Pages

Friday, November 25, 2011

Muffin Yogurt dgn Modelnya....



Assalammualaikum buat semua

Sebelum raya Ailadha yg lalu sek anak2 ada buat bake for charity....setiap murid diminta bawa makanan yg berasaskan baking dan jual di kelas masing2 kepada semua murid bagi tujuan charity. Setiap kelas buat hari berbeza dan kebetulan kelas Syazrin dan Syafiq hari yg berturut-turut....mudah boleh baking sekaligus. Fikir baking yg mudah dan senang anak2 nak bawa...itu yg terlintas buat muffin. Buat tak bykpun sebekas seorg dan utk mkn di rumah.



Cari-cari resepi..... berkenan dgn muffin yogurt dari blog Izah sbb Izah promot ni muffin terbaikkkk.....mmg ianya yang terbaikkkk...lembut...sedapp dan gebu bak kata Izah kira pakej yang sempurna untuk digelar muffin yang sedap....tqvm Izah kongsi resepi mufin yg sedap ni.
Satu lagi yg buat mama suka sbb membuatnya cukup mudah...tak payah pakai mixerpun...godek-godek je. Boleh letak filling kalau suka.....untuk muffin ni letak inti coklat.

MUFFIN YOGURT
recipe: precious moments
sumber & terjemahan: izahdaut@ Izah Muffin Lover
oleh; Dapurmamasya

bahan2nya(menghasilkan 10 biji muffin)
120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran- guna minyak jagung
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry

Caranya:

1. Panaskan oven ke 180 C.

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.



muffin masukkkan dlm bekas....siap utk bawak ke sekolah...



biasanya anak2 kurang suka muffin terutama kalau muffin jenis yg padat tp muffin yogurt ni anak-anak suka sbb lembut je dan sedappp....mamapun suka muffin ni.


Model muffin mama kali ni...



anak dara mama yg sorang ni...Syakirah Aeda...bila posing mcm2 gaya....



suka posing...lepas satu....satu gambar.satu je lagi mama......



ok posing yg last special buat kakak-kakak....auntie-auntie semua dari Syakirah....lepas ni Syakirah nak mkn muffin....

16 comments:

  1. anak dara kecik yg manis n comel.. akk pun suke rspi yg mudah2.. kacau2 terus bakar..

    ReplyDelete
  2. alalallalala..comeynya Syakirah, geram taw tngk muka dia yg cute tu..muffin tu pun comel gak, leh cubalah cuti sklh ni, anak2 rajin makan2..buatnya pun senangkan mamasya..

    ReplyDelete
  3. amboi comeinya shakirah duk berposing dengan muffin ,model lawa muffin comei hehehe

    ReplyDelete
  4. comeynye anak dara akak sorang ni...dah ala2 muke arab.hehe, btw bagus gak idea akak bt muffin ni. ros nak perabih stok yogurt ni.dok terfikir gak nak buat apa dgn yogurt & coklat chips. aritu bt apam yogurt tapi ros kureng suke sbb lagi suka yg apam mekar. nak try la f rajin since terkandas lagi ni 3,4 hari.

    ReplyDelete
  5. ewaahh ewaahh..comel jer model cilik ni posing dpan muffin yer... jeles btoi.... mehla pass sebiji kat aunty..lapar tgk muffin mama syakirah ni.. heheh

    ReplyDelete
  6. Wah..model dgn muffin sama cantik dan sama manis la...berapa tahun umurnya tu mama?

    ReplyDelete
  7. salam kak.. pandainya anak dara posing.. macam2 gaya ye.. hihihhihi .. memang nampak gebu muffin tu

    ReplyDelete
  8. alahai chulimnya model mapin ni..pandai lak tu wat aksi lentuk2,Ada gaya model tuh..
    muffin pun nmpk sdp

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mama...Apa Khabar? Kak Lin Baik2 Jer Disini Dong! Comelnya Muffin Tu...Yg Jadi Modelnya Pun Comel Gitu!

    ReplyDelete
  10. Assalam Mamasya,

    Selamat menyambut Maal Hijrah 1433. Semoga sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik untuk menyajikan gambar dan hidangan yang cukup menarik beserta model cilik yang dah semakin pandai bergaya...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..
    senangkan.. wat muffin tu, tapi walaupun senang caranya.. hasilnya sedap sangat.. kan kan.. anak2 nani pun suka gak makan muffin.. bulan ni 2 kali dah wat.. ehehe

    ReplyDelete
  12. SALAM kak... sedapnya muffin yogurt ni.. nanti nak cuba lah buat ... ... syakirah pun comel jer ...

    ReplyDelete
  13. Meh AuntieRoz & Liana peluk2 geyam Syakirah...! Liana pun nak mapin gak ni nak tumpang makan dgn Syakirah....hehe

    ReplyDelete
  14. Ala comel je model nye. Kalau lalu kat depan auntie, semua muffin, trolley dengan model sekali auntie borong bawak balik kuopio :)

    ReplyDelete
  15. Syakirah, apasal comel sangat ? auntie gigit mata tu kang

    ReplyDelete
  16. alololooooo comelnya diaaa... geramnya tgk .. meh nak peluk ckit... Muahsss.. geram tgk muka dia yg comel sgt tu..

    muffin yogurt tu mmg sedap... diana pun suka ... mmg terbaik kan mama..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.