klik Nuffnang


Friday, June 29, 2012

Risoles@Dadar Gulung Berlauk Rangup




Assalammualaikum...apa kabar semua.Moga sihat sejahtera.T.kasih bertandang ke dapurmamasya. Buat teman-teman yg menghadiahkan Al Fatihah utk aruah atok mama....t.kasih byk2 mama ucapkan.
Utk entry hari ni, mama nak kongsikan resepi Risoles yg mama buat minggu lepas. Abg no 3 balik dr sek minta dibuatkan kuih Malaysia utk kelas party pada hari Selasa.....dia nak perkenalkan makanan Msia pada kwn2 Arabnya. Dan pagi selasa tu juga mama pula sibuk sikit sbb ada tempahan mee utk sarapan.
Mulalah fikirkan apa kuih Msia yg sesuai utk kwn2 Arabnya...nanti yg tak kena dg selera tak mkn pula,maklumlah kanak2. Mama terfikir nak buat karipap tp malas nak buat kulitnya, kena canai..klim, alahai malasnya. Tapi dg inti karipap tu terfikir boleh buat kuih lain....itu yg terlintas nak buat kuih risoles.


Tapi kuih risoles ni dikatakan asal dr Indonesia dan kalau di Msia ada kuih Dadar Gulung Berlauk/kuih Lipat/Kuih Ropa.Cara buatnya sama cuma tak digoreng dg bread crump.Untuk inti mama dpt idea tengok inti popia kentang dg resepi dari FP K.Rin asal Fp MummyJam boleh tengok sini. T.kasih berkongsi resepi tp mama ubahsuai sikit intinya letak kari mcm inti karipap. Dan caranyapun mama buat mudah sikit sbb nak kena goreng mee tempahan pada hari tu. Mama rebus kentang siap2,potong kotak dan guna daging burger, jadi taklah lama sgt berdiri dpn kuali mengacau intinya. Manakala utk kulitnya mama ambil resepi Chik Mimi sbb mudah sukatan cawan.T.kasih Mimi kongsi resepi.
Risolles
Inti Kentang

Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit potong kotak
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1 sb serbuk kari - jadikan pes dg campurkan dg air
5 tbs daging cincang - guna 3 kpg daging burger
karot - 1/2 cawan karot potong kotak (nak mudah guna yg mix vegie punya)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan pes kari. Kacau seketika.
2. Masukkan daging dan karot. Masak sehingga air daging kering . Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang. Gaul rata semua dan sehingga daging masak. tutup api.

Kulit Risoles
Sumber; Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot

Untuk Kulit /Dadar Risoles- dapat 25 kpg
2 cwn Tepung gandung
3cwn ~airboleh gantikan dengan santan @ susu cair
secubit garam
sebiji telur
minyak utk mengoreng
Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya

caranya
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan. Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.

masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.

Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb


Panaskan minyak goreng keemasan.

Tapi bila abg no3 balik dr sek, dia bagitau yg class party bukan Tuesday tp Thursday...alahai abg kelam kabut awal pagi mama siapkan kuih dah salah tarikh pula, geram juga mulanya tp nak buat mcm mana dia tersilap hari.Mmg rezki kwn2 abg dapat mkn kuih pada hari tu.



Dan habis tak kuihnya....licin...semua kwn2 cakap delicious...who cook this...my mum...ohh your mum can cook very delicous.Nasib baik habis laku dan cakap sedap....hilang geram mama...

Wednesday, June 27, 2012

Al-Fatihah buat Tok Chek



Alfatihah buat atok mama yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi kerana sakit tua. Arwah tok chek meninggal dunia dlm usia 85 thn lebih setelah sakit seketika, panjang usia tok chek...dapat bersama anak cucu hingga cicit. Mama adik-beradik agak rapat dgn atok sbb pernah tinggal bersama atok hinggalah rumah mak siap dibina berdekatan rumah atok.Dgn cucu2 lainpun atok rapat sbb semuanya tinggal tak jauh dari rumah atok. Byk kenangan manis bersama tok chek yang tidak dapat dilupakan...teringat masa kecil atok pernah bawa cucu-cucunya naik kereta dehdeh....motor pembajak yang diubah suai jadi kenderaan mengangkut barang dan berbunyi bising...deh..deh.Dan bila masa musim tengkujuh, lepas hujan berhenti mama adik beradik ikut atok jalan kaki tengok air dan anak ikan kat kws kg.Aruah atok suka tengok berita, sukan dan rencana, selalu berebut siaran dgn cucu2nya yg nak tengok citer kartun tp biasa tok chek tengok tv sekejap je dah lelap...jadi cucunya perlahan2 tukar siaran tv sbb takut arwah terjaga. semuanya jadi memori manis mama bersama arwah...
Dan kali akhir jumpa tok chek masa balik kg Mac lepas, masa itu tok chek sihat ceria...bersembang dg kami. dan biasa kalau balik kg akan ajak tok chek makan bersama. Atok juga suka sembang dgn cucu dan cicitnya...termasuklah dgn anak-anak mama. Selalunya bila mama balik kg atok antara orang pertama yg kami jumpa, kalau lambat pergi jumpa tok chek dirumahnya, tok chek akan dtg rumah mak bertanya kabar kami sekeluarga.Dan sebelum pulang kami akan berjumpa dulu tok chek dan biasanya tok chek akan siap menunggu diluar pintu rumahnya utk melambai kami pulang.....tp kini semuanya tinggal kenangan.
Moga roh tok chek dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin...

