Pages

Friday, October 14, 2011

Kerepek Coklat...jom tengok cara membuatnya



Assalammualaikum semua....sekejap dah hari Jumaat..harap semua sihat dan ceria...pada yg kerja di office bila Jumaat ni dah hitung hari minggu nak buat apakan....nak pergi mana... mama mcm tulah masa kerja di Msia...fikir nak buat apa hari minggu... mcm2 xtvt.
Berbalik pada kisah hari ni nak kongsi kerepek coklat yg dibuat utk kudapan raya yg lepas. Kerepek coklat ni mcm kerepek bawang...cuma ditukarkan kepada perasa coklat dan sedang elok manisnya...rangup bila dikunyah..anak-anakpun suka....sedap mereka cakap.



Untuk resepi buat 1 kg...itupun belum habis Syawal...kerepek dah habis..lebih laku dr biskut raya. Kalau nak cuba boleh buat sikit dulu sbb 1 kg ni dpt byk juga. Bahan-bahannya cukup ringkas.credit to biktin yg ajar mama cara buat kerepek ni.

Kerepek Coklat
Resepi; Dapurmamasya

Bahan
1 kg tepung gandum
3 sudu makan gula biasa
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
4 sudu besar butter - suhu bilik
2 1/3 (500 ml) air campur 1 sudu kecil garam - kacau

Cara
1.Campurkan tepung gandum,gula, telur dan butter. Kacau rata .
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. doh lembut sedikit dari doh kulit karipap.
3.Ambil anggaran 1 cwn adunan dan campurkan dgn serbuk koko. Uli hingga serbuk koko rata.
4. Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.Jika mahu corak rintik2, buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Ulang buat sehingga adunan habis...dpt beberapa gulung.
5.Gulung adunan kemas-kemas.
6.Potong tipis2 adunan.adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
7.Setelah siap bolehlah digoreng dgn minyak yg byk.sejat.siap utk dimakan.

Utk kerepek ni boleh buat corak ikut pilihan masing2....di sini mama kongsikan 2 corak spt dibawah.

Corak 1....spt corak kerepek bawang



Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.



Gulung adunan dari belah atas ke bawah kemas-kemas.



Potong tipis2 adunan.



adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.



bolehlah di goreng..



sejat dan siap utk dimakan



hasil kerepek coklat

Corak 2....rintik-rintik



Buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Gulung adunan dari belah kiri ke kanan kemas-kemas.jgn silap gulung nanti corak tak dpt gini.



Potong tipis2 adunan.



adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.



dah goreng bolehlah dimakan. bukan waktu rayapun sesuai buat kerepek....makan sambil tengok tv...sembang-sembang...kunyah sekeping-keping...tak sedar sebalang dah licin...

20 comments:

  1. Aslmkm Mamasya. Rajin nya buat kepek... tak pnh lagi rasa kepek manis camni. Nak buat rasa nya tak lah serajin mamasya, kalau nak poskan boleh juga....hehe.

    ReplyDelete
  2. Pandai pun mama.
    La ni tengah merayau mencari apa yang nak dimasak untuk weekend ni. Mamasaya boleh bagi cadangan tak?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mamasya,
    menariklah kerepek coklat ni, menarik pulak bila di belang2kan...rajinnya mamasya...

    ReplyDelete
  4. mama potong kecil2 tu mcmana? teringin nyer nak try rasa..sedap je nampaknya tu

    ReplyDelete
  5. Wah! rajinnya mamasya...mesti leceh kan buat dia...kalau dekat confirm kak cek dah mintak sebalang....:D

    ReplyDelete
  6. Salam Mama..Rajinnya Mama...Saya kan, bab nak potong2 ni malas ni..kan sekejap tebal sekejap nipis..kalaulah slicer kenwood ada di pasaran Mesia, alangkah bahagianya.....

    ReplyDelete
  7. teringin nak rasa..tapi kena rajinkan diri kena potong nipis lah pulak..

    ReplyDelete
  8. menarik!!! kalau e-na buat bole ke jadi comeiii mcm mama buat ye...tang potong2 tu yg risau tebal nipisnya...eerrrmmm ambil dulu resepi nnt ada masa bole try...thanks mama doakan e-na...ni idung berair lg kaki berstokin sejuk je nak main air masak2 kt dapur...kalaulah byk pilihan kedai mkn mcm kat mesia...harus...hhiii

    nak tanya mama ikut hubby keje ke kat sana...

    ReplyDelete
  9. tum tum macam kerepek bawang pun ada. lawa tentunya sedap.. rajin buat kerepek sendiri

    ReplyDelete
  10. kak, menarik sgt tgk kerepek ni...hmmm bestnya tgk majlis berbuka ramai-ramai tu.nasi carrot tu pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. SALAM KAK.. MENARIK KEREPEK COKLAT NI ..dah jadi mcm makanan baru dalam industri kerepek..hihi tapi masa nak potong nipis2 tu .. tak jadi lembik ke bila kita tekan kan.. kan doh tu lembik .. teringin nak cuba ...

    ReplyDelete
  12. salam..mamasya..~
    saya ada cuba buat kerepek niw..(br selesai nie..hehe..)
    tapikan..nak tanye skit..doh tu lembik la pulak.. smp nk slice pon susah..
    any tips please..??
    tq in advance.. :)

    ReplyDelete
  13. salam neelofer, tkasih mencuba reseoi kerepek.utk adunan...air letak sikit demi sikit semasa menguli hingga jadi doh, doh mcm kulit karipap.jika lembik tambah gandum sikit.masa potong pegang kemas bhg hujung yg dipotong.

    ReplyDelete
  14. thank u so much mamasya..~
    btw..kerepek tu sdp sgtt.. ^^

    ReplyDelete
  15. waaa... sangt bagus idea ni utk masak esokkkk.. tq mama

    ReplyDelete
  16. SALAM MAMA...KALAU GULA BIASE TU DI TUKAR KEPADA GULA PERANG BOLE KAN?.. :) NGEEE

    ReplyDelete
  17. SALAM MAMA...KALAU GULA BIASE TU DI TUKAR KEPADA GULA PERANG BOLE KAN?.. :) NGEEE

    Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

    ReplyDelete
  18. SALAM MAMA...KALAU GULA BIASE TU DI TUKAR KEPADA GULA PERANG BOLE KAN?.. :) NGEEE

    ReplyDelete
  19. Salam mama.saya nak belajar resepi ni dan rasa nak buat menjual.minta izin yer.terima kasih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.