Pages
▼
Tuesday, September 27, 2011
Kisah Raya Kami; Berkunjung ke Open House
Kenangan beraya di rumah Johor
Assalammualaikum...Syawal dah sampai ke penghujung...baru dpt update siri ke 2 raya...entry kali ni kisah kami berkunjung ke open house di sini bermula raya ke 2.Wpun jauh dari sanak saudara dpt beraya bersama sahabat handai di sini...terubat jugak hati. Seronok dpt beraya bersama2 rakyat Msia di sini, hampir satu sem Msia kami pergi beraya,hari ke2 rumah Melaka &Perak, hari ke3; Kedah, Selangor, Johor , Perlis & rumah persatuan pelajar, hari raya ke 4 ke rumah Pahang dgn hidangan nasi kerabu istimewa. Rumah negeri adalah penempatan asrama pelajar dan pegawai dr negeri masing-masing.
Juga beraya di rumah Msia/kedutaan dan rumah kawan-kawan yg lain di sini.Tapi tak semua rumah sempat ambil gambar....dah leka mkn lupa nak ambil gambar.
Juadah raya macam di Msia juga dgn juadah yg top seperti sate,lontong,rendang & nasi minyak. Ada yg dimasak sendiri oleh para pelajar.
Lagi gambar beramai di rumah Johor
Kenangan beraya di rumah Kedah
beraya di rumah Kedah...menu utama sate dan bakso
semua berbaju merah beraya di rumah Kedah
suasana beraya di rumah Kedah....
Ni masa beraya di rumah Melaka...bila bagitau nak beraya di rumah Melaka...anak2 seronok ingat kami nak pulang beraya di rumah kami di Melaka. Bukan rumah di Melaka...tu jauh..ni beraya di rumah negeri Melaka utk penempatan pelajar Melaka di Cairo...terletak 30 min driving dr rumah
Suasana beraya di rumah Melaka...juadah sate dan lontong..
ni pula masa beraya di rumah Sarah..Syakirah posing dgn Sarah
menu raya di rumah Sarah....ada laksam, sate, nasi beriani dll...sedap2 belaka.
semasa beraya di rumah Yassin...
biskut raya Mesir di rumah Yassin...
Syazrin posing dgn Yassin....
menu hari raya & majlis akikah Yassin...
menu kambing panggang yg sedap.....
seronoknyaa beraya di perantauan kan :)
ReplyDeletesama dgn sy jugak
bnyak rumah pergi, balik bersama perut boroi huhu
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeleteMmg betul tu nampak kemeriahan dan keseronokan beraya di perantauan walaupun jauh dari sanak keluarga.
Abg Syazrin dh nampak susut sikit..byk dpt duit raya tk thn ini?? Hehehe...auntie Nur nk pinjam la...Syakirah pun dh nampak semakin cantik gitu...geram tengok dier!!
Wah yg gambar last tu Nur tengok tk tertahan rasanya...daging kambing...biasa disana mereka gunakan daging biri2 ke mamasya??
Assalam Ziela...
ReplyDeleteSeronok betul tgk gambar2 open house tu.. meriah sungguh.. walaupun dok jauh.. tp masih boleh sajikan makanan sama mcm kat Malaysia.. best! Jd takdelah terasa sgt beraya diperantauan kan....
Ehh.. bakpo takdok rumoh Kelate dengan T'ganu? Dok aci lagu ni... hehehe... agaknya.. anak sepupu Ratna pun ada sama beraya kat situ..
re: dalam seminggu ni Alin dalam percubaan berhenti memuting.. hehehe... dari Jumaat minggu lepas balik dr kerja.. malamnya Ratna sorok puting dia & katakan 'Ciksiti' dah curi.. sebenarnya puting tu dia masukkan sekali dalam bakul kain kotor masa dia bukak baju nak mandi.. lepas tu Ratna ambik & sorok.. bila dia cari puting Ratna kata adik letak mana? Bila dia cari balik dlm bakul tengok puting dah takde.. & Ratna katalah puting dah kena curi dengan Ciksiti.. hehe.. alhamdulillah.. nampak mcm okey walaupun nampak dia mcm tak selesa & gelisah waktu nak tidor.. kesian tu mmg kesian.. tp terpaksa jugak buat gitu.. biar gigi dia elok balik/jd rata cantik (mcm kakak dia dulu) kalau biar sampai besar nnt takut gigi dia jd kekal 'mancung' hehehe... Diapers pun dah lama tak pakai.. dah pandai ckp bila nak ke tandas.. cuma mlm terpaksa pakaikan juga.. Syakirah mesti dah lama diapers free kan? Kalau kita jaga sendiri senang sikit nak latih.. dok ngan org ni maklum sajalah kan...
Assalamualaikum mamasya...
ReplyDeletemeriah sungguh suasana raya kat sana yer... menu2 yg terhidang pun semuanya sedap2 ...
Assalamualaikum mamasya. bestnya tgk meriah gitu. menu plok mestilah semua sedap kan, mcm2 ada.
ReplyDeletesemoga segalanya terbaik n lancar utk mamasya sekeluarga di perantauan.
Assalammualaikum kak Ziela, apa khabar kak?lama tak singgah sini. wahhh best tgk kemeriah sambutan hari raya di sana yer...mcm tu punya meriah tak blk beraya kat Malaysia pun tak pe...hehe
ReplyDeletep/s:tq diatas doa dan ingatan akak yer:)
bestnya, macam2 rumah ada. Tersangatlah meriahnya. Kat sini, biasa2 ajer. Open house besar2an ngan student (tk rmai pun, dalam 50-60 orang ajer).dibuat kat rumah saya ajer. Sini tak da Perwakilan or embassy. Embassy jauh nun di Paris, so kenalah pandai2 raya sendiri. Yang penting, pengalaman beraya di tempat orang..
ReplyDeletewah! meriah nya! :)
ReplyDelete