Pages
▼
Monday, October 31, 2011
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 54
Assalammulaikum semua...nilah majlis yg mama sebut dlm entry apam mekar iaitu majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 54 oleh Kedutaan Malaysia Cairo pada 25 September 2011 yg lalu.Dah sebulan lebih berlalu kisah ini baru sempat update.
Majlis ini diadakan di Police Club,El-Gezireh,Cairo bermula jam 7 mlm.
View depan Police Club.
Dlm dewan jam 5.30 ptg dewan masih kosong. Cantik kemilau dewan berlangsungnya acara.
Majlis dimulakan dg ucapan Y.Bhg.Duta Msia.
Tetamu yg hadir terdiri dari pegawai Msia yg bertugas di sini dan para diplomat & kedutaan asing.
dewan penuh dgn tetamu
Lagi view dlm dewan...tetamu Msia lelaki berpakaian baju melayu serba hitam...manakala ladies berbaju kurung dan selendang.
Jom tengok menu yg dihidangkan....tp ni hanya menu yg tak berat. Menu berat tak sempat ambil gambar....antara yg disediakan oleh pihak hotel adalah kebab...makanan lain tak perasan. Manakala bihun goreng dan nasi goreng dimasak sendiri oleh ladies di sini.
Menu istimewa utk dihidangkan para tetamu...sate yg diterbangkan dari Msia iaitu Sate Hj Samuri....byk sate yg dihidangkan, mmg puas tetamu makan....inilah menu yg mendapat sambutan.
Inilah bahagian kuih-muih Msia yg disediakan sendiri oleh ladies di sini.
Selain apam yg mama masak, kwn2 lain masak karipap, onde2, spring roll dan goreng keropok.
Ni pula makanan yg disediakan oleh pihak hotel
macam2 ada....semua nampak sedap..
biskut, kek , dessert...
byk pilihan...
kek dgn pelbagai rupa hiasan...
dessert dan kek
mcm2 salad ada dgn cheese dll
buah belimbing dan nenas juga diterbangkan dari Msia....
barisan ladies Msia yg hadir di majlis berkenaan bergambar beramai2 dgn Yg. Bhg Datin.
Friday, October 28, 2011
Apam Mekar Dan Apam Polkadot utk Majlis
Assalammualaikum semua
Apam mekar dan apam dot-dot ni buat sebulan yg lalu utk satu majlis di sini....majlis apa....nanti akan update gambar majlis berkenaan...byk gambar....nak kena pilih dulu.
Apam mekar buat 50 biji sahaja dan apam dot-dot 150 biji.....pada asalnya nak buat apam mekar 100 biji tapi last kurangkan jumlah dan tambah apam polkadot. Nasib baik dpt siap buat apam mengikut masa sbb lepas kukus apam kena bergegas ke majlis berkenaan dlm pukul 4.30 ptg.
Hari ni tak boleh nak sembang panjang...mama dah nak kena masuk dapur dulu...ada lagi xtvt tambahan menunggu di dapur hari ni...mari layan gambar-gambar apam....
Apam Mekar
Sumber; rossitamz @ MyR , asal Resepi K.Liza@Dapur Hanieliza
Oleh; Dapur Mamasya
Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
Nota dapurmamasya
Pastikan apam dikukus lebih dr 10 min dgn api yg kuat takut bhg dlm apam tak masak.cuba tengok bhg bawah papercup apam samada masih basah atau kering, kalau masih basah...apam belum cukup masak dan apam tidak gebus wpun apam dah merekah.
apam mekar yg dibawa ke majlis....
Ini pula apam polkadot@dot-dot yg dibuat utk majlis berkenaan. Resepi sama spt pernah cuba sebelum,boleh klik sini .
apam dot-dot versi putih,ungu dan hijau, resepi
zoom dkt sikit...
apam dot-dot versi pink dan putih
pink dan putih warna favorit mama.....
yg ni pula saja nak cuba buat apam mekar guna resepi apam dot-dot....jadi mekar setaman dan cukup lembut...ni utk mkn sendiri....
Thursday, October 27, 2011
Kerutuk Ayam mkn dgn Pulut
Assalammualaikum
Entry ringkas hari ni sbb tuan blog ada xtvt tambahan di dapur tp nak jugak update blog....lagipun gambar mmg dah upload tunggu nak publish. Kerutuk ayam ni buat beberapa minggu lepas.Sbbnya teringin sgt nak mkn ketupat pulut sejak raya lagi tp bukan ketupat buat sendiri...hanya rebus ketupat segera. Raya thn ni tak dpt merasa ketupat pulut...tu yg dok teringin nak makan.....missnya ketupat pulut daun palas mak di kg...
Resepi juga dari MyR, berkenan dg resepi ni sbb kelainannya letak kicap...itu yg nak mencuba. Anak2 mmg suka mkn pulut dgn lauk ayam bersantan gini....
