya mereka tiup ,lepas tiup pasang balik...pasang balik...3-4 kali sampai puas mrk tiup.Syakirahpun join sama tiup lilin....layan je anak2 asalkan mrk seronok....

Selamat ulang tahun anak2 mama. Moga jadi anak yg soleh dan cemerlang....

Terimakasih buat semua yg mengunjungi dapurmamasya,terutama teman2 yg tinggalkan komen.nanti ada kesempatan akan buat kunjungan balas.mama dilanda kesibukan skrg till beberapa hari lagi.jumpa nanti....

Friday, April 27, 2012

Homemade Kuetiaw.


Assalammualaikum semua.
Hari ni tayang kuetiau hailam yg masak 2 minggu lepas. resepi kuetiau hailam ni pakai letak je....ikut citarasa. Yang nak dikongsikan hari ni sebenarnya cara2 nak buat kuewtiau. Kalau di Msia confirm mama beli kuetiaw ni,tak rajin nak membuatnya..masa tinggal di Bruneipun mama beli je kuetiaw tp bila dah merantau jauh di negara Arab ni....mana ada kedai jual kuetiaw fresh.terpaksalah buat sendiri bila nak mkn.Yang byk di sini pasta dan spaghetti,murah2 pula tu.spaghetti sebungkus ada yg dijual tak sampai RM1.50pun.
Pernah beli kuetiaw kering yg kena rebus dulu tp rasanya tak memenuhi selera.dan satu lagi sejak habis stok kicap dr Msia....nak goreng mee kurang sikit rajinnya sbb kicap yg dijual di sini yg diimport lain sikit rasanya dan susah nak dpt kicap manis dan kicap pekat. tambahan pula sayur sawi,tauhu dan taugeh yg biasa letak dlm mee pun tak da...ada jual tp jauh nak pergi. Jadi kalau masak mee kena pandai2 ubahsuai....nak bagi sedap.Utk resepi kuewtiaw spt di bawah...

Home Made Kuewtiau
Sumber; Umie@MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

Cara-cara
1.Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
2.Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
3.Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
4. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
5.Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
6.Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
7.Terus memotong sehingga adunan habis
8.Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
9.Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan - setelah diangkat mama siram sekejap kuwtiaw dg air sejuk/paip barulah ditoskan
10.Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
11.Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan
Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh.suka assistant mama dpt tlg di dapur...
Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar.Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar
tekunnya assistant mama......bab main tpg suka betul dia
masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2.Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
setelah diangkat mama siram sekejap kuwtiaw dg air sejuk/paip barulah ditoskan,ni utk mengelakkan kuetiaw melekat
tuangkan sedikit minyak dan gaul rata .siap utk disimpan/dimasak....

Akhirnya dpt juga makan Kuetiaw Hailam.wpun rasa kuewtiaw tak 100% sama spt yg dibeli di Msia tp bolehlah hilangkan kepingin nak mkn kuetiaw...

Thursday, April 26, 2012

Puding Jagung Berkuah


Assalammualakum buat semua
Hari ni sambung lagi entry apa yg dihidangkan utk tetamu semasa lunch yg lepas, kali ni dessert pula. Nak buat bubur,jamuan yg lepas pun dah buat bubur.Teringat pula nak buat puding kastad&koktel tp tak da stok koktel dan bila intai dlm almari dapur...ada beberapa tin jagung,itu yg terlintas nak buat Puding Jagung Berkuah.

Lagipun mama mmg suka sgt dg puding yg ada kuah gini...letak pula ais...nyamanyaaaaa bila mkn. tambahan dlm cuaca yg mulai panas skrg di sini.

Puding Jagung
Sumber; F&N @ MYR
Oleh;Dapurmamasya

bahan-bahan ( sefamily )
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Manakala utk kuahnya mama agak2 ikut kebiasaan buat.
Kuah Puding
2 cwn susu segar
2 sb penuh tpg jagung - bancuh dg sikit air
1/2 cwn gula
susu segar secukupnya - utk tambahan kuah nanti
ais batu
Caranya;
didihkan 2 cwn susu, gula dan tpg kastad hingga mendidih sekejap.sejukkan.
Semasa menghidang campurkan susu segar,kuah puding dan ais kedlm potongan mangkuk.Masukkan puding jagung yg telah dipotong kecil.Kalau suka boleh tambah jelly/nata de coco dlm mangkuk hidangan


