klik Nuffnang


Thursday, August 30, 2012

Ayam Percik di Raya ke 2




Assalammualaikum dan terimakasih mengunjungi Dapurmamasya.Jua Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua dan slmt bercuti.
Dah masuk 12 Syawal....masih dlm mood rayakan semuanya....di sinipun sama...masih ada open house sesama Msia. tp org Arab disini bagitau yg mrk hanya beraya selama 3 hari sahaja....kita lagi meriah beraya sebulan Syawal.
Berbalik pd entry hari ni nak kongsi menu ayam percik yg dimasak pada hari 2 Syawal...mulanya nak masak ayam rendang tp saja tukar selera masak ayam percik. Masak ayam utk makan belah malam sbb siangnya kami keluar beraya. Mama masak dlm 3 ekor utk menjamu 2 famili yg dijemput beraya di rumah kami sbg kunjungan balas....bukan open housepun...belum sempat lagi. Jom tengok resepinya....

Ayam Percik
sumber; Yani@MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 4 orang )
1 sekor ayam yang dipotong 4 - mama potong kecil
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan *masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Nota dapurmamasya; oleh krn guna santan dalam tin maka ditumis semua bahan2 yg diblend, ayam digaul dg tpg beras. bila bahan yg ditumis garing dan wangi barulah dimasukkan ayam, kacau seketika dan masukkan santan. sambung langkah seterusnya spt di atas *. 3 ekor ayam guna 1 tin santan dan tambah dg secukup air.

ayam percik yg pastinya mmg enak.....

jumpa entry seterusnya.....apa menu lagi yg dihidangkan bersama ayam percik ni....

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Raya Aidilfitri 1433



Assalammualaikum buat semua....moga sihat sejahtera dan ceria
Bersua kembali di 10 Syawal......baru sempat update blog dg kisah raya. Bukan sibuk sbb beraya sakan tp sibuk dg xtvt lain juga...itu yg blog bercuti pjg. Terus dgn cerita raya...


Suasana pagi raya 6.15 pg di dpn rumah - org Arab dah balik rumah selesai solat sunat Aidilfitri.Di masjid sini solat sunat Aidilfitri awal iaitu selepas solat subuh..


di masjid kanak2 dpt hadiah belon.biasa lepas solat mrk balik rehat di rumah masing-masing sbb ramai yg berjaga spjg malam hingga ke solat subuh dan sembahyang raya.


kami solat sunat bersama2 rakyat Msia di Dewan Msia....mula dlm pukul 8 pg.


tak ramai yg berkumpul di pagi raya thn ini berbanding thn lepas sbb ramai yg balik bercuti.


selesai solat sunat....di ruang solat wanita


bersalam-salaman sesama...


lepas solat menjamu selera dgn hidangan raya....


sate, lontong, soto, nasi impit & sate, lemang dan rendang dan set nasi minyak.


di meja utama;menu yg sama.


kanak2 mkn bersama....menu sate jadi kesukaan


ceria dapat berkumpul begini di pagi raya...


suasana di dewan makan....


lagi gambar suasana di dewan makan


Syakirah dgn kawan-kawan


lagi Syakirah dgn kawan-kawan

last gambar sebelum balik....Piramid & Menara berkembar Petronas.
jumpa lagi..dgn citer raya yg lain....

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalammualaikum...
Kesibukan melanda minggu ni dg xtvt masak-masak dan buat biskut raya utk sendiri dan juga tempahan....tak byk mana tp sbb buat last minute itu yg kelam kabut sikit...jadi tak dapat nak kunjung balas blog kwn2 dan update blog wpun byk gambar yg ada.terasa mcm tak cukup masa pula dan sekejapnya Ramadan berlalu pergi.... dah tiba bulan Syawal.

Sempena Syawal ini nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat sanak saudara tersayang di Msia, sahabat handai, rakan-rakan siber dan juga pengunjung dapurmamasya yg byk memberikan sokongan kepada blog ni.Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap, terkasar bahasa dan tutur bicara selama ini...harap tiada yg disimpan dlm hati.....biarlah yg manis2 saja yg diingati.