Kerutuk daging/Ayam
Sumber; Mak Yong@ MyR
oleh; Dapur Mamasya
Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging- ganti dgn ayam
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
**nota dapurmamasya; tambah 2 btg serai..potong tipis.
Cara-cara
1.Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5.Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6.Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging/ayam,serai dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Jemput jamu mata....nanti lapang sikit akan jln2 kunjungan balas blog kawan2...
Ayam Masak Paprik
Assalammualaikum dan slmt bercuti buat semua.
Entry hari ni nak kongsi menu ringkas sesuai utk seisi keluarga iaitu ayam masak paprik. Masak minggu lepas ayam paprik ni buat lauk lunch kami sekeluarga....dah lama tak makan.
panas-panas dlm kuali...bukannya susah nak masak ayam ni tp bahan penting mesti ada spt daun limau purut...serai..cili padi...barulah sedap rasanya.Ayam Masak Paprik ni kira 2 in 1...lauk dan sayur masak sekali tp masa masak ni tak letak bunga kubis dan kacang pjg sbb tak da stok.
Paprik Ayam
Sumber; oKa sHiZuKa @ MyR
Oleh; Dapur Mamasya
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
150 gram isi ayam (direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto
Cara-cara
1. Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
2. Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. 3.Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
4. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
5.Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.
Kepada kwn-kwn yg tak da idea nak masak apa hari ni...apa kata masak paprik....tak payah susah order di restoren Thai lagi.boleh juga gantikan ayam dgn daging...sotong..udang.. ikut selera kita.Slmt mencuba...
Tuesday, October 25, 2011
Kek Birthday yg Buat Mama Tersenyum
Assalammualaikum semua...
Moga semua ceria hari ni...jgn masam2 muka...semua senyum mesra....lebihkan senyuman manis tp kurangkan manis dlm minuman...
Citer ttg senyuman inilah kek birthday yg buat mama tersenyum seharian....kek ni ditempah oleh seorg kwn utk birthday anak gadisnya awal okt lalu. Mama senyum ceria hari tu sbbnya...sebaik sahaja kek dihantar, dpt sms dari kwn yg tempah "anak gadis akak teramat happy. tq" dan
kemudian dpt sms dari birthday girl "tq aunty 4 d beautiful cake". Senyum riang bila birthday girl suka dgn kek yg mama deko.
kek dihias inspirasi dari buku Menghias Kek oleh k.Zati@Zati D'Hati .
The Versatile Award...
Terimakasih banyak2 buat Sue @ blog Rencah Kehidupan dan Wani@ Dari Dunia Dapurku sudi bagi award ni. Maaf sbb lambat gantung award.....asyik tertangguh. Dpt award sekali dgn homework tp homework tu dah buat sebelum ni...tak da idea nak tulis yg lain.
Terimakasih sekali lagi buat Sue @ blog Rencah Kehidupan dan Wani@ Dari Dunia Dapurku .
Monday, October 24, 2011
Senyum Seindah Suria
Khas buat pengunjung Dapurmamasya...
Senyum Seindah Suria
Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati, duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum, kemesraan menguntum
Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah ikatan
( Lagu Jay Jay )
Kau tersenyum kutersenyum, kemesraan menguntum....
Kenangan Berbuka di Tepi Sg Nil
Assalammualaikum
Ada lagi entry buka puasa yg baru sempat update...sebenarnya ada lagi entry tertunggak...tak terkejar nak update cepat....nantilah jika ada kelapangan akan cuba update untuk kenang-kenangan. Berbalik pada entry kali ni.....kisah bulan Ramadan yg lepas ada beberapa kali juga kami memenuhi undangan dari orang Arab sini untuk majlis berbuka puasa tp tak semua sempat ambil gambar. Hanya yg byk gambar adalah semasa majlis berbuka di Sea Horse Restoren yg terletak ditepi sungai Nil.Selain kami, ada juga lain2 famili Msia di sini yg turut di jemput sama oleh agensi pelancongan Mesir ini.
Mula2 sampai...ada seorg perempuan tengah buat roti Arab...panas2 bakar dari oven traditional.
Roti ni dihidangkan utk tetamu di restoren.
Restoren ni terletak berhadapan sg Nil.....
juadah berbuka utk anak-anak...kebab,ayam bakar dan nasi yg dicampur dgn bihun.
ni set dewasa...sama dgn anak2...cuma extra ayam bakar..
selain itu ada salad, roti Arab, buah2an jeruk,cheese,yg putih tu tahina buat cicah roti dan dlm mangkuk kuah sayur bersos...tak pasti nama apa.
deretan shisha...
deretan dessert...buah2an dan manisan
suasana dlm restoren selepas berbuka
ada penyanyi menghiburkan pengunjung selepas berbuka dan juga ada cara cabutan bertuah utk tetamu yg hadir
di restoren ni juga ada small playground...