Pages

Sunday, March 27, 2011

Sepagi Di Pantai Puteri & Melawat Makam Hang Tuah



Ni kisah awal bulan Mac yg lalu...baru sempat update kali ni. Kisah ke Pantai Puteri utk sarapan pagi...singgah dulu di Makam Hang Tuah dan selepas sarapan tengok xtvt2 yg terdapat di Pantai Puteri semperna JP Joran.

Melawat Makam Hang Tuah...



Tugu Tak Melayu Hilang Di Dunia..



Ni kali kedua bawa anak2 ke Makam Hang Tuah, pertama kali dtg dulu abg no 1 dan 2 masih kecik..tak tahu sapa tu Hang Tuah. Ni dah besar bila bawa semua tanya macam2...



Panjang betul kubur Hang Tuah, anak2 tak percaya tu kubur Hang Tuah sbb panjang sekali....



Makam ini dipercayai Makam Hang Tuah, terletak di dalam kawasan tanah perkuburan Kampung Tanjung Keling, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Keling dengan penuh adat istiadat dan Nobat Diraja tidak dimainkan selama tiga hari.
sumber; wikimapia.org

Sarapan pagi di Pantai Puteri....



Lepas ke Makam Hang Tuah kami ke Pantai Puteri mencari tempat sarapan. Kami memilih untk makan di kws food court Pantai Puteri sbb anak2 nak main di playground dpn gerai2 di situ. Selain gerai makanan ada juga gerai yg menjual ikan segar dan sayur-sayuran.Tapi kws Pantai Puteri mmg byk tempat mkn , cuma hari kami pergi tu sbb ada acara pertandinan memancing jadi ramai yg singgah di tempat2 mkn di sekitar Pantai Puteri.



Sarapan pagi yg dipesan...roti canai..roti bom dan lempeng kelapa...



Syakirah pun nak makan lempeng juga....

Sekitar Karnival Memancing Pra-GP Joran 2011 di Pantai Puteri....



Lepas sarapan kami singgah seketika di tepi pantai sbb ada acara Juara Karnival Memancing...mcm2 xtvt ada....



xtvt utk kanak-kanak....



cuba menumbuk belacan guna lesung kayu.....!



pentas utama ada pertandingan mewarna



Kumpulan lawak Sepah sdg menemurah makcik yg tgh kacau emping...

Sekitar pertandingan memancing....



berderetan pancing sepanjang pantai....







Walaupun panas terik...peserta sabar menunggu pancing masing-masing...



anak-anak pantang nampak playground...terus je panjat



gerai baju pengantinpun ada



gerai hakim tempat timbang ikan



Gerai makan dgn pelbagai makanan

Dalam perjalanan pulang....



Masjid berhampiran Pantai Puteri dgn senibina lama



bergantungan belacan...cantik pulak tengok dari jauh...

3 comments:

  1. Assalamualaikum Mamasya

    Wah! Jalan2 Tak Ajak Kak Lin Pun! hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Mamasya..
    Wah jalan2x bersama family ye? Kalau Naz ada di Melaka boleh ajak datang rumah..

    ReplyDelete
  3. Ziela,sekali pandang gambar Syakirah yg tunggu nak mkn lempeng tu habis2 wajah abg Syazrin waktu kecik2 dulu...ish geram tengok dier...mcm nak cubit2 gitu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.