Pages
▼
Sunday, October 31, 2010
Bbq mlm minggu
Tukang kipas dan tukang sibuk...
Mlm sabtu semlm,buat bbq..saja mkn2 kami sekeluarga ...dah lama plan nak buat bbq tp asyik tertangguh. Abg Syamilpun selalu tanya bila nak buat....dia suka ayam bakar.
Ayam perap tgh hari lagi...biar mesra. Selain ayam, bakar juga sausage.
tgh bakar....
alahai ayam terentung .....
Mula-mula dok diam di kerusi...lepas tu kemana-mana..main lari..main macam2.....larangpun tak dengar..
Syakirahpun seronok main dgn abg2...sambil tunggu ayam bakar..
anak-anak dgn pelbagai aksi...mulut dok ngunyah ayam dan sausage..
Friday, October 29, 2010
Brownies utk class party Syazrin
Hari ni kelas tadika Syazrin ada class party sbb baru habis exam.Minggu lepas lagi cikgu bagitau boleh bawa apa2 untuk class party.
Jadi semalam baking yg paling mudah..iaitu buat brownies..tak yah pakai mixer dan tak timbangpun, sukat pakai cwn..godek-godek..bakar...siap.
Dah siap sapu topping coklat..pakaikan make-up sikit ...biar nampak comeiii.
Resepi ni resepi ulangan sbb pernah buat di dapur Fp sebelum ini.
Brownies
Source : diella; copy dr dapur lama ; Fp Mak Lang .
Ingredients :
250gm butter
1 1/2 cup of sugar - guna caster sugar
4 eggs
2 tsps of vanilla essence
1/2 tsp of baking powder
1 cup of plain flour
3/4 cup of cocoa powder
1/2 cup of chopped nuts- ganti cho chips
Method
1) Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.
2) Add in the eggs and vanilla, continue whisking.
3) Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.
4) Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )
5) Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius. - guna loyang 10" x 10" ,
Thursday, October 28, 2010
Xtvt hujung minggu
Week end yang baru lepas kami sekeluarga ke pameran Hari Peladang,Penternak dan Nelayan di Dataran Ayer Keroh Melaka.Tak planpun nak singgah sini tp bila lalu tengok byk gerai...orgpun ramai....cuaca redup..terus singgah.
Rupa2nya pameran Hari Peladang,Penternak dan Nelayan tp tak byk gerai hasil pertanian dan ternakan yg dipamerkan , yg banyak gerai jual makanan.
Jom tengok gambar2 yg sempat diambil..ni dr hp mr husben...hari tu tak bawa kamera.
Tayang dulu gambar Syakim nak posing dgn ular...Syakim mula2 berani nak pegang ular sawa tu...bila dah dekat takut lak...
View gerai-gerai..
lagi view gerai..
Gerai kek lapis dr Jasin...boleh rasa
Kek lapis yg dijual..
Cantik pula tuala disusun byk berwarna-warni gini..
seronok abg2 bertiga dpt belon tu sorang satu...
adalah beberapa ekor kambing yg dipamerkan.
Posing dgn jentera menanam padi
anak semaian padi diletak dipetak2 belakang jentera
Syazrin posing dgn buah nangka besar
Syakim cuba belajar potong getah..
ingatkan apa maskot bulat besar ni...rupa2nya maskot biji getah...
Syakirah posing dgn kucing tp kucing tgh tidur pulak...
gerai jabatan pertanian
sayur-sayuran disusun dpn gerai pameran.
Dah sampai rumah....
Hasil tangkapan...upin, ipin dan ultraman...
Syakirah tak nak masuk rumah seronok main di luar....
Wednesday, October 27, 2010
Kebab Ringkas
Petang sabtu lepas...hujan turun mencurah-curah.....dengan guruh pula tu. Bila hujan....perutpun berdondang sayang...teringatkan roti utk kebab yg ada dlm almari..dah beli beberapa hari sebelumnya.Jadi goreng daging burger..sumbat dlm roti...jadilah roti kebab....mudah dan ringkas.
Abg no 1 dan 4 suka roti kebab gini tp diorg punya tak letak sayur...susah betul nak bagi anak2 mkn sayur....
ni mama punya letak tomato, timun dan kubis...
Kebab Simple
Bahan2
3 Roti pitta
3 kpg daging burger
sos tomato & mayonis
kubis,tomato, salad dan timun -potong halus2
Cara-mudah saja....
Roti pitta dipanas kejap....goreng dlm kuali leper/panaskan 5 min dlm ovenpun boleh. Goreng daging burger,bila masak potong..potong kecik. Letak sayur dan daging burger serta mayonis&sos tomato atas roti pitta. Dah siap...senang aje.....
Ni kebab versi roti gulung yg buat dulu....dr Fp mamasya..
Model kebab....pantang nampak org makan..mulalah cakap..nak-nak tp bila dia dah rasa dan tak suka dia cakap nanak....
