klik Nuffnang


Thursday, November 29, 2012

Tayang dulu Sup Tulang Gear Box & Sambal Petai!



Assalammualaikum bersua kembali...moga semua sihat sejahtera.
Belum sempat update citer terkini dan jalan2 blog kwn2. wpun dah balik dr bercuti mlm sabtu sbb hari Isnin hinga selasa jln2 lagi.....tp kali ni mama & Syakirah saja sbb abg2 sek....ikut mr husben ada urusan kerja luar dr Cairo, lewat malam baru sampai rumah. dan kelmarinpun seharian keluar ada xtvt.....nantilah pelan2 mama update gambar.
Jadi mama tayang dulu gambar sup tulang gear box yg dah ada dalam draft. Sup ni dah lama buat dan kalau sup mmg sekeluarga suka.Cuma kali ni buat gear box.......dkt 3 jam lebih baru masak sbb guna periuk biasa.....pressure cooker tak bawa tinggal di Msia. Utk sup gear box ni, guna Resepi sup tulang siam, boleh klik klik sini utk resepi.

DSC_3267_zpsb5ed7135

kalau mkn gear box ni habis pisau...gunting....utk potong daging2 kat tulang2nya itu...mkn bgh dlm tu kalau ketuk tak keluar...guna straw....anak no 1 dan 4 cukup suka ni.

DSC_2755_zps89a66df5

sambal petai pun nak tayang juga, kalau kat Msia mmg tak heran dg petai tp bila duduk negara Arab dpt masak sambal petai mmg kena tayang sbb petai terbang jauh dari Msia...berjam2 dlm kapal terbang.Dan petai ni org bagi kpd kami sbg buah tangan bersama rempah ratus dr Msia, petaipun jadi buah tangan....tapi mama suka buah tangan bahan2 masak gini!


kongsi sekeping dulu gambar Syakirah di Hurgada....semasa cuti tepi laut Merah. gambar lain akan menyusul. nanti jumpa lagi....

Thursday, November 22, 2012

Bercuti seketika di Laut Merah


gambar; sumber google
Assalammualaikum.....moga semua sihat sejahtera. tkasih buat semua yg berkunjung ke blogmamasya dan yg tinggalkan komen.....ada yg sempat mama balas dan ada yg belum sempat.
Hanya entry ringkas sebelum bercuti bersama keluarga.....taklama pun sekadar 3 H 2 M, nanti balik baru citer pjg dan kongsi gambar di sana....nak citer pjg skrgpun mama belum pernah ke sana....ni kali pertama. Percutian kali ni juga ke laut Merah dalam 7-8 jam perjalanan....jauh macam balik kg. Dah lama juga kami sekeluarga tak bercuti...anak2 ceria bila dpt tahu akan ke pantai dan aquapark....dah bayangkan dpt mandi-manda dan main air....harap cuaca disana tidak terlalu sejuk sbb skrg dah mula masuk musim sejuk.
nanti kita jumpa lagi......salam manis dari Dapurmamasya

Monday, November 19, 2012

Crepe Durian....taklah...Crepe Coklat



Assalammualaikum buat semua. moga semua sihat sejahtera dan buat yg masih bercuti selamat bercuti....moga percutian membahagiakan bersama keluarga tersayang. Kami disini cuti 3 hari sempena Maal Hijrah dan hujung minggu tp tak pergi bercuti sbb ada program sambutan Maal Hijrah pada mlm khamis lalu, jadi cuti sekadar bawa anak2 jln tempat shopping saja.
Mama belum sempat update gambar2 utk entry di Mekah...byk gambar nak kena pilih dulu. Sementara itu tayang crepe yg mama buat kelmarin dulu. Gara2 musim crepe durian yg cukup popular di blog dan Fb skrg, mamapun teringin juga nak mencuba tp mana nak cari pokok durian kat tanah Arab inikan...pokok kurma byklah.Hanya sekadar jamu mata durian crepe....nak rasa mmg kena tunggu balik Msia....dah sethn lebih tak merasa durian, masa balik cuti bulan Feb lalu tak dpt juga mkn sbb bukan musim durian.
Oleh kerana tak da durian tp nak juga buatnya...sebagai gantiannya mama buat crepe dg filling choc....ingatkan nak buat utk minum ptg,dah pukul 4 lebih baru nak buat....Maghrib pula jam 5 ptg....jadi mkn belah mlm sbg dessert.