Puding Jagung berkuah yg lemak manis ditambah pula jelly strawberry yg masam manis......yummm

Wednesday, April 25, 2012

Sotong Berempah&Telur Dadar Gulung

Assalammualaikum semua. Hari ni buka blog nak edit....tengok menu edit dah update guna setting baru.....pening juga dibuatnya..semua teks dan gambar juga spacing dah jadi dlm satu paragraph...semak lihatnya.cuma yg bagusnya preview blog dah tunjuk mcm yg sebenar bila blog dipublish.nampaknya kena biasakan dgn menu edit yg baru ni.Berbalik pada menu hari ni....nak kongsi lagi antara lauk yg dimasak utk tetamu yg lepas iaitu lauk sotong.Sehari sebelum masak....cari resepi masak sotong yg sesuai dipadankan dgn nasi tomato,ingat nak buat sambal sotong...tp sbb ayam dah nampak merah....tak kan sotongpun nak merah juga.Dpt juga beberapa resepi sotong yg sesuai tp berkenan dg sotong Berempah sbb kelainan penggunaan jintan dlm masakan dan tidak menggunakan santan....kari dah ada santan,jadi sotong tak nak masak yg ada santan.
Sejak buat Sotong Goreng Kentang...versi munga-munga hari tu, dah suka pula dg rupa sotong bunga...jadi kali ni buat bunga2 lagi. Utk resepi Sotong Berempah mama dpt dari Ayu@Curlybabe's Satisfaction ...t.kasih Ayu kongsi resepi sotong.Mmg terasa rempah jintan dlm masakan sotong ni....

Sotong Berempah
Sumber; Ayu@Curlybabe's Satisfaction . asal trymasak.my
Oleh; Dapurmamasya

Ingredients:-
300g Sotong kecil
6 ulas Bawang merah 2 ulas Bawang puth
1 cm Halia
Daun kari secukup rasanya
1 sudu besar Pes cili - guna cili kering dah blender
1 sudu teh Serbuk jintan manis
1/2 sudu teh Serbuk jintan putih
1/2 sudu teh Serbuk kunyit
Garam & perasa secukup rasa
1 sudu teh Air asam jawa
1 cawan Air
mama tambah 1/2 biji kentang potong kecil- goreng sampai masak

Method:-
Campurkan sotong bersama kunyit dan garam.
Goreng sotong seketika. Apabila separuh masak, angkat dan ketepikan.
Hancurkan 1 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, jintan, dan pes cili.
Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis bahan yang dihiris itu hingga wangi, diikuti dengan bahan yang ditumbuk.
Masukkan daun kari, asam jawa, air, gula dan sotong dan kentang. Kacau sebati hingga sotong masak.

Hidang juga telur dadar sebagai lauk tambahan lauk tetamu.mulanya nak masak telur cara lain tp takut tak sempat,buat je telur dadar yg cukup mudah. 5 biji telur dicampur sikit garam,cili merah dan daun bawang.goreng jadikan 6 keping dadar. gulung 2 kpg setiap gulung.potong dan susun.

telur dadarpun nak tayang......tak pa lahkan utk koleksi mama... dan Syakirahpun boleh belajar masak2 nanti....belajar buat telur dadar ....hi..hi...

Tuesday, April 24, 2012

Menjamu Tetamu Lagi....

Assalammualaikum semua
Sambungan dari kisah Syakirah dok intai sebalik bunga mama dan ayam masak ros madu ......jadi hari ni kongsi lain2 menu yg mama hidangkan utk tetamu yg kami jemput lunch di rumah hari sabtu lepas pada 21.4.2012.Taklah byk masak sbb tetamupun hanya beberapa org tp mcm biasa kalau masak, masak lebih utk kami sekeluarga juga. Nasinya pula...oleh kerana set nasi putih dah mama masak utk menjamu tetamu yg lepas jadi kali ni tukar menu set nasi yg lain pula.....

iaitu nasi tomato

yg digandingkan dg Ayam Masak Ros Madu


juga daging gulai kawah....

sotong goreng yg masih dlm kuali....gambar dlm pinggan lupa nak ambil...


telur dadar gulung


acar timun & kubis...


air mango, kuih talam, kuih cara dan puding jagung berkuah

buah-buahan

Disebalik tabir.....


Ayam Masak Ros....tgh masak dlm kuali, resepi spt dientry bawah.


