Pages
▼
Saturday, October 1, 2011
Nasi kerabu.....ulang tayang dari dapur lama
Assalammualaikum dan slmt berhujung minggu semua.Dah tamat kisah raya....jadi untuk entry kali ni nak kongsi resepi masakan iaitu menu nasi kerabu. Sebenarnya nak update resepi masakan lain tp bagi memenuhi permintaan seorg pengunjung blog dapurmamasya nak resepi set nasi kerabu...maka kongsi dulu resepi nasi kerabu.Belum berkesempatan nak buat lagi nasi kerabu sejak ada blog...teringin nak buat tp asyik tertangguh....jadi import dulu nasi kerabu ni dari dapur lama.
Nasi kerabu mmg favorit tambah kalau makan dgn setnya spt telur masin, solok lada, ikan celup tpg atau daging bakar....sedappp sungguh...kena cukup bahan2nya barulah puas makan.
Nasi Kerabu
Sumber; Dapurmamasya
Nasi - masak nasi macam biasa dgn tambah pewarna biru dan daun pandan.
Sambal Tumis
Bahan
*2 sudu lada kering yg telah ditumbuk atau 3-4 sudu (8-10 tangkai cili kering) jika ingin sambal lebih merah
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1cm halia
*1cm kunyit-ditumbuk/ 1 sk serbuk kunyit
1 biji kelapa @ 1/2 tin santan dlm tin-jadikan 2 cwn santan
2 btg serai-di ketuk
1 keping asam gelugur
3 sm budu
gula melaka/gula merah
1 sudu tpg beras (pilihan utk pekatkan kuah)-kacau dgn sikit air
tambah garam sekiranya perlu
*tumbuk/blender
Cara 1
1.Panaskan santan sampai mendidih.
2.Masukkan semua bahan dan kacau sampai masak pekat dan pecah minyak
Cara 2
1. Panaskan minyak , tumis semua bahan tumbuk.
2.Kemudian masukkan semua bahan lain.kacau sampai masak pekat dan pecah minyak
Sambal ikan/Sambal kelapa
Bahan
2 ekor ikan saiz sederhana - direbus dan ambil isi - tumbuk
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut- digoreng tanpa minyak sampai kuning
4 ulas bawang merah-tumbuk
1 batang serai dihiris tipis-tipis
garam,gula,serbuk lada hitam
cara;campurkan semua bahan di atas .
Kerabu/ulam
Potong kubis,timun,kacang pjg,kacang botol,taugeh ( guna apa2 yg ada dlm peti ais)
Lain2 -boleh tambah jika suka ayam goreng berempah/biasa/ikan celup tpg,telur asin,solok lada,sambal
Resepi Solok Lada
Sumber; Dapurmamasya
Bahan-bahan
* lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang dan buang biji)
* kelapa parut 1/2 biji atau 1 1/2 -2 cwn desiccated coconut/kelapa kering (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave)
* ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus/rebus-ambil isinya)
* santan cair utk merebus solok lada
* 7-9 biji lada hitam
* 1/2 inci halia
* 4 ulas bawang merah
Cara-cara
1. tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab.
2.Gaul bahan2 tersebut dgn gula dan garam
3.Isikan bahan yg digaul ke dlm lada padat2
4.Susun dalam periuk dan masukkan santan.Masak sampai mendidih.
Ikan Celup Tepung..
Sumber; FP K.Liza,
Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]- letak lebih 1/2 cwn sbb adunan nampak pekat
ikan ..[bersihkan saperti biasa]-guna ikan selayang
minyak yg banyak
Cara
1. Panaskan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
**kalau di Trg terutama tepi pantai terkenal org jual ikan celup tepung makan gitu saja cicah dgn sos..sedap... .
wow...lipsmacking platter...love ur presentation..:)
ReplyDeleteTasty Appetite
kerabu biru! dah bertahun x makan. masak sendiri dok masak yg kaler kuning tu je. hihi..
ReplyDeleteAduhai nasi kerabu... solok lada sama ikan goreng tepung itu... sambal itu... buat saya jadi lapar kak. hahah :D
ReplyDeleteIjan
aduh sedapnya mamasya...favorite saya ni...thanks mamasya..nak cubalah..cuma nasi takde warna biru...huhuhu
ReplyDeletesalam mamasya..wah terliur tenguk masakan beraneka warna camni. walaupun jauh di rantau orang tapi meriah juga sambutan di sana
ReplyDeletesedapnya tgk set nasi kerabu akak ni...tak pernah buat lagi tapi suka mkn....kena cuba juga lah nanti..simpan resepi dulu yer kak..tq:D
ReplyDelete