Pages

Thursday, December 16, 2010

Singgang Tulang



Masak singgang tulang ni beberapa minggu lalu sbb dok teringat kesedapan singgang tulang yang dimakan di kg semasa Raya Aidiladha lepas.Kalau masa Raya Aidiladha daging singgang ni mmg femes di Kelantan sbg hidangan utama sbb bahan2 ringkas tp menyelerakan makan dgn nasi putih..tambah ada ikan masin dan sambal....dah tak toleh kiri kanan makan.....




Tel mak utk dptkan resepi dari mak...nak masak macam mak masak raya hari lepas.Kami sekeluarga suka masakan singgang ni....

Singgang Tulang

Bahan
700 gm tulang dgn tambah daging, nak sedap sedikit daging berlemak.
6 ulas bawang merah~dimayang
4 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~diketuk
2 1/2 inci lengkuas~diketuk
1 sb ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
5 biji cili kering~dipotong,dibersihkan ,rendam sekejap .
2 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Rebus tulang&daging dalam periuk hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih . masukkan semua bahan kecuali bawang dan garam.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan bawang yang dimayang dan garam .Rebus lagi,biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

5 comments:

  1. Mamasya,

    Tiba2 teringat masakan ma saya. Dia suka sgt buat singgang tulang ni masa arwah ayah ada. Arway suka singgang ni. Sejak dia takda, ma dah tak masak singgang ni. Dia kata tak nak ingat kisah lama katanya.

    Thanks eh Mamasya for this recipe.

    ReplyDelete
  2. Salam Mamasya

    Sedapnya nampak singgang tulang tuu, lama tak makan

    ReplyDelete
  3. Salam Mama....
    Pertama Kali Dengar Singgang Tulang....Sedap Ni....

    ReplyDelete
  4. Wah tu dia..masakan kegemaranku..apa2 singgang pun I like!
    Jgn lupa budu dan ulam kampung..perghh!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.