Pages
▼
Thursday, July 7, 2011
Majlis Harijadi Syakirah ke 2 thn
Sambungan dari entry kek princess utk Syakirah....kek princess buat sekali utk mkn2 pada hari sabtu lepas sempena harijadi Syakirah dan majlis kesyukuran sambil berkenal mesra dgn rakan-rakan M'sia dan staff mr husben di sini. Birthday Syakirah sebenarnya dah lepas 20 Jun yg lalu tp sbb nak dptkan tarikh yg sesuai... kebanyakannya lapang tu yg tangguh2 sampai hari sabtu lalu. Alhamdullilah semuanya berjalan spt yg dirancang. Jemputan bermula dari 3-7 ptg.
Mulanya risau juga takut tak sempat siap masak sbb semua masak sendiri di rumah dari kek princess birthday dan menu yg dihidangkan untuk tetamu tp syukur semuanya dapat disiapkan mengikut masa. Tp bukan semuanya buat sorang2....ada yg membantu mama masak, mana nak cukup tangan utk menyiapkan semuanya.
Dari hari khamis mlm Jumaat dah mula buat persiapan dgn baking kek dan sambung sebahagian baking pagi Jumaat....5 biji kek semuanya + 1 biji american coklat cake (sebiji kek ni sbg buah tangan utk dibawa belah ptgnya). Hari Jumaat pula selepas baking keluar beli brg, balik kemaskan semua yg nak dimasak dan ptg keluar utk memenuhi jemputan makan-makan. Balik malam baru mula masak sebahagian dan lepas tu mula deco kek bday Syakirah.Lepas subuh hari sabtu sambung lagi deco kek. Kemudian baru mula masak.
Ramai-ramai nyanyikan lagu harijadi utk Syakirah dlm B.Melayu, B.I dan B.Arab...meriah..Syakirah seronok !
Jom tengok hidangan untuk tetamu...
Menu yg disediakan utk tetamu nasi Mandhi, nasi hujan panas....dah hujung2 tambah nasi putih, laksa , spaghetti (utk mee udang ketam),kuah laksa penang (masak 3 kg ikan), kuah mee udang ketam, ayam bakar mandhi, ayam bakar kenny roger , kari daging (3 kg), roti jala, ulam-ulaman utk laksa dan mee udang,sambal dan cili jeruk.Letak sukatan yg dimasak senang utk rujukan akan dtg.
Lain-lain hidangan tiada dlm gambar, puding trifles (2 bekas), puding cocktail berkuah (4 punch bowls), kek coklat moist (2 biji dibakar dlm 1 loyang besar),apam dot dot (75 biji)...semuanya cukup-cukup utk tetamu. Selain itu ada kek alunan kasih dan fudge brownies.
Semua hidangan cukup-cukup untuk tetamu kecuali ayam bakar...bakar 7 ekor 1/2 licin...tetamu yg hujung-hujung tak dpt dihidangkan dgn ayam bakar.
Gambar-gambar sekitar majlis harijadi Syakirah...byk gambar diambil dan dipaparkan untuk kenangan dan tatapan...
Turut sama hadir, TYT Duta M'sia ke Mesir , Dato'Dr Mohd Fakhruddin & Datin Zaharah (berbaju hitam sepasang ) sekeluarga, terimakasih Dato' & Datin atas kehadiran.
Syakirah terima hadiah dari kakak Sarah...t.kasih kakak.
Syakirah nak makan dgn kawannya....
Kakak-kakak suka main dgn Syakirah
Syakirah menyelit sama dgn famili Tarek.
Di belakang tabir yg turut membantu bikTin, Ummu Aishah dan tetamu yg diundang(dtg je terus nak tolong sama).Kalau semua nak buat sorang mmg tak sempat...nak layan tetamu...menghidang...
Alhamdullilah selesai sudah majlis utk puteri mama dan acara mkn-mkn. Ada kesempatan ...ada kelapangan boleh buat mkn-mkn lagi.
Meriahnya majlis hari jadi Syakirah. Makanan pun nampak menyelerakan.. yummy!
ReplyDeleteHappy Birthday Syakirah!
rajin nya masak ...
ReplyDeleteMamasya...
ReplyDeleteRajinnya....hebatnya masak sume sensorang....kalau kak cek dah semput dibuatnya...best kan bila berkumpul ramai2....meriah sungguh ngan makanan dan tetamu yang datang....Happy2 Birthday Syakirah....:)
Tumpang seronok tengok majlis sambutan hari lahir Aeda..
ReplyDeleteamboiii..meriahnyer bday party syakirah...siap dato/datin dtg....
ReplyDeleteumah lawo la ziela...
ppsstt...haa..cmtu ler, x yah dh nak sorok2 muka bakang tabir...dh bertahun2, nk kenal sgt2...heheheh
Assalam mamasya,
ReplyDeletewahhhh!!!!..adakah ku bermimpi..baru nilah nampak rupa mamasya yang cantik menawan tuuuu..
meriah sungguh sambutan harijadi syakirah tu ya..ramai teman2 yang datang ...rumah cantik & besar nampak memanglah selesa kita tengok..
wahhh meriahnya majlis tu kak...seronoknya tgk acara mkn-mkn dgn hidangan yg menyelerakan. bestnya kalau saya ada disana,tapi mana tau kan satu hari nanti ditakdirkan husband kita ke tempat posting yg sama dapat ler berjumpa dan merasa masakan akak tu...hehe
ReplyDeletesuka tgk umah akak tu...nampak mewah dan cantik...sure best tinggal kat sana kan...:)
Mamasya...cantiknya kek doll tu..pandai akak buat..Naz teringin nk buat utk Husna masa birthday dia nanti tp x confident lg..huhuhuuu...
ReplyDeleteAssalamuaalaikum Ziela,
ReplyDeleteWah meriah sungguh hari jadi Syakirah ini ya...beruntung Syakirah dpt sambut majlis yg meriah begini...kalau dulu2 bro Jeffri kata dh happening nie...ingat lagi tk mamasya??
Rumah ini besar sekali dan cantik gitu...nur suka tengok langsir tu...mcm tingin nak jahit langsir pulak bila tengok langsir yg cantik dirumah mamasya tu...hehe.
Salam cayang mamasya & syakirah. Wah, meriah sungguh party harijadi syakirah. Tentu Syakirak happy dapat byk ucapan & adiah.
ReplyDeletehepy belated besday syakirah...mama terpaksa dokong syakrah..sbb x sampai nk potong kek ye..
ReplyDeleteHappy belated birthday Syakirah. Cantik nye syakirah pakai dress macam tu. Birthday pun meriah sangat :)
ReplyDeleteAUntie Ijan