Tuesday, October 26, 2010
Puding Cocktail
Semua jenis puding mmg favorit...apatah lagi mkn sejuk2. Puding cocktail ni buat masa Ramadan lalu...baru sempat update hari ini.
Puding cocktail kali ni campur dengan nata de coco....asalnya makan gitu, ni letak susu cair ..tabur dgn hiasan coklat rice...yummm....
Resepi asal k.liza...t.kasih K.Liza kongsi resepi, harap k.liza tak marah sbb ubahsuai sikit resepi campur agar2 dgn tpg kastad.
Puding Cocktail
bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlm tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]
nota dapur mama;
guna 20 gm agar2 biasa/tali + 3 sudu besar tepung kastad
selain buah campur tambah nata ta de coco
Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
**3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....
kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah campur saja.
**Nota dapur mama;
Selepas langkah 2 , langkah
3. kacau tpg kastad dengan susu hingga kastad larut dan tapiskan ke dalam periuk yg ada agar-agar.Masukkan air buah campur dalam periuk. Kacau atas api sederhana dan biarkan sedikit pekat.Sambung langkah 4 di atas.
Jika suka makan dengan susu cair spt puding berkuah.
Puding cocktail ni buat dulu.. dari Fp mamasya.puding ni nampak kuning sikit.
Monday, October 25, 2010
Sup Tulang Siam Sedap
Gambar dari fotopages mamasya
Sejak mencuba sup tulang siam di dapur lama spt gambar di atas....selalu masak sup tulang guna resepi ini sbb menepati citarasa kami sekeluarga. Anak-anak mmg suka sup tulang....selain makan dengan nasi...kdg2 mrk makan dgn mee...buat mee sup.
Beberapa minggu lepas buat lagi sup tulang siam...tp kali ni tak letak cili padi sbb kehabisan stok.Sup tulang...hirup kuah panas2...sedappppp...
Sup tulang siam yg dimasak beberapa minggu lepas..
Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot...tk tuanpunya resepi ....
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya
Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.
Saturday, October 23, 2010
Masak Lemak Ketam
Sebahagian dari ketam masak mee udang&ketam (seperti entry kat bawah) buat masak lemak. Suka masak lemak kuning gini....
Masak Lemak Ketam
Bahan
1/2 kg ketam-potong 2
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 2 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
*1 inci halia
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
3 biji buah tomato - potong 4
2 biji cili hijau
Cara-cara
1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan ketam, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan hingga ketam masak.Masukkan cili hijau dan tomato..kacau kejap..siap utk dimakan.
Masak Lemak Ketam
Bahan
1/2 kg ketam-potong 2
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 2 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
*1 inci halia
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
3 biji buah tomato - potong 4
2 biji cili hijau
Cara-cara
1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan ketam, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan hingga ketam masak.Masukkan cili hijau dan tomato..kacau kejap..siap utk dimakan.
Friday, October 22, 2010
Syakirah .... buah hati mama
Stop jap citer pasal makan-makan..nak kongsi gambar anak dara mama....Syakirah Aeda..masuk bulan ni dah 1 thn 4 bulan usia. Skrg ni..Syakirah bila minta posing ....mula2nya eloklah duduk diam....tp kalau lambat sikit, dia berlari dtg nak tengok gambarnya di kamera.
Syakirah kalau merajuk...mulalah guling atas lantai...tp kejap je guling2..tak sempat pujukpun dia dah bangun.Satu lagi kalau dilarang atau dia marah tak dpt apa yg dia nak, dia akan jerit sebut nama mama..tak kira dia marah dgn sapa...konon2 nak ngadu dgn mamalah tu...tp dgn mamapun dia jerit nama mama jugak...
Ni gambar masa nak keluar beraya hari tu...
Gambar masa nak keluar jln2...serba pink.Syakirah diri tegak macam nyanyi lagu negara ku lak...
Syakirah dgn abg no 3, Syafiq.Kalau abg2 main kat tingkat atas...Syakirah sorang di bawah...dia akan panggil abgnya turun...nak main sama...
Gambar minggu lepas...Syakirah main air dpn rumah....pantang nampak air..
Dah Syakirah main air...nanti basah baju..mari masuk rumah..
Syakirah masa 6 bulan...mama baru jumpa gambar ni..
Syakirah dgn abg no 4, Syazrin.....Syazrin paling rapat dgn Syakirah...mlm sebelum tidur, Syazrin akan cium Syakirah dulu...Syazrin selalu sebut sayang Syakirah..
Ni pula gambar masa bulan Ramadan yg baru lalu...pertama kali bawa Syakirah ke saloon..salonn dkt rumah..nak potong sikit rambutnya.Tuan kedai tanya nak riba ke..tak payah..tengok reaksi Syakirah camna dulu..ok ke tak kalau dia duduk sorang2 atas kerusi...
Tengok camna aksinya...
pejam mata dulu....nak nangis ke tidak ni....
ok...tak nangispun..bukannya sakit..
Lega dah selesai...misi potong rambut dah tamat.