Kalau crepe yg biasa, mmg selalu buat letak filling choc utk sarapan dan kdg2 bekal sek sbb anak2 mkn suka. Cuma versi yg terhangat skrg ni dg letak whip cream dan tambahan tpg lain yg belum cuba. Tengok macam2 resepi ada dg pelbagai versi tpg, tp buat kali pertama ni mama guna resepi dr blog Reen Khan, t.kasih Reen Khan dan empunya resepi Eyna Haneyna. Mama buat 2 adunan, 1 adunan utk terus mkn mlm itu dan 1 lagi simpan lama dlm peti ais....mkn keesokkan harinya....mkn sejuk...dingin lagi sedap creamnya.

CREPE DURIAN
SUMBER; BLOG REEN KHAN asal dr PUAN Eyna Haneyna
Oleh; Dapurmamasya
RESEPI KULIT
50 GM TEPUNG GANDUM
1 SDB TEPUNG UBI
1 BIJI TELUR
2 SUDU BESAR GULA HALUS
3 SDT BUTTER -DICAIRKAN-
160 ML AIR
40 ML SUSU CAIR
1 SDK ESEN VANILA
BOLEH LETAK PEWARNA@ PERISA BUAH2AN YANG ANDA SUKA(OPTIONAL)

CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YANG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN..
-TAPISKAN ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..
CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI NON STICK PAN @KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MINYAK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DALAM KUALI.-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA SUDAH MASAK TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN.MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..

INTINYA..
-ISI DURIAN YANG DI BUANG BIJINYA - gantik choc
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)- guna whipping cream

CARA2 MEMBUATNYA..
-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YANG LICIN BELAH BAWAH
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI DI ATASNYA..
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA..
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM DIMAKAN..


Utk inti choc guna resepi topping jimat yg pernah kongsi sebelum ini. Inti buat 1/2 dr adunan dibawahpun dah dpt byk.
Inti Choc
1/2 cwn serbuk koko- ayak
1 cwn gula
2 1/2 cwn air /susu cair - guna fresh milk
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung
Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.
nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak mula pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan.

DSC_4954

Letak inti choc sbb anak2 suka choc berbanding dg buah tp tak tahulah kalau inti durian mungkin mrk suka juga. Utk crepe choc ni abg2 bertiga mkn sorang 1 je sbb diorg cepat muak dg cream tp abg yg sulong cukup suka, mula2 mkn 3 kpg.Esoknya habis 7 kpg sekali makan......sampai mamapun tak percaya dia habiskan semua yg ada dlm peti ais, check peti ais....mmg licin. balik dari sek , tanya lagi ada tak crepe mcm semalam......dah habis...nantilah mama buat lagi.

Thursday, November 15, 2012

Ziarah Madinah & Salam Maal Hijrah 1434H



Salam Maal Hijrah buat semua, moga tahun baru dibuka dgn kisah baru,azam baru....kearah yg lebih baik dan moga dikurniakan Allah sentiasa dgn kesejahteraan, kebahgiaan dan keberkatan dalam apa jua yang dikerjakan....Aminn. Juga terimakasih yg bertandang ke Dapurmamasya dan tinggalkan komen dalam entry yg lalu, maaf ada yg belum sempat mama buat kunjungan balas, harap jgn kecil hati ya....nanti kelapangan akan buat kunjungan juga.

DSCF6148


Catatan entry ini untuk berkongsi sedikit pengalaman dan sebagai kenang-kenangan mama semasa menunaikan haji yang baru lalu. Ingin dikongsikan segera tp mengambil masa sbb nak pilih gambar dan upload....hari ni baru siap.
Pengalaman mama & mr husben semasa menunaikan haji mungkin berbeza sedikit dgn jemaah haji dr Msia sbb kami pergi sendiri dan kami hanya pergi berdua, tiada jemaah Msia yg ikut sama dg kami dari Cairo. Segala urusan dari penginapan hotel(booking secara on line), pengangkutan, perjalanan di sana diurus sendiri dan bukan ikut mana2 pakej. Kami pergipun tidak lama, hanya 10 hari, 2 mlm di Madinah dan 8 mlm di Mekah. Dan ini merupakan kali kedua mama berpeluang ke Tanah Suci selepas kami menunaikan umrah pada tahun 1997 dan haji kali ke 2 buat mr husben.... syukur Alhamdullilah dapat menjadi tetamu Allah lagi.
Wpun sejak awal dtg ke Cairo kami ada simpan hasrat utk tunaikan haji, namun mama spt bermimpi bila tahun ini dapat peluang utk menunaikan haji sbbnya permohonan utk dptkan visa haji agak lewat diluluskan....tak sampai seminggu bila visa diluluskan kamipun berangkat. Semua nak diuruskan segera dlm beberapa hari saja, dptkan tiket flight, booking hotel melalui internet, buat persiapan, kumpulkan semua info yg diperlukan dr internet....tp syukur semuanya berjalan dengan baik.
Ada juga kesulitan dihadapi semasa di sana tapi anggap itu semua ujian kecil,ingatkan diri sendiri kena banyak bersabar dan selalu berdoa diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segalanya sepanjang menunaikan haji.Dan kami berdua Alhamdulilah sihat selama di sana hinggalah selesai haji dan hanya hari nak balik baru mula kena batuk dan selsema.

