Pages
▼
Friday, July 22, 2011
Baked Pasta...yummy....
Teringin nak makan makaroni tp tertangguh-tangguh wpun bahan2 dah cukup, masa ronda-ronda dapur kwn2...terjumpa resepi baked pasta di dapur Dayang Jack, terus berkenan, t.kasih DJ kongsi resepi ni. Buat minggu lepas utk dinner...habis satu bekas..saja sesekali tukar selera makan mkn omputih pula. Satu bekas lagi anak-anak mkn masa breakfast ...anak-anak mmg cukup suka kalau makaroni masak gini dgn sos putih dan cheese mcm lasagna.
Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1 sudu besar mentega
Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
nota dapur mamasya;
oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.
makaroni yg telah digaul dgn sos daging
letak sos putih, tabur cheese...boleh mula dibakar dlm oven
dah masak....ready utk di potong....
siap utk dimakan...yummyyy...
sedapnya! konon2 sy nk buat lasagna la tadi...tapi terbantut sebab gas abes..alahai....
ReplyDeletesuka mkn pasta bakar gini...memang sedap..bubuh byk cheese atas tu lagi sedap:)
ReplyDeletebaked pasta mmg laku!
ReplyDeleteadeh..takleh tgk baked pasta ni..tgk pun sipi2 jer.. sedapnye!!~ memang feberet sy ni.....lagi2 sos putihnya tu... yummy!~
ReplyDeletesalam sedapnya nampak.. ni menu yang anak2 suka ni.:)
ReplyDeletenk tanya kalau bakar dlm bekas kaca yg tahan panas boleh yer?
ReplyDeleteboleh bakar dlm bekas kaca yg tahan panas atau yg ada gambar oven kat blkg bekas itu.
ReplyDelete