Pages

Sunday, January 9, 2011

Kek batik biskut marie



Kek batik biskut marie ni dah lama buat....masa ke PD tempoh hari, buat bekal anak2. Tp baru 10 min keluar rumah dah buka bekal....sampai PD dah tinggal 3-4 ketuiii....
Anak2 dah jadi kebiasaan masuk kereta je tanya ada tak bawa makanan. Wpun keluar dkt biasanya bawa bekal, paling ringkas bawa bekal biskutpun jadilah atau bawa roti dan minuman, isi siap2 dlm botol . Kalau jln jauh sikit macam2 makanan kena bawa...nasi goreng ke...bihun, sandwich ke atau lain2...mcm nak pergi berkelah. Tak da benda nak buat dlm kereta tu yg diorg cepat lapar..nak mkn dlm kereta. Itu belum ambil kira lagi, kalau berhenti station minyak...mcm2 makanan nak beli..tp biasa anak2 suka beli roti inti coklat atau biskut.

Kek batik biskut marie

sumber ; MYR Mrs Hidayat

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

* 1 bungkus (350g) biskut marie
* Setengah buku butter
* 2 biji telur
* 1 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn milo
* 1 cwn air
* 3/4 cwn gula
* ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang



Berbalik kepada resepi...mudah dan ringkas resepi ni..tambah2 sukatan guna cwn dan bahan2nya mmg sentiasa ada di rumah.Anak2 suka kek batik ni....maklumlah ada rasa coklat.

6 comments:

  1. Salam Ziarah Di Pagi Minggu...

    Cantiknya Biskut Batik Mama...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kalau berhenti kat station minyak mcm2 anak2 nak beli..maknya pun :)
    Mmmg kena bawa bekal standby..kalau dorang dah lapar, serba tak kena..driver pun tak selesa nak bawa kereta.
    Saya tak pnah buat kek batik ni tau. makan je tau!!

    ReplyDelete
  3. Salam Mamasya..
    Kek batik mmg sedap. Dulu selalu buat masa sekolah menengah..Emmm...sedapnya.. :p

    ReplyDelete
  4. salam mamasya, saya dtng bawa roti nk tukar ngan kek batik ni...memang my fav ni lama dh x buat ni tapi kalau buat nanti mkn byk pula...singgah mkn sini lah yer...hehe

    ReplyDelete
  5. sy dah cuba resepi yg ni & copy resepi di blog.
    Tq for sharing.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.