Pages

Monday, August 22, 2011

Biskut Daisy Petals



Untuk entry hari ni nak kongsi pula biskut raya thn ini yg dibuat minggu lepas.Biasanya tiap tahun buat biskut dahlia sbb antara biskut yg mudah.....tp thn ini nak cuba biskut dahlia versi lain sikit. Resepinya ambil dari majalah Saji...mula2 tengok dah berkenan di hati, cuma dok fikir macam mana nak buat siap btg gitu...rupa2nya taklah susah sgt...tekan je dgn acuan bunga dahlia utk batang dan bunga. Dgn bunga kuning dan btg hijau....biskut ni nampak ceria...



Biskut Daisy Petals
Resepi; Majalah Saji 2011
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan-bahan

150 gm mentega
100 gm gula halus
200 gm gandum
50 gm tpg jagung
1 biji kuning telur
pewarna kuning dan hijau
cho chips secukupnya

Cara
1. Putar mentega dan gula hingga lembut
2.Masukkan kuning telur dan kacau rata
3.Kemudian tambahkan gandum dan tpg jagung. uli doh hingga rata
4.Bahagikan kpd 2 adunan. warnakan hijau dan kuning
5.Ambil sedikit adunan hijau, masukkan dlm acuan bunga dahlia dan ikuti warna kuning. Tekan doh di atas dulang pembakar
6.Letak cho chips di tengah bunga . bakar suhu 160"C selama 15-20 min.



Cara-cara membuat bunga daisy petal



1. Mula-mula paipkan memanjang warna hijau sampai habis semua adunan. kemudian potong bhg hijau mengikut panjang yg diperlukan.



2. Dgn adunan kuning buat bunga dahlia . letak siap2 choc chip di tengah setiap adunan



3. Angkat bunga kuning dan tekankan dihujung bahagian hijau



4. Dibahagian hijau hujung satu lagi dibentukkan dgn hujung jari..tekan2 sedikit agar nampak lebih elok.Siap utk dibakar



Suka tengok hasil biskut ni....berbunga-bunga...

6 comments:

  1. mamasya,

    cantek dan kreatif la....sayang plak nak makan hahaha.

    ReplyDelete
  2. Salam..Wahhhhh akak, bunga dia siap ngan tangkai2 skali.....Cantekkkkkk....

    ReplyDelete
  3. Rajinnya. Kalau saya buat tu mahu hancus bunga tu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mamasya..
    cantiknyaaa.... kreatif sungguh.... mmg tersgt suka tgk... kalu irfan tgk nie.. pasti akan ckp.. wah cuteeenya... ehhehehe... cantik2!!

    ReplyDelete
  5. salam mama sya.. first time tau ita tgk biskut ni sedapnya nampak..:) lawa plak tu .. menarik la kak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya,
    cantiknya biskut bunga ni...menariklah, sesuatu yg baru..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.