Nasi tomato masak atas dapur...utk resepi klik sini...

Nasi tomato...baru masak.....

tetamu sedang menikmati hidangan....

Monday, April 23, 2012

Ayam Masak Ros Madu

Assalammualaikum
Bersua lagi diminggu baru.hari ni nak kongsi resepi Ayam Masak Ros Madu yg dimasak padahari sabtu baru lepas. Mulanya nak buat ayam masak merah tp bila cari resepi di internet berkenan pula dgn dg Ayam Masak Ros.Ayam masak ros berbeza sikit dari ayam masak merah sbb ditumis dgn bahan penumis 4 beradik dan di tambah dgn santan/susu sbg penambah lemak dan rasa.Mama masak tak letak byk cili takut kepedasan nanti anak2 tak mkn pula tp kalau yg suka pedas bolehlah tambah cilinya.

Resepi ambil dari RasaOnline, teringin nak mencuba krn resepinya guna fresh milk...sbb stok fresh milk sentiasa ada di rumah. manakala kebanyakan resepi ayam masak ros guna santan. Resepi asal tak guna madu tp mama tambah madu utk imbangkan dg sos yg digunakan.Dan rasanya... menepati selera...sedappp..tak rugi mencuba.

AYAM MASAK ROS MADU
Sumber; RasaOnline
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | dipotong 14 - mama gaul dg sikit garam dan kunyit
125ml cili kisar - guna 7 biji cili kering
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
½ tin susu cair - ganti 1 cwn fresh milk
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm buah pelaga
5gm bunga cengkih
3 batang serai | diketuk
125ml tomato puri - letak 4 sb
tambah - 2 sb madu.
- 1 cwn kacang peas

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2sm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar bersama serai dan biarkan hingga garing.
4. Apabila garing, masukkan sos cili dan sos tomato kemudian ayam yang siap digoreng. Kacau rata.
5. Tuangkan susu cair bersama tomato puri. Kacau hingga sebati dan biarkan masak hingga kuahnya agak pekat.
6. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa dan angkat.

nota dapurmamasya
Ayam digaul dg sikit garam dan kunyit, barulah digoreng separuh masak.cili kering mama blender sekali dg bahan kisar dan tumis sekali gus dg bawang.letakkan 1 cwn kacang pea selepas tuang susu dan tambah 2 sb madu.

dah masak bolehlah dihidangkan.....utkkkk...

utk menjamu tetamu pada hari sabtu lepas.sapa tu belakang bunga mama...

Cak.....! sapa lagi kalau bukan Syakirah...bongsu mama...
jumpa next entry....hidangan lunch utk tetamu...

Sunday, April 22, 2012

Jln2 Hujung Minggu

Assalammualaikum dan slmt berhujung minggu semua.
Hari minggu tentu ramai yg sibukkan jalan bersama keluarga....belanja barang dapur dan macam2...samalah juga dgn mama. Semlm pagi sibuk masak2 sikit sbb ada jemput tetamu lunch....nanti citer dlm entry lain dan ptg bawa anak2 jalan. Berbalik pada citer hujung minggu, entry kali ni nak kongsi kisah jln2 ke Mall dan suasana jalanraya di sini. Ini kali pertama mama kongsi gambar2 suasana di sini,sebenarnya byk gambar yg diambil sejak berada di sini tp tak sempat nak pilih lagi.nanti jika ada kesempatan akan kongsi juga di blog utk dijadikan kenangan sepanjang di perantauan dan berkongsi pengalaman suasana di sini dengan semua.


Ni kisah 2 minggu lepas jln2 ke Mall tp singgah dulu beli suratkabar, surat kabar jual di divider jalan.kereta putih tu taxi pakai meter, ada juga taxi lama warna hitam.


Melepasi supermarket Hyper One yg ada troli besar,pernah citer ttg troli besar di sini dulu.Biasanya kalau nak belanja bukan hari week end, beli di mini-mini market atau kedai berdekatan rumah sbb supermarket/mall terletak luar town, taklah jauh sgt tp kalau hari kerja sesak yg amat, hujung minggu je jalan agak lengang tp kalau dah lewat ptg sesak jugak....nak pergi tempat dktpun terasa jauh.


melepasi gurun berpasir dan kws perumahan baru.Supermarket dan mall terletak luar bandar sikit....

