Pages
▼
Friday, August 5, 2011
Lemon Rosemarry Chicken Grilled
Assalammualaikum semua.Baru siap buat kuih pot luck utk ptg nanti , baru lapang nak ngadap komputer...harap2 menjadi molek setelah dipotong nanti.Ok utk entry kali ni nak kongsi resepi pasangan ayam kenny roger iaitu ayam rosemarry...
Sbbnya asyik dok teringat ayam rosemarry yg dibuat pada Ramadan 2 thn lepas.Masa tu ayam ni cukup femes di blog...ramai yg mencuba.Dulu bakar seekor spt gambar di bawah tp kali ni bakar bhg chicken leg.
Masak ayam ni utk juadah berbuka 1 Ramadan disamping tu masak juga sup tulang. Kelainan rasa ayam bakar ni ialah pada rempah rosemarry.Resepi ayam rosemarry ni copy dari dapur lama; mamasyafotopages.
LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Resepi : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana
Sumber; Dapurmamasyablogspot
Bahan
1 kg ayam - bakar 4 bhg chicken leg
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna butter
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil @ 3 sb rosemarry debu
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - tak letak
Kicap Pekat - ditambah - letak kicap cair + sos tiram
Garam dan gula(ganti madu 1 sb) secukup rasa
Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..; mkn dgn nasi
nota dapur mamasya
oleh kerana guna ayam siap dipotong, sebiji limau tak rebus, potong2 susun sekeliling ayam.
Masak ayam bakar ni mudah dan anak2 cukup suka....berebut pilih bahagian ayam yg mrk suka. Utk bulan puasa ni kalau masak kena fikirkan lauk kesukaan anak2 juga barulah berselera mrk berbuka dan bersahur....anak2 makan nasi masa sahur.Disamping itu masak juga lauk tambahan.
salam kak.. sedap nampak ayam tu .. harus buat nanti insyaAllah..
ReplyDeleteMamasya....aduhai! dah bebuka...tapi bila tengok menu ayam grilled ni cam terasa2 kat dalam mulut...ngape la jauh sgt mamasya ni..kalau dekat kompem kakcek dah ada kat muka pintu...he he..:)
ReplyDeleteslm mamasya....tergoda tgk ayam tuu...bila2 bole try, betul tu, msk nk kena pikir selera anak2 yg berpuasa juga, tambah2 yg baru belajar posa kn...
ReplyDeletesalam ramadhan..selamat berpuasa..sedapnya lauk..
ReplyDeleteRaya ni kat mana? balik Malaysia tak?
Assalamualaikum mamasya...
ReplyDeletetgk ayam tu mmg mengoda ler... terliur tgk... sedapnya.. mmg seronok tgk anak2 suka kan dengan menu2 fav mereka...
Salam Ma...
ReplyDeleteishhh tgk peha ayam tu sket nyer gebusss arr Ma..cam nak bawak lari seketul..
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeletesyoknya tengok peha gebu ayam tu...nanti bila2 nur nk cuba pula resepi nie...semalam baru mkn soto ayam...kat rumah ni kerap kena msk ayam...kdg2 naik kembang tekak nur....hehe...
putri ayu kat bawah tu cantik sungguh warna nya...terguder tengok.
Mamasya.. tengok resepi akak letak rosemarry tu teringat masa naz duduk di Perth dulu. kalau nk guna daun rosemarry ni gi jer laman kat apartment yg Naz tinggal tu, petik jer..Tak yah susah2 cari.. Kat malaysia ni nampaknya kena belilah yer daun tu...
ReplyDeleteSedap ma nampak ayam tu.. panas eh skrg kat sana.. kalau musim panas mesti waktu puasa lagi panjang kan..