DSCF6092

Terminal Haji Cairo

Kami mengambil penerbangan terus Cairo ke Madinah yg mengambil masa hampir 2 jam. Dari Cairo berlepas dari terminal Haji.....masa sampai di airport dpt dengar bunyi gendang dan seruling, ingatkan ada majlis apa, masa balikpun sama di airport meriah dgn bunyi begini. Rupanya cara orang sini meraikan sedara mara atau sahabat handai pergi dan balik dari menunaikan haji....mmg berbeza budaya mrk.

DSCF6097-1

di balai berlepas Cairo Airport. tak ramai yg ke Madinah sbb ramai jemaah terus ke Jeddah.

Sampai di aiport Madinah, kami terus keluar kws airport utk cari kenderaan, masa tu ramai tukang tolak troli dtg hampiri, tanpa disuruh mrk akan terus angkut bag. Tak jauh jarak keluar tempat bas dan kereta. Tiada taxi diluar airport yg ada kereta persendirian....dah tawar menawar kamipun setuju utk ambil kereta terus ke hotel. Spt yg selalu diingatkan oleh orang kalau di sana, bila naik kereta, pastikan suami naik dulu, kita kemudian dan bila turun, pastikan kita turun dulu,utk langkah keselamatan.
Elok masuk hotel dimana kami menginap di Hotel Al Eiman Taibah, tak lama kemudian masuk Isyak....dr hotel jelas kendengaran azan dr Masjid Nabawi....tak jauhpun hotel dari Masjid' dlm 150 meter. Tapi bila sampai kws masjid tak dapat masuk dlm masjid sbb di bhg luarpun dah penuh dgn jemaah...satu perasaan yg sukar digambarkan bila dapat peluang melihat kembali Masjid Nabawi....menjejak kaki ke mari selepas 15 thn.
Wpun hanya tingal beberapa hari lagi wukuf di Arafah tp masih ramai yg menunaikan solat di Masjid Nabawi. Sepanjang di sana mama cari juga kalau ada jemaah Msia di Masjid Nabawi tp tiada sbb rasanya semua jemaah Msia dah ke Mekah, yg ramai masa itu adalah jemaah dari negara2 lain. Sempat disapa oleh anak gadis Indonesia yg bertugas dlm masjid...ibu belum bertolak ke Mekah....belum lagi balas mama . Ramai juga pekerja wanita dari Indonesia berkerja sbg cleaner dlm ruang solat wanita.

DSCF6108

bila kedengaran azan......berduyun2 jemaah ke masjid

Kalau nak bawa hpon atau kamera ke masjid kena pandai2 simpan sbb bag akan diperiksa dipintu masuk masjid. Mcm hpon mama simpan dlm poket seluar pjg di dlm jubah, ada baca dlm blog...hpon simpan dlm stokin...dlm anak tudung....yg penting kena pandai2 sorok. tapi jemaah lelaki senang sikit,boleh simpan dlm jubah atau poket baju.Selipar pula boleh tinggal diluar...dlm kotak atau bawa masuk (simpan dlm bag plastik). Oleh kerana pintu masuk dlm masjid berasingan lelaki dan wanita, maka biasa janji dg husben tunggu di tiang no berapa (berhampiran pagar keluar dr kws masjid ) tiap kali lepas solat.


payung dibuka utk teduhkan kws dataran dpn masjid pada waktu solat

DSCF6112

ruangan solat wanita diluar diletak tali plastik

DSCF6115

ruangan solat lelaki diluar

DSCF6140

Salah satu pintu masuk masjid...King Abdul Aziz Gate

IMG-20121021-00791

ruangan solat lelaki dalam Masjid Nabawi


Qubbatul Khadra' (kubah hijau). Di bawah kubah hijau itulah Rasulullah SAW bersemadi

Bagi jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dibahagikan mengikut waktu. Ini kerana Raudhah terletak di kawasan solat jemaah lelaki di bahagian dalam Masjid Nabawi. Org lelaki senang nak ke Raudhah sbb tak perlu tunggu giliran mcm jemaah wanita. Giliran jemaah wanita di sebelah pagi waktu lawatan ialah selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi, selepas Zohor dan Isyak. Masa pergi umrah dulu masjid tidak sebesar mcm skrg dan org tak ramai sbb kebetulan masa itu visa umrah baru dibuka, mmg senang nak memasuki kawasan Raudah. Tapi bila pergi musim haji mmg ramai sgt org.