Dah sampai di Mall of Arabia.Mall yg dikatakan terbesar di Egypt dan kedua di Timur Tengah.biasa mall atau supermarket di sini nak masuk akan diperiksa bag, termasuk bag tangan....utk keselamatan.
posing dulu.


Mall ni baru buka.masa kami dtg thn lepas tak byk kedai yg ada tp skrg dah byk kedai beroperasi. Mall ni mcm mall di Msia...dlmnya ada stores, supermarket, food court, restoren&coffee shop dan entertainment.

leka Syakirah tengok patung kanak2 atas buai...deco musim spring...

Syakirah dg abg...

lagi Syakirah....nak posing dgn kambing gurun....

Salah sebuah restoren...kreatifkan kerusi bentuk sudu dan garfu..


deretan food court...kws food court nipun baru buka, jadi ada yg offer food testing..


ada juga gerai makanan asean, satepun ada jual...boleh cuba next time..


suasana dlm food court....


byk gerai2 makanan termasuk juga fast food di sini.....


dg atap berbentuk khemah besar....


suasana dlm mall


posing depan salah satu kedai


ruang legar dpn food court....


ada gerai jual mini donut....


ada xtvt melukis utk kanak2 semperna hari Easter...


kanak2 sedang melukis

sesi baby bergambar....


mcm xtvt ada pada hari tersebut...


belah mlm ada musical dancing fountain ditempat ini


lagi view dlm mall.

dah nak balik.Syakirah bad mood dah penat.....

Ini pula suasana jalanraya semasa nak balik rumah....gambar ambil beberapa minggu lepas,balik dari jalan2 ke Dandy Mall....laluan jalan sama dg ke Mall.

Kami ke Carrefour Dandy Mall yg juga terletak laluan sama ke Mall Arabia tp lebih dkt sikit...


Ni perjalanan balik rumah, pemandangan biasa jlnraya di sini, selalunya ada je kereta rosak tepi jalan....penyebab jln selalu sesak. Dan van2 putih tu ialah van ambil penumpang,di highway boleh berhenti....ambil dan turunkan penumpang . Kalau hari biasa laluan ni mmg sesak....

depan kami kereta Pesona buatan Malaysia. di sini memandu belah kiri, jadi laluan laju paling kiri/dlm dan perlahan paling kanan.mula2 dulu confius jugak tengok kereta laju belah dlm....rupanya terbalik dari sistem jln raya di Msia ...

Oleh kerana kereta sering rosak termasuk rosak tayar spt kereta kat atas tu, maka di bahu jalan...ada kedai2 tayar,mana kedainya...dibalik tembok,pekedai akan panjat tembok utk turun baiki tayar kereta bila ada pelanggan dan tayar2 diletak dibahu jalan....


dan lagi kedai baiki tayar...sama juga kedai sebelah tembok....mudah baiki tp boleh buat jalan sesak...

teruskan perjalanan, wpun nampak bangunan yg masih dlm pembinaan di tkt atas tapi dah ada org tinggal di bangunan itu...pemandangan yg biasa di sini...

bangunan di sini hampir semuanya warna kelabu...sbb cuaca di sini sering berdebu

jarang jumpa bangunan yg bercat putih bersih....


penjual bunga di tengah jalan....ada juga yg jual bunga,tisu, mainan dll.mereka mmg berani mencari rezki di tgh2 kesibukan lalulintas

polis menjaga lalulintas di simpang 4, biasa di simpang2 utama ada polis yg menjaga laluan


Jalan ke rumah...ada mcm2 kedai,kedai pakaian,perabot dll.sini biasanya kedai di bawah,atas apartment...

melepasi kedai2 berdekatan dg rumah.boleh jln kaki je dr rumah ke kws kedai2 ni....dkt sgt.

roti Arab dijual tepi jalan, mula jual seawal 7 pagi.dari balkoni rumah boleh nampak org jual roti...

dah dkt sampai rumah.gambar tak jelas ambil dr cermin kereta...

Terimakasih buat teman-teman siber yg meninggalkan komen di blog ni.anak2 dah mula cuti sek jadi PC mamapun jadi rebutan juga dgn Syakirah skrgpun dah pandai berebut PC...tengok citer dan main games DORA,selagi tak dpt selagi itu dia bising...kenalah layan.nanti lapang sikit akan buat kunjungan balas...jumpa next entry....kisah makan2..ke kisah jalan2....

Klik Nuffnang2