Pages
▼
Tuesday, November 1, 2011
Satay.....mana lidinya mama?
Assalammualaikum buat semua...
Dah habis kisah satay Hj Samuri....nak citer satay mama buat 2 minggu lepas utk makan-makan di rumah.....satay kepak ayam. Hidangkan utk anak2 balik dr sekolah... hari ni mama masak satay..mana lidinya mama...ni satay kepak ayam bang,tak payah lidi.mama..kan biasanya satay ada lidi....lainlah satay mama. rasanya sama aja bang...cuma lidi je tak da . Makan juga mereka satay kepak ayam...tp yg paling suka abg no 4 dgn Syakirah....
Sebenarnya mama kurang rajin nak potong ayam kecik2...pastu nak cucuk di lidi...lambat nak siap....pakai kepak ayam senang....lagipun kepak cepat masak bila bakar. Nak senang, satay kepak ayam ni bakar dlm oven sahaja....mcm bakar ayam. Untuk resepi ambil dari FP Mamafami, asal dari k.Noormasri,t.kasih kongsi resepi.
SATAY
Fp mamafami asal NoorMasri's recipe.
Ingredients :
1 kg chicken/beef fillet ~ cut into 2.5cm x 2.5cm pieces- guna kepak ayam
1 1/2 teaspoon salt
4 tablespoons sugar
2 tablespoons honey
2 tablespoons cooking oil
satay sticks
extra oil and lemon grass for basting
To blend :
3 shallots
2 candlenuts (buah keras)
2 cloves of garlic
3 cm fresh tumeric or 2 teaspoons tumeric powder
4 cm ginger
2 lemon grass
4 cm galangal (lengkuas)
1 tablespoons corriander seed }
1 teaspoon fennel seed (jintan manis) } fry without oil over low heat till fragrant
1 teaspoon cummin seed (jintan putih) }
Method :
1. Mix sugar, honey, cooking oil and salt into the blended ingredients to form a paste.
2. Rub paste mixture into the diced chicken or beef and leave it to marinate for 3 hours.
3. Thread seasoned meat on to satay sticks.
4. Grill over char- coal fire or under hot grill . Baste with oil and water mixture to keep meat moist.
5. Serve with peanut sauce, cucumbers and onion cut into wedges and nasi impit.
satay kepak ayam.....mudah bakar dlm oven, 30-40 min api atas bawah(bergantung pd jenis oven), balik2kan juga dan renjis dgn minyak masa bakar agar masak serata.
PEANUT SAMBAL/KUAH SATAY
Ingredients :
500g freshly roasted ground peanuts ~ coarsely pounded
2 stalks lemon grass ~ knocked
1 cup coconut milk
1 piece dried tamarind skin or a bit of tamarind juice
2 - 3 tablespoons sugar
salt to taste
oil
enough water
To blend
20 dried chillies, deseeded
2 cloves garlic
15 shallots
2 candlenuts (buah keras)
2 cm galangal (lengkuas)
Method :
1. Heat oil in wok and fry blended paste and lemon grass till fragrant and oil seeps through the paste, on low heat.
2. Add in the pounded ground peanuts and water, stirring constantly.
3. Add in coconut milk, dried tamarind skin, sugar and salt.
nota dapurmamasya
utk kuah mama kurangkan sukatan buat 1 cwn kacang,1 biji buah keras, 6 sb cili dan 10 ulas bawang merah sahaja.serai sbtg potong dan blender sekali dgn bawang.bahan-bahan lain sama.
Dibawah resepi dlm BM;
Sate Kepak Ayam
Bahan-bahan sate:
• 1 kg kepak ayam
• 1 1/2 sudu kecil garam
• 4 sudu besar gula pasir
• 2 sudu besar madu
• 2 sudu besar minyak masak
• minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan yg perlu dikisar halus:
• 3 ulas bawang merah
• 2 biji buah keras
• 2 ulas bawang putih •
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk •
4 cm halia
• 2 batang serai
• 4 cm lengkuas
• 1 sudu besar ketumbar } disangai
• 1 sudu kecil jintan manis } disangai
• 1 sudu kecil jintan putih } disangai
Cara membuatnya:
1. Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2. Perap kepak ayam dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3. Bakar kepak ayam, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak. Atau bakar dalam oven guna api atas dan bawah suhu 180'C-200'C, balik-balikkan kepak ayam.
4. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.
Kuah Kacang
Bahan-bahan:
• minyak untuk menumis
• air secukupnya
• 1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa
• 2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa
• garam secukupnya
• 250 ml santan pekat
• 500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
• 2 batang serai diketuk
• 15 biji bawang merah }
• 20-30 tangkai cili kering }
• 2 cm lengkuas } dikisar halus
• 2 ulas bawang putih }
• 2 biji buah keras }
Cara membuat kuah kacang:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam.
3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
4. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.
5. Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi.
6. Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air
satay kepak ayam yg ringkas.....
Salam mamasya ,briliant idea ni..boleh buat menu untuk raya haji ni.
ReplyDeletemamasya,
ReplyDeletekalo sebut satay mesti ada lidi. biler tak ade lidi ni tu yang budak2 heran hahhaha..tapi memang menawan la satay kepak ayam tu.
sate yang jimay lidi:) nak cuba jugak lah tapi kena cari kepak dulu:)
ReplyDeletejimat lidi.haish salah eja je:( sori:)
ReplyDeletemak aih...chicken wing tuh..sedapnyee..terliuq tengok menu akak yang besh2 nih
ReplyDeletesedapnya satay tak ada lidi ni...senang nk mkn kan..:)
ReplyDeletesalam ziela..meriahnya sambutan hari k'saan..mcm2 menu..npk sedap2 semua..yg hotel sediakan tu baklava ke?..akak suka sgt mkn baklava yg inti kcg pattachious..tp kt sini kena gi kedai yg besar2 baru ada jual..
ReplyDeletesate tanpa lidi..anak2 sng nk mkn dan jimat masa nk cucuk tu
sungguh menggiurkan kepak ayam itu...haih....
ReplyDeleteGlurpp... sedapnya... saya suka sgt meratah ciken wing goreng... lum pernah try lg ciken wing yg dibuat satay... mesti sedap kan...
ReplyDeleteAssallamualaikum Mamasya..
ReplyDeleteKak, anak2 zaman sekarang. Bila nampak jer yg luar biasa dari yg pernah dia org tgk, mesti nak tanya kan..hehehe..
Bagus gak idea ni. Tak yah lidi2.
Salam Mamasya,
ReplyDeleteBagus juga idea satay bakar camni. Senang tak payah cucuk2. saya pun tak berapa rajin kalau bab cucuk satay ni. hehe..rajin bab makan je :D
Ijan
terliur tgk satay kepak ayam ni... kepak mmg antara part yg best bila di bakar.. hehe..
ReplyDelete