Tentu ramai yg pulang ke kg laman utk menyambut hari raya bersama sanak saudara......dpt bayangkan indahnya suasana beraya dan berkumpul dgn keluarga dan sanak saudara tersayang. Buat mama sekeluarga.....thn ni merupakan thn ke 2 beraya di perantauan.....akan disambut bersama rakan-rakan Msia di sini dengan dimulai solat sunat Aidilfitri di Dewan Msia dan kemudian sama2 menikmati jamuan juadah raya. Di sini tengok anak bulan hari ini Jumaat dan kemungkinan besar raya hari Ahad.
Wpun dimana berada....beraya bersama sanak saudara...mahupun rakan taulan di di perantauan.....moga semuanya dapat menyambut Syawal dengan ceria dan bahgia.Selamat Hari Raya Aidilfitri....
Salam Lebaran
Dari Mamasya sekeluarga

Tuesday, August 14, 2012

XTVT di dapur; Menjamu tetamu Iftar & menyiapkan tempahan



Assalammualaikum buat semua
Beberapa hari tak update blog sbb kesibukan melanda dgn beberapa xtvt.T.kasih buat teman2 yg tinggalkan komen....nak buat kunjung balaspun tak sempat. Sibuk dg xtvt ...antaranya pada hari Jumaat yg baru lepas mama dah mula masak2 sikit sbb hari sabtu kami menjemput tetamu utk berbuka puasa di rumah dan juga pada hari yg sama ada tempahan...iaitu lauk dan kuih-muih utk berbuka juga. Wpun kelam kabut nak kena siapkan semuanya pada waktu yg sama....Alhamdullilah dpt disiapkan mengikut masa. Puas hati sbb tetamu ceria menikmati hidangan yg disajikan dan kwn yg menempah makananpun suka. Jom lihat apa yg mama masak;


Untuk tetamu mama masak lauk-pauk yg pernah dimasak sebelum ni....tak sempat nak cuba resepi baru. Iaitu ikan 3 rasa siakap & kerapu, stew daging,ayam bakar berempah, sayur campur,udang masak lemak nenas,sambal terung & sambal belacan


ikan kerapu 3 rasa


ayam bakar berempah


ikan siakap 3 rasa


sayur campur


udang masak lemak nenas


stew daging


kuih-muih utk Iftar tetamu-risolles, puteri ayu,ketayap polkadot,kurma,anggur & tembikai.tiada dlm gambar puding cocktail desert lepas berbuka.


tetamu dr Msia yg dtg atas urusan kerja di pejabat husben yg kami jemput utk iftar di rumah.

Tempahan makan-makan


tempahan mee kuah siap packing, stew daging, ayam bakar berempah & kuih; puteri ayu, risolles dan ketayap polkadot sama spt menu yg mama hidangkan buat tetamu kecuali mee kuah yg mama buat hanya utk tempahan.


mee siap packing....kuah letak asing


kuah mee masih dalam periuk....last sekali masak sbb nak bagi kuah yg panas utk tempahan.
Komen dari mama Yassin yg menempah makanan....t.kasih makanan yg sedap, semuanya suka....habis semua diminta tapau oleh tetamunya.t.kasih byk2 atas tempahan dan suka masakan dari dapurmamasya ...

Thursday, August 9, 2012

Ayam Percik Istimewa & Bamia Kambing



Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera dan dpt menunaikan puasa.
Hampir setiap hari pasti ada menu ayam kat rumah sbb lauk ayam yg anak2 paling suka. dan bila hari2 masak ayam dah tak da idea nak masak ayam apa.kalau tanya anak2 ayam nak masak apa...pasti akan jawap ayam bakar.Jadi utk memenuhi selera mereka nak ayam bakar...buat lagi ayam bakar tp kali ni buat ayam percik pula.


Resepi Ayam Percik Istimewa ini diambil dari buku masakan lama mama. Kelainannya sbb ada letak daun limau purut dan buah keras bagi menambahkan rasa ayam percik ini. Ikut resepi asal semua bahan dimasak sekaligus tak payah tumis tp mama tumis sbb guna santan segera.....santan segera tak pecah minyak bila dimasak.Resepi spt dibawah;

