Pages

Wednesday, April 20, 2011

Bila Kek Gulung Kasih Tak Menjadi



Heran tul...mama cakap nak buat kek gulung hari ni...tp ni napa tak da rupa kek gulungpun mama..


part 1...percubaan pertama membuat kek gulung kasih pada hari Jumaat yg lepas iaitu pada hari cuti umum Melaka.Dengan semangat berkobar2 membaking kek gulung kasih sbb tengok kawan2 tayang, bukan main cantik rupanya.Penuh hati2 cuba gulung tp kulit kek tertanggal pula,melekat di kertas alas.kek nampak cam nak patah masa digulung, dari patah riuk ...jadi buruk rupanya maka potong 4 segi, letak coklat...buat cam sandwich.Satu lagi kek ni tebal sbb silap guna loyang kecik.
Maka inilah hasil percubaan pertama kek gulung yg dah bertukar rupa paras. Nasib baik anak2 suka sbb letak inti coklat.



Sambung part 2; percubaan kali ke2....hari ahad lepas balik pasar, singgah kedai jap beli kertas minyak...sbb yg buat kat atas alas guna kertas biasa...tu yg lekat kut. Kertas minyak dah beli...terus godek kek lagi.Guna loyang yg lebar sedikit. Letak inti krim aising.Tapi kali ni hasilpun sama...kulit tanggal...tp nak jugak cuba gulung. Dan itulah rupa parasnya..patah sini sana..hu..hu....



Sambung part 3; oleh kerana adunan masa baking kek ke 2 di atas buat utk 2 kek, jadi terus cubaan ke 3.Bila baca semula resepi, silap sendiri sbb masak kek tak sampai perang permukaannya. Itulah sbb musabab kulit kek tertanggal...jadi kali ni biarkan perang.Kek tak melekat di kertas tp bila mula gulung patah jugak...terus tak jadi gulung. Potong2....lapis2kan. Cubaan kali ke 3 pun gagal jadi kek gulung, yg terhasil kek sandwich lapis 3....

Nak letak juga resepi mana tahu satu masa nanti kerajinan dtg semula nak mencuba lagi . Terimasih pada empunya resepi Dayang Jack sbb kongsi resepi.Wpun kek tak jadi kek gulung... dah bertukar rupa tp yg penting kek ni lembut dan sedap....

Kek Gulung Kasih
Sumber; Dayang Jack
bahan-bahan :

* 70 g tepung gandum (diayak)
* 1 sudu besar susu tepung
* 3 biji telur A
* 60 g gula kastor
* 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 sudu kecil ovalette
* Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :

1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.



Rupa kek sebelum dibakar...ni cubaan pertama...



Masih meneliti sbb musabab napa kek ni tak menjadi, mungkin teman-teman ada tips. Sbb pernah buat swiss roll batik sebelum ini ok jadinya, tengok resepi lebih kurang sama. Mungkin kena cuba lagi..lebih teliti masa membuat..kali ke 4..ke 5...usaha tangga kejayaan....

16 comments:

  1. mama sama ler sy pun kalau tang nak gulung tu fail je

    ReplyDelete
  2. Mamasya, akak belum penah buat lg kek ni..angin n seru x sampai lg kot..tp so far, wat swiss roll alhamdulillah...kalau x elok pun sikit2 jek..x penah la patah riuk..bila tgk Mamasya wat sampai 2 3 kali duk patah gak...terus seram akak nk buat..hahahhaha

    ReplyDelete
  3. mamasya...dh jadi kek lapis kasih...Kak noor pun blum penah menggulung lg...ok juga kan.

    ReplyDelete
  4. Salam..Mamasya..kek itu nampak lembut dan gebusss...Tak jadi kek gulung, jadi kek lapis pun sedap juga kan.

    ReplyDelete
  5. meriahnyer kek mamasya nih...he he he
    x pe mamasya kita blajar dari kesilapan...
    fiza pun cam kak ummi gak naik seram la nak buat kek gulung nih !!!he he he

    ReplyDelete
  6. Salam Mamasya....

    Ape2 pun kek tetap cantik...rasanya mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  7. salam ziela..
    tak berani gak nak komen atau bagi tips.. sebab baru je sekali cuba buat kek ni... tp masa ratna buat aritu memang takde masalah sgt.. elok je nak gulung.. cuba tgk tips yg ratna tulis kat blog kot2 boleh membantu...

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum Ma..
    Kak, Naz pun sbnrnya dah buat gak kek ni dan kejadiannya sama mcm akak. Last2 Naz pun wat kek sandwich mcm mama tu.. Sbb tu x de entry kek gulung kasih ni Kt blog Naz..hehehe.. Ingat nk buat lg tapi nk Cuba guna resepi lain..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ziela,

    Kita lagi tak boleh beri apa2 saranan...boleh tumpang makan aje....hehe...apa2 pun tetap nampak cantik dan sedap kek tu...cuma tak dpt nak gulung dengan teliti...mungkin boleh cuba saranan Madiha tu....

    Lepas tu ada model pulak depan kek tu...abg Syazrin dh tak jadi model lagi ya??

    ReplyDelete
  10. Takpelah kak tak bergulung pun..yg dipotong2 tu pun nampak dah cukup menarik. gebus je. Syakirah pun suke ye..mai kongsi ngan auntie :)
    Ijan

    ReplyDelete
  11. ohh akak pun dah buat yer....nieza pun tak berani nk cuba juga tgn keras ni lipat2 pandaila nk gulung takut tak menjadi..hehe

    ReplyDelete
  12. idea yg bagus. kreatif..tk reti gulung buat lapis2 cayala.......

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum...

    Dah cuba lagi ke kak... emak saya biasa lepas kuar dari loyang terus gulung...bila dah sejuk...sapu jem/filling...dan gulung semula...emak biasa guna kain putih... harap dpt bantu...

    ReplyDelete
  14. salam mama, kalau tak silap kalau nak wat kek gulung kena tambah sedikit tepung jagung dalam adunan nak bagi dia tak pecah n lebih elastik. hehehe.

    ReplyDelete
  15. hehe..smelaa try wt bru wt 2x.n jd pecah..xjd gulungnyer..trus jd mcm sandwich..lapis2..tp sdp..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.