Pages
▼
Monday, April 25, 2011
Ayam Panggang Sarawak
Dari rumah traditional Melaka, kita terbang ke Sarawak...dgn menu ayam panggang S'wak@manok panggang yg ringkas tp enak.
Ayam panggang ni buat beberapa minggu lepas utk dinner. Kat rumah kalau lauk ayam, selain kari/kurma ayam, ayam goreng, ayam bakar yg paling anak2 suka. Lauk ayam lain tu mrk kurang sikit...tu yg merajinkan diri selalu bakar ayam.
Ayam panggang Sarawak pernah buat sebelum ni di dapur lama tp guna resepi lain.Tak buat sos utk ayam tp mkn dgn Thai sos dan brokoli celur+mayo. Rasa ayam ada sikit2 cam sate sbb letak ketumbar dan jintan serta gula. Ikut resepi ayam diperap semalaman tp ni perap 1/2 hari je. T.Kasih buat Dyg penyumbang resepi.
Ayam Panggang Swak
Sumber; blog Dayang Jack
Bahan Perap :
* 8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan)
* 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
* 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
* 1/2 inci lengkuas*
* 5 ulas bawang putih*
* 2 inci halia*
* sedikit garam
* gula merah/gula melaka/ brown sugar dan garam secukupnya
Cara-cara : Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam(bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.
Anak2 mcm biasa kalau ayam bakar laju je.mama sempat mkn seketuiii, itupun kongsi dgn Syakirah....
Salam mamasya....
ReplyDeleteDah la kak cek lum lunch...memang kalau keje time kak cek tak lunch....tgk lak ayam panggang kat sini...lapo la perut ni pulak....
assalamualaikum mamasya - sehingga menjilat jari ni...
ReplyDeleteayam bakar memang sedappp... versi sarawak belum pernah buat lagi...
ReplyDeletesedapnya mamasya...hurm nak kena try gak la...tgh2 mlm camni tgk ayam bako mamasya terasa lapo la pulak...haishh...
ReplyDeletesedapnya tgk ayam panggang ni...kalau dpt ratah gitu pun sedap ni.
ReplyDelete