Ayam Percik Istimewa
Sumber; Sajian Di Perantauan
Olahan; Dapurmamasya

Bahan2nya
1 ekor ayam - potong 8 atau ikut citarasa.
1 1/2 biji kelapa (ambil 1 mangkuk santan pekat) - guna santan debu dan buat sed pekat je
(Bahan2 * ditumbuk atau dikisar)
*1 inch halia
* 1/2 inch kunyit segar
*3 labu bwg bawang
*6 ulas bawang putih
*5 tangkai cili kering/1 sb cili kering dah blender
*12 biji buah keras - letak 6 biji je
6 helai daun limau perut- potong halus
3 batang serai di titik saja
2 helai daun kunyit (siat)- x letak
1 biji limau nipis
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali besar, tumiskan bahan yg diblender sampai agak garing.
Masukkan santan,daun limau purut, serai, garam dan gula.Kacau hingga mendidih.
Masukkan ayam, tutup kuali dg tudung periuk...biarkan merenih dg api sederhana hingga ayam 1/2 masak.
Keluarkan ayam dan atur atas tray bakar.ambil sikit kuah percik sapu atas ayam.balikkan ayam dan sapu lagi dg sikit kuah.jika bakar dlm oven, bakar dg api atas bawah 180'C.bakar hingga masak.
Utk kuah teruskan masak sekejap sehingga kuah agak pekat.tutup api
Semasa menghidang perahkan limau atas ayam dan siram dgn lebihan kuah percik.


seronok bila tengok anak2 berselera mkn dgn lauk yg dihidangkan....sedap tak bang ayam percik ni....sedappp.....

Bamia Kambing


Pada hari yg sama masak lagi bamia....kali ni guna kambing pula dan buat kuah pekat sikit. Resepi boleh klik sini. Anak2 biasalah kalau tengok ada lauk campur sayur gini....cari gali korek ambil daging dan kuah sahaja.....

Wednesday, August 8, 2012

Ketam Masak Merah & Kerabu Daun



Assalammualaikum buat semua.sekejapnya Ramadan berlalu....dah masuk 2/3 Ramadan....tinggal 1/3 Ramadan lagi....moga kita sama2 menggunakan kesempatan Ramadan yg masih berbaki ni sebaiknya...
Untuk entry hari ni nak kongsi lauk ketam yg dimasak pada hari sabtu lepas....dah lama juga tak masak lauk ketam. Tak da idea nak masak mcm mana ketam...nak masak cili takut pedas nanti anak2 tak dapat mkn....masak lemak dah selalu buat....akhirnya berkenan nak cuba resepi dari Dj iaitu ketam masak merah...biasa ayam masak merah...kali ni ketam pula.T.kasih Dj berkongsi resepi.

Ketam Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan :
6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.


Ketam Masak Merah...sedap rasa rencahnya itu.anak2pun suka tp mama yg kena kopekkan isinya....makan ketam ni yg lecehnya nak kena kopek dulu baru dpt mkn....bila mkn kejap je licin....

Kerabu Daun


Hari yg sama buat juga kerabu daun.Kerabu antara menu yg tak pernah miss bila bulan puasa.kalau kat Msia suka buat kerabu mangga/kacang botor/kcg pjg/sotong tp kat sini itu semua tak da...sotongpun tak da skrg...sbg ganti guna daun gargil.

Kerabu Daun
1 ikat daun/kacang botor - guna daun gargil - potong halus
1 ekor ikan kembong/1/3 ikan makarel/tamban rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
4 ulas bawang merah - dimayamg halus/tumbuk kasar
2 biji cili merah/hijau dibuang biji dan potong tipis
sedikit bunga kantan - pilihan
1-2 biji limau nipis - utk perah
1 biji tomato - potong kecil
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.
Cara-cara
Campurkan semua bahan.utk kelapa boleh guna kelapa kering, caranya campur dg sikit air panas.kacau dan masukkan dlm microwave/kukus sekejap.angkat, kacau dan barulah digoreng dlm kuali.


nilah daun gargil...ulangtayang sbb pernah tayang sebelum ini.sedap mkn ulam cicah sambal. harganya cukup murah 1 LE/50sen utk 3 ikat.

Tuesday, August 7, 2012

Talam Pandan Gula Merah Utk Pot Luck Iftar




Assalammualaikum buat semua....moga sihat sejahtera dan terimakasih berkunjung ke blog ni.
Pada ptg Jumaat lepas kami sekeluarga dan rakan2 Msia yg lain Iftar beramai2 di Rumah Msia. Untuk kuih bagi juadah berbuka...pot luck... masing-masing diminta bawa kuih. Mulanya tak da idea nak buat kuih apa....jadi cari di internet kuih-muih yg belum pernah cuba...berkenan dgn kuih Talam Pandan Gula Merah dari blog k.Paty. Talam ni tidak menggunakan santan dan spt komen k.Paty kuih ni kombinasi kuih kosui dibhg bawah/hijau dan seri muka gula merah utk bhg atas. Cuma kuih mama punya nampak tak basah...tak secantik mcm kuih k.Paty...mungkin kukus agak lama. Untuk resepi spt di bawah..t.kasih k.Paty kongsi resepi;
Talam Pandan Gula Merah
Sumber; Paty's Kitchen
Oleh; Dapurmamasya (guna loyang 7' x 10')

