Pages

Wednesday, March 16, 2011

Donut Labu



Ramai yg tayang kuih-muih berasas labu...sampai kitapun nak mencuba. Tapi buat yg mudah...iaitu donut labu. Walaupun donut labu ni macam rupa cekodok nak tayang jugak sbb rasanya sedap. Terimakasih buat Izzah yg kongsi resepi...nengok donut labu comeii yang izahdaut buat, tu yg teringin nak cuba.



DONUT LABU
sumber: cook.com
diolah oleh: izahdaut

bahan
1 1/2 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 tsp. garam
2 tsp. baking powder
1/2 cawan labu kukus dilecek
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar minyak @ mentega cair
1/2 tsp. vanilla
1 telur

Caranya:
Satukan tepung, gula dan baking powder. Gaulkan rata.
Kemudian dalam bekas yang lain satukan labu lecek, susu segar, minyak, essence vanila dan telur. Gaul sebati. dan terus sahaja masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaulkan adunan hingga sebati.
Goreng adunan donut dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana.
Adunan boleh dijemput menggunakan tangan atau menggunakan sudu.
Angkat donut bila warne bertukar keperangan dan salutkan dengan gula.



Tak pandai nak buat bentuk bulat-bulat comeii ...kena cuba lagi. Donut labu ni sedap buat minum ptg.

4 comments:

  1. sedap donut labu ni kan.nampak lak kat sini tetiba nak makan..aduhaii...warne dia tu pun cantik je kan

    ReplyDelete
  2. sedapnya...tu la tgk ramai yg buat donut labu ni,tapi tak sampai2 pun lagi ke dapur nieza..hehe

    ReplyDelete
  3. kalau sedap, kena cuba ni. sy mmg peminat labu.

    ReplyDelete
  4. ya Allah kak bolat-bolatnyer haii..berselera tengokk...sy tak pernah cuba lagik donut Labu neh tapi tengok macam bestt jerk..harus cobaa nehhh...berkongsi resepi yer kakk..hikss TQ..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.