Pages

Wednesday, November 10, 2010

Daging Gulai Kawah



Masih kisah lauk bekwah...daging gulai kawah...tp gulai ni masak dalam periuk.Masak guna rempah khusus utk gulai kawah yg dibeli di Pasar Payang,beli masa balik raya yg lalu iaitu Rempah Gulai Traditional Warisan Trengganu . Resepi ikut apa yg tertulis di pkt rempah ...tp resepi asal masak utk 2 kg daging...dah ubah utk 1 kg sahaja dan campur dgn rempah kari biasa sbb rempah gulai kawah ni agak gelap spt rempah kerutuk.

DAGING GULAI KAWAH

bahan A yg dikisar

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering/cili boh

Bahan B
1 Kg daging lembu [potong nipis basuh & toskan]-gaulkan
50 gm rempah gulai kawah- guna 30 gm + 2 sb rempah kari
1/2 kg ubi kentang
sedikit gula merah/ 1 1/2 sudu gula
50 gm kerisik - gaul dgn daging
rempah menumis-bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih
sedikit air asam jawa
sedikit belacan-pilihan
1/4 kg santan
garam secukupnya

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan A dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah, air asam jawa,belacan dan manisan , kacau hingga sebati.daging dan kacau rata.
4. Masukkan daging yg diperap dgn kerisik,tambah air dan masak hingga empuk. 5.Masukkan santan dan ubi kentang tunggu hingga mendidih.
6. Bila mendideh masukkan garam dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

1 comment:

  1. salam mamasya..sedapnya nampak gulai kawah,my husband punya favourite,selalu jugak beli kat restaurant hassan ayam kampung..hmm nasi warna warni,gulai kawah ada acar..sedap tak terkata:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.