Tuesday, June 26, 2012

Trip ke Sharm El Sheik (Pt1) - Perigi Nabi Musa




Assalammualaikum semua
Mulai minggu ni 4 hero mama dah mula cuti summer, pjg cuti sekolah dlm 2 bulan lebih, buka semula awal Sept nanti. Riuh sikit di rumah dari pagi dan yg seronok tentulah Syakirah sbb dpt main dg abg2nya. Belum fikirkan program cuti sek.abg No 3 cakap mama jomlah kita pergi cuti kat tempat orang boleh cakap Inggeris...mcm2lah abg Syafiq...nak cuti negara omputih pulak, abg no 2 pula cakap jom balik cuti Msia, alahai bang kalau dekat bolehlah kita driving je, tp semua tempat tu jauh kena naik flight dan skrg musim panas, harga tiket naik melambung tinggi. Maklumlah ramai org Arab yg nak pergi holiday musim panas ni. Bang...kita cuti2 Egypt aje...sementara masih berada di sini.
Citer ttg cuti2 Egypt, pada cuti hari buruh 1 Mei 2012 yg lepas, kami ke Sharm el-Sheikh selama 3 H 2 Mlm, husben ada program di sana. Sharm el-Sheikh merupakan bandar percutian yg cukup terkenal di Egypt sbb pantainya yg biru cantik dan terletak sepanjang pantai Red Sea. Ni kali pertama kami bercuti di belah Laut Merah sbb sebelum ini hanya belah Laut Mediterranean iaitu ke Alexandria, Porta Marina,Alex dan Port Said.


Lihat dalam petapun dah dpt agakkan mmg jauh perjalanan, iaitu 7-8 jam driving dari Cairo ke Sharm el-Sheikh. Sharm el-Sheikh yg terletak di Sem Senai iaitu sebelah Asia Barat, manakala Cairo tempat kami tinggal terletak di Benua Afrika dan dihubungkan dg terusan Suez. Perjalanan melepasi gurun berpasir, bukit dan menyusuri pantai yg cantik....ada juga beberapa resort di tepi pantai. Inilah pengalaman pertama kami travel jauh sejak duduk sini. Masa pergi cuaca elok tp balik ada ribut pasir dlm perjalanan tp Alhamdulilah kenderaan dpt bergerak dan slmt sampai. Utk entry kali ni mama nak kongsi satu tempat yg istimewa, yg kami singgah dlm perjalanan....tp sebelum itu tengok gambar2 sepanjang perjalanan kami...


memasuki Area Suez.....


sepjg jln kws gurun berpasir.....kenderaan pun tak byk....


berhenti sekejap di station minyak....


kws ni mcm pekan koboi...kecil sahaja areanya dan ada pokok2 menghijau...


menerusikan perjalanan, melepasi tol. ada byk tol dan sekatan jln raya sepjg perjalanan, setiapnya dijaga oleh polis atau tentera.


Ada beberapa restoren sepjg jalan. kami singgah restoren ni masa on the way balik


menuju Terusan Suez yg merupakan terusan buatan manusia yang terbesar yg menghubungkan Egypt belah benua Afrika dan Asia Barat.

dlm terowong Terusan Suez.Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.



dah keluar dari terowong...meneruskan perjalanan kws gurun


Setelah dkt 3 jam perjalanan, sampai tempat istimewa yg mama nak kongsikan, dimana terletaknya perigi Nabi Musa A.S.


Yg nampak batu2 keliling bulat itulah perigi Nabi Musa A.S. bhg blkg yg nampak biru itu adalah Red Sea/Laut Merah.


Nilah yg nak dikongsikan Uyun Musa (telaga Nabi Musa), ni salah satu dari 12 perigi Nabi Musa.
Nabi Musa A.S dan Bani Israel telah terselamat dari kekejaman Firaun dgn menyeberangi laut terbelah iaitu mukjizat tongkat Nabi Musa membelah laut Merah. Nabi Musa dan Bani Israel meneruskan perjalanan di Semenanjung Sinai. Mereka singgah di kawasan berhampiran Bukit Tur. Nabi Musa dan Bani Israel singgah di hamam (tempat mandi) untuk menyucikan diri sebelum meneruskan perjalanan ke Palestin.
Kisah seterusnya boleh baca sini.
Ketika Bani Israel meminta air daripada Nabi Musa kerana kehausan, Baginda memukul batu dengan tongkatnya. Daripada batu itu keluar 12 mata air untuk 12 kabilah Bani Israel.
Dalam Ayat 160, surah al-A’raf yang bermaksud: “Ketika kaumnya meminta air kepadanya, maka pukullah batu itu dengan tongkatmu wahai Musa, maka terpancarlah 12 mata air tiap-tiap golongan antara mereka mengetahui tempat minum masing-masing.”
Kewujudan 12 mata air daripada batu antara mukjizat tongkat Nabi Musa selain membelah laut dan menjadi ular. Baginda kemudian meneruskan pendakian untuk menerima kitab Taurat.
- terpegun melihat telaga Nabi Musa A.S yg masih ada kekal hingga skrg,tidak kering wpun di padang pasir yg kering kontang, betapa besar kuasa Allah....menurunkan mukjizat kepada Nabi Musa....


