Pages

Wednesday, February 23, 2011

Ikan Percik Kelate



Assalammualaikum semua......kesibukan melanda minggu ini..tak dpt nak citer panjang2. Sekadar berkongsi ikan percik hidangan kami sekeluarga yg dimasak hari sabtu baru-baru ini.
Dah lama tak mkn ikan percik...hari tu ke pasar borang nampak ikan kembung besar, terus rancang nak masak ikan percik..dok terbayang keenakkannya.

Ikan Percik Kelate

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung-dilumur dgn sedikit garam-biarkan seketika
6 ulas bawang merah ditumbuk
seinci halia-tumbuk
2 cwn santan pekat
1 asam kpg
2 sudu tepung beras/gandum - kacau dgn 1/2 cwn air
1 btg serai di ketuk
garam, gula

Cara-cara
1. Santan dipanaskan dlm kuali sampai mendidih dan kacau agar tidak berketul.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau. Selepas itu masukkan asam keping, serai, garam dan gula secukup, masak seketika hingga bahan mesra.
3. Masukkan tpg utk memekatkan kuah percik. masak hingga pekat kuah.
4. Bakar ikan kembung tadi sampai separuh masak.Siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar lagi sampai masak.
5. Bila sudah masak, letakkan dlm pinggan dan siram sekali lagi dgn baki kuah percik itu.Siap utk dimkn.

nota;
nak jadikan percik merah tambah cili kering.



ada kuah percik yg lebih mkn gitu dgn nasi....

4 comments:

  1. aloss..sedap tu..ni bt tingat kota bharu nih.. takdok jual di kedoh ni.. kena try bt sndri tgk resepi sini le jwbnya..huhu..

    (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang

    (Gambar) Mastura Calon MPP UM Hilang Ditemui Lemah Di Bangi

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Mamasya..Naz yg duduk di Kelantan pun tak pernah buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. aduh! sedapnya nampak ikan percik ni...tetiba rasa teringin..bak mai sekor dua kak..

    ReplyDelete
  4. Sedap nyer Ikan Percik Kelantan ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.