Gambar-gambar dalam Raudhah

IMG-20121021-00779

IMG-20121021-00782

Mihrab Nabi dalam Raudhah

IMG-20121021-00790


IMG-20121021-00783


IMG-20121021-00786

bersesak-sesak jemaah di Raudhah..

Pintu Al-Salam....Babus Salam

DSCF6130
Perkuburan Baqi, ada 3 jenazah sdg diusung utk dikebumikan

DSCF6136

batas garis Imam.....ada ditulis dalam B.Melayu juga...

DSCF6138

prayer area for women
DSCF6158

didepan Masjid dan sekitarnya selepas waktu solat ada gerai peniaga wanita yg menjual mcm2 brg.bila waktu solat semua kedai dan gerai ditutup.

DSCF6161

kami ada singgah 2 kali menjamu selera di Rumah Makan Indonesia.Dibgn ini byk kedai dan gerai

DSCF6100

antara menu yg ada tempe dg sayur goreng, kari dan kurma daging, sambal telur & sayur lemak campur
DSCF6102

suasana dalam restoren.ada 2 bhg restoren, satu makanan Indonesia&Melayu dan satunya makanan Arab.

DSCF6162">

lauk yg dipilih....satu makanan Arab dan 1 makanan melayu

DSCF6159

suasana sibuk dg bas....kebanyakkan jemaah telah mula meninggalkan Madinah menuju Mekah dgn bas, dimana barang2 diisi dibhg atas bas.

DSCF6168

Pagi ke 3 di Madinah, kami bersiap dgn dg pakaian ihram sebelum menaiki bas menuju Mekah. Bas express Saptco yg kami naiki dr Madinah ke Mekah ini, tiket beli dikaunter berdekatan pada hari pertama sampai sbb takut kehabisan tp rupanya hanya 6 org sahaja dalam bas .bas yg kami naiki ni dipandu oleh pemandu Indonesia. bertolak pukul 10 pg dan tiba di Mekah jam 3 lebih.musim haji harga tiket 120 Riyal perperson, biasa 80 Riyal.
DSCF6175

dalam bas dihidangkan makanan ringan spt buah, nugget,jus, teh panas dan air mineral

DSCF6179-1


Sebaik azan asar kamipun sampai di station bas di Mekah...boleh nampak menara jam..Clock Tower yg terletak dpn Masjidil Haram. dari station bas ambil taxi terus ke hotel. Dan bas merah Saptco ni juga merupakan pengangkutan utama berulang pergi balik dari hotel ke Masjidilharam.

Nanti ada kesempatan cerita kisah di Tanah Suci pula...Selamat Menyambut Awal Muharam dan slmt bercuti buat semua dari Dapurmamasya.

Thursday, November 8, 2012

Bersua kembali......



Assalammualaikum buat teman-teman dan pengunjung dapurmamasya, moga semuanya sihat sejahtera.Tkasih buat yg sudi berkunjung ke blog ini.
Kami sudah selamat kembali dari Tanah Suci Mekah sejak seminggu lepas.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik. Terimakasih banyak atas doa dan ucapan dari semua buat kami berdua.Anak-anakpun baik sahaja sepanjang ketiadaan kami berdua....tp hampir setiap hari tel bertanya kabar....terutama bersembang dg sibongsu mama....Syakirah.Abg yg sulong, Syamil pada asalnya nak dibawa bersama kami menunaikan haji, visapun dah lulus tp tak dpt ikut sama sbb dia menghadapi peperiksaan semasa itu...belum ada rezki utk dibawa bersama.


sentiasa ramai jemaah yg melakukan tawaf


kenangan di Masjid Nabawi
Sebelum ke Mekah kami sempat singgah di Madinah selama 2 malam. Nanti ada kelapangan akan kongsi serba ringkas pengalaman di sana utk kenangan terutama semasa di Tanah Suci yang sentiasa sesak dengan jemaah yg sama-sama ingin menunaikan haji.nanti sambung kisah di sana......

Klik Nuffnang2