bahan
bhg bawah
3/4 cawan gula putih masak dengan 2 cawan air hingga mendidih...ketepikan

dalam periok berasingan campurkan;
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air)- guna pandan paste
secubit garam
1 sudu teh air kapur
sedikit pes pandan
Gaul semua bahan rata...tuangkan air gula tadi dan kacau rata....letakkan atas api perlahan dan kacau hingga bancuhan mula nak likat (jangan pekat sangat)...kukus dalam bekas kaca atau acuan kecil selama 20 minit. - mama kukus 15 min je

bhg Atas
1 cawan gula merah
1 cawan air

masak gula merah dengan air sehingga sula hancur dan biarkan sejuk.
2 biji telur
1 cawan tepung
2 tsdb tepung hong kue.
Campurkan bahan gula merah dengan bahan diatas tadi. Gaul rata tapis dan masak di atas api kecil sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit. ( note dr mama; kalau kuih dah masak boleh kurangkan masa kukus ).Sejukkan sebelum dipotong.



Iftar 15 Ramadan di Rumah Msia


Gambar sebahgian yg hadir semasa majlis Iftar di Rumah Msia.ada program ceramah agama dan majlis perpisahan sebelum berbuka. ramai yg hadir utk Iftar thn ni...


Untuk lauk-pauk...masing2 masak, setiap ladies...ahli PERWAKILAN diberikan tugas utk masak lauk tertentu.semua lauk hingga nasi habis licin.....mmg meriah sambutan Iftar thn ni. Antara lauknya ayam masak kari, daging blackpepper, sayur campur, sambal telur,gulai ikan masin, ulam dan sambal belacan. Utk pot luck kuih mcm2 kuih ada spt karipap, onde2, puding dll....sayang mama tak sempat nak ambil gambar semua makanan...hanya ambil sikit gambar kuih itupun dah hujung...


yg paling seronok adalah Syakirah dpt jumpa kawan2.....

Monday, August 6, 2012

Berbuka Puasa Ditepian Sg Nil



Assalammualaikum buat semua pengunjung...
Hari rabu lepas kami menerima jemputan berbuka puasa dari sebuah agensi pelancongan di sini utk berbuka puasa di Sea Horse Restoren, dimana tahun lepaspun kami bersama rakan2 Msia turut dijemput berbuka di sini.Restoren Sea Horse terletak ditebing Sg Nil....gambar diatas diambil sebelum berbuka.


Sebaik tiba di restoren, kami sekeluarga terus diminta utk ditemuramah oleh pengacara dari sebuah station TV. Tergamam juga sbb tak plan....antara soalannya ttg perasaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri di Egypt.Hanya sempat ambil satu gambar saja selepas ditemuramah....gambar Syakirah dg pengacara tv berkenaan...dibelakang adalah Sg Nil.
updated rakaman ni telah disiarkan disalah satu saluran TV Egypt sebelum waktu berbuka ptg semlm, staf husben yg tengok...kami terlepas sbb tak tahu waktu siarannya...rugi tak dpt tengok...


Abg Syazrin...tunggu waktu berbuka.


Syakirah, abg Syamil dan Syakim.dari tempat duduk boleh nampak Sg Nil...belah pagar putih tu air Sg Nil...


view dari restoren....dpt lihat kapal 3 tkt yg membawa penumpang berbuka puasa sambil belayar di Sg Nil..


utk menu berbuka mama tak ambil gambar sbb menu sama yg tahun lepas, jadi copy paste je gambar thn lepas iaitu ada grill chicken, kebab dan nasi campur bihun.Setiap seorg dah disiapkan hidangan.



utk starterpun samaa.....ada salad, roti Arab, buah2an jeruk,cheese,yg putih tu tahina buat cicah roti dan dlm mangkuk kuah sayur bersos...nipun copy gambar thn lepas.



dessertpun sama...buah2an dan manisan

Syakirah dan abg Syafiq


dah lepas berbuka....

suasana dlm restoren selepas berbuka

lagi gambar dlm restoren....ada acara cabutan no bertuah.rezki kami dpt juga hadiah.

bersama kwn2.....Syakirah girl sorang yg menyelit di situ.


sebelum balik sempat ambil gambar org tgh bakar roti arab....fresh utk dihidangkan dlm restoren.

Klik Nuffnang2