Pages

Friday, February 4, 2011

Doakan rakyat Malaysia di Mesir dan semua yang membantu selamat

Makluman terkini ; Terima sms dari mr husben pukul 2 ptg tadi 4.2.11 - Semua pesawat C130 Hercules telah selamat tiba di Jeddah jam 10 am 4.2.2011 setelah 19 jam perjalanan dan 12 jam menanti di airport Abu Dhabi. Pesawat C130 akan ke Kaherah ptg ini juga untuk membawa pelajar keluar dari Mesir ke Jeddah. Setiap pesawat boleh memuatkan 250 orang.

3,600 rakyat Malaysia dipindah menjelang 6 pagi
(Sumber ; Utusan On Line 04/02/2011 5:05pm )

KOTA KINABALU 4 Feb. - Seramai 3,600 rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi menjelang 12 malam ini (waktu Mesir) atau 6 pagi waktu Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemindahan yang bermula sejak semalam itu melibatkan tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan empat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia. - Utusan

(update by mamasya 6.10 ptg 4.4.2011)


Sumber ; foto TV3 pada 2.2. 2010; 20.00 pm

Seperti yang diceritakan sikit dlm entry di bawah, hati ni risau sbb husben terbang jauh... ke Mesir untuk membantu misi memindahkan pelajar dari Mesir. Mr husben bertolak pada 2.2. 2011 lebih kurang jam 10 mlm dgn pesawat Charlie 130 bersama lain-lain pegawai.
Tengok di tv dan internet keadaan rusuhan di Mesir yang kian bertambah teruk dan bertukar menjadi ganas dengan tembakan..kebakaran..dgn bilangan yang cedera dan angka kematian yg meningkat sana-sini ditambah pula berita terbaru pertempuran antara 2 penyokong telah memburukkan lagi keadaan dan tak tahu bila akan reda.
Itu yg buat risau tapi demi membantu mengeluarkan pelajar dan rakyat M'sia di Mesir mama tetap memberikan sokongan kepada mr husben ke sana.

Berbalik kisah hari bertolak ptg 2.2. 2011 , husben call mama di office dlm pukul 4.30 ptg, maklumkan dapat panggilan utk dptkan pengesahan boleh atau tidak bertolak pada mlm ni jugak dan mr husben ckp akan fikir dulu sbb belum ready apa2. Mama dah tak senang duduk ,5 min kemudian mama call semula husben... husben ckp maybe jadi pergi ke Mesir mlm ni jugak. Hati tambah tak tenang....mama pun terus minta izin utk keluar office awal...dah tak sanggup nak tunggu jam 5 ptg.

Sampai rumah mr husben baru mula packing ....mama tlg packing .. mr husben pula sibuk dgn panggilan telefon yg bertalu-talu untuk urusan berangkat segera. Nasib baik passport mr husben masih belum tamat tempoh. Tepat jam 6.15 ptg mr husben driving ke airport TUDM Subang.
Dlm 8 mlm mr husben call ,dah sampai di airport ...tunggu untuk bertolak .
Dpt sms terakhir dari mr husben jam 2 ptg pd 3.2.11 - sedang transit di Abu Dhabi .
Spt dalam di bawah ; Di ABU DHABI pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.

Doa mama bersama anak-anak di sini...moga suami tersayang dipermudahkan urusan di sana dan selamat pergi dan balik...juga selamatkan semua rakyat Malaysia di Mesir.


Operasi Piramid Untuk Selamatkan Warga Malaysia Bermula ;
Pesawat TUDM tunggu kebenaran mendarat

(sumber ; Utusan On line 3.2.2011)

ABU DHABI 3 Feb. – Tiga pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai misi pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Kaherah, terpaksa menunggu hampir seharian di lapangan terbang antarabangsa di sini hari ini.

Misi yang diistilah sebagai Misi Operasi Piramid itu, menanti kebenaran untuk mendarat di Jeddah, Arab Saudi.

“Ia sedang diurus di peringkat tertinggi kedua-dua kerajaan,” kata seorang pegawai yang enggan disiarkan namanya.

Sejak berlepas dari Kem TUDM Subang pukul 9 malam Rabu, tiga pesawat tersebut telah berhenti di Maldives dan kemudian di lapangan terbang Al Ain di Emiriah Arab Bersatu, ekoran ribut pasir di Abu Dhabi.

Seramai 14 wakil media menyertai penerbangan itu bagi membuat liputan misi tersebut yang akan menjadikan Jeddah sebagai pusat pemindahan sementara pelajar Malaysia dari Kaherah.

Selain itu, seramai 62 pegawai TUDM dan agensi-agensi kerajaan yang turut terlibat dalam misi tersebut.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Dua penerbangan pertama, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dan dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam ini.

Pesawat Boeing 747 MAS dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini menuju ke Kaherah.

Tiga pesawat pengangkut C-130 TUDM, yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir pagi esok.


645 Pelajar Kaherah dipindah ke Jeddah
04/02/2011 3:35am (sumber UTUSAN ON LINE)

KAHERAH 4 Feb. — Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat syarikat Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) hari ini, kata Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay.

Beliau berkata setakat ini, sejumlah 345 pelajar telahpun dipindahkan dengan pesawat MAS pada tiga petang waktu tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan Tabung Haji kini ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.

Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.

Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

"Sekarang ini kita dah hantar satu penerbangan, kita tengah menunggu kelulusan terakhir daripada mereka,” katanya.

Di ABU DHABI, sehingga kini, pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.

Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 9.30 malam tadi, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.


Ia membawa makanan dan mempunyai misi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah. — Bernama


Tentera Mesir menempatkan kereta-kereta kebal di sebuah jejambat dekat Dataran Tahrir, Kaherah sebagai penampan bagi memisahkan antara kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan (atas) dengan kumpulan pro-Mubarak (bawah), semalam. – AP

' Sama-samalah kita mendoakan semoga pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dan pegawai-pegawai ke Mesir yang membantu selamat dan dipermudahkan urusan bawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir. '

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam mamasya,
    Oh... suami dalam operasi menyelamat. Mesti bangga rasa hati mamasya. :))
    Moga suami mamasya dan mereka yg dalam operasi menyelamat serta yang diselamatkan dalam perlindungan Allah sentiasa. Gerun juga tengok kereta kebal tu. Teringat masa demo baju merah kat Thailand taun lepas.

    ReplyDelete
  3. salam mama...
    kita doakan semoga semuanya selamat dan dpermudahkan segala urusan... mmg ngeri klu tgk keadaan skrg...

    ReplyDelete
  4. Assalam mama,

    Semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  5. Salam kak, insyaA niat yg baik sudahnya yg baik juga.

    ReplyDelete
  6. moga semua nya selamat..sama2 kita doakan agar semua rakyat Malaysia jugak selamat..Amin..

    ReplyDelete
  7. assalam mama, insyaAllah kita sama-sama berdoa semoga semua selamat dan dipermudahkan segala urusan ....amin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.