menurut penjaga kws ni, pokok besar ni dipercayai tempat Nabi Musa pernah berteduh...Wallahualam


tapi yg menariknya, perhatikan ada kalimah Allah di batang pokok besar ini....


pemandangan sekitar kws perigi Nabi Musa,kws pdg pasir dg beberapa pokok tamar Ada gerai2 jual souvenir tp hanya ada bbrapa penjual sahaja...sunyi tempat ini tiada pengunjung sbb jauh dr kws pekan


abg Syazrin posing tempat teduh,panas berbahang cuaca di sini.


Di antara dua puluh lima nabi dan rosul, hanya Nabi Musa as., Nabi Isa as., dan Nabi Muhammad saw. yang memiliki banyak mukjizat. Kisah selanjutnya tentang mukjizat Nabi Musa boleh baca sini.
Teringat pula masa sek dulu suka tengok cerita Arab kisah para Nabi yg ditayangkan pada bulan Ramadan termasuk kisah Nabi Musa dan tak menyangka berpeluang sampai ke sini melihat sendiri perigi Nabi Musa...Alhamdullilah dpt peluang sebegini.


nak sambung perjalanan, ada 2-3 org budak yg ada kat situ dtg minta duit...ketok2 tingkap dan pintu kereta.wpun dah diberi... mrk minta lagi, budak2 ni mengharapkan sedekah dari pengunjung yg datang bgmanapun kws ni pula agak sunyi tak ada pengunjung, kesian pula nengok mrk.pakcik bertopi tu pula yg menjaga kws ni.


kami berhenti rehat di restoren ini...ada surau dan toilet yg agak selesa.


makanan tak byk pilihan dan kena order dulu jadi mkn bekal je...


suasana dlm restoren....


meneruskan perjalanan...ramai yg cakap bukit bukau ni mcm di Grand Canyon.


melepasi kws pekan....sunyi kws pekan ni


meneruskan perjalanan....cantik view kat sini spg jalan Red Sea yg biru...


bukit sebelah kanan....pantai belah kiri.hanya sesekali bertembung dg kenderaan yg lalu jln sini.


Selamat dtg ke Tur Sinai...


laluan ke Sharm el Sheik dan Tur Sinai City. 100 km lagi ke Sharm El Sheikh.



menarik hiasan kerang ....


suasana yg berbeza....jika di Msia penuh hutan dan bukit menghijau tp sini bukit kelabu dan padang pasir...


melalui kws bukit bukau.....menarik view bukit ini


7 jam lebih perjalanan, akhirnya sampai ke destinasi yg dituju.Sharm El -Sheikh.



askar dan tentera berkawal di pintu masuk utama.di beberapa kws ada tentera dan polis berkawal utk keselamatan sbb kws ni ramai pelancong asing


singgah isi minyak di station minyak dulu


dah nampakpun laut....biru..mcm nasi kerabu biru mama..hi..hi..


kapal2 berlabuh.sepjg jln adalah Laut Merah yg cantik nan biru air lautnya...sama biru dg awan....


kws Delta Sham, salah satu kws penginapan pelancong yg terkenal di sini.


menarik kapal tersangkut di bukit


dah sampai kws Naama Bay yg terkenal sbg tumpuan pelancong, ramai pelancong dr Eropah...hanya pekerja org local.Sharm el-Sheikh menjadi tumpuan pelancong dari Eropah selain dr pantai yg cantik, ada direct flight dari Eropah dan UK ke sini.


Na'ama bay ni byk kedai2 dan restoren, juga private beach di sini.


Ada kedai rempah di sini.kat rempah ada tulisan entah dari negara mana. kat kws Naama bay byk juga majalah, tanda nama, brosure yg ditulis entah dr negara mana.


Sepjg jln ni merupakan cafe...tempat mkn terbuka. belah ptg tak ramai sgt pengunjung tp malam penuh sesak di sini.rasanya hampir 90% pelancong terdiri dari omputih....terasa mcm bercuti di Eropah pula,nantilah akan kongsi gambar di sana dlm part seterusnya


Abg Syazrin & Syakirah di Naama Bay...jumpa lagi kami berdua di Part 2.

Klik Nuffnang2