Pages
▼
Wednesday, August 24, 2011
Cristal Ball Hazelnut
Sebelum citer ttg Cristal Ball Hazelnut ni...tayang dulu assistant mama di dapur....merangkap tukang sibuk. Org gentel biskut diapun nak gentel juga...
Mula-mula cakap... mama Eda nak tengok biskut...nak tengok je.. ..sambil panjat kerusi...aa tengoklah Eda. Dah duduk atas kerusi...mama Eda nak pegang biskut...belum sempat mama cakap dia dah sambar dulu biskut.Saja buat muka senyum tu takut mama marah dia....
Berbalik pada biskut Biskut Arab @ Cristal ball yg Syakirah dok posing tu...resepinya ni dah lama print...rasanya raya 3 thn lepas tp bertangguh nak buat tiap kali raya..padahal senang sgt. Thn ni bila tengok ada kawan2 yg buat biskut ni...teringin nak buat juga.Buat 2 adunan sbb mudah tinggal gentel je biskut ni...
Resepi biskut ni wpun rupa sama tp tengok di blog kwn2 ada beberapa resepi juga.Utk kali ni cuba resepi yg paling mudah...resepi yg dah lama print iaitu dari Fp K.Liza guna 3 bahan sahaja. Tapi mama letak inti hazelnut dalamnya...enak bila dikunyah dgn rasa kacang.
BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
Resepi; K.Liza
Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau
ni tambah; kacang hazelnut yg telah digoreng tanpa minyak secukupnya
Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan seperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.letak inti Hazelnut didlmnya(ni mama tambah)
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.
nota dapurmamasya
masa bakar tak letak dlm papercup.bila letak gula baru letak dlm papercup.
rupa paras biskut sebelum dibakar...
mmg sedap biskut ni...lembut je bila masuk mulut..
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeleteEh2 cantiknya anak dara nie...cepat masa berlalu..Syakirah dh nampak nah membesar gitu...hehe...
Cantik cookies tu...berkaler2..masih byk lagi ke mamasya nak mengukis?
Macam mana lah boleh tertinggal cerita yg di bawah nie?? Ada error tadi.
ReplyDeleteRe: Nur tau Kamalina dh ada baby,dia pernah beritau Nur dulu..pernah juga dia suruh Nur aktif di FB tapi masa tidak mengizinkan.Rasa teruja juga bila kawan2 lama seperti abah along,bro Jeff,Hajar dan yg lain2 ada di FB.Nur pun rindu ngan Yah!
Assalam kak wah model comei biskut pun comei ,cantik kalernya tu kak lembut
ReplyDeleteaje
sedap biskut nih..letak plak kacang hazel...sendiri mau hingat la rase die..memang terbaek
ReplyDeleterasanya biskut ni mcm belum pernah buat lagi... padahal biskut yg paling senang nak buat...
ReplyDeletesedap kak biskut ni.. tambah lagi adayum yum.. ita tak buat tahun ni.. warna pun lembut je
ReplyDeletebertahun2 sudah terasa nak buat biskut ni tp sampai la ni tak kesampaian hihihiii bile tgk orang buat, teruja rasa nak buat.tp lepas tu lenyap keterujaan entah ke mane teruk betul kite...layan mate aje...
ReplyDeleteselamat menyambut lebaran utk mamasya dan keluarga. ampun dan maaf andai ada komen yang menyinggung perasaan ye...