Pages

Monday, November 14, 2011

Sup Gear Box Merah



Assalammualaikum buat semua....bertemu kembali.

Ptg sabtu kelmarin, kami sekeluarga slmt sampai di rumah dari jalan-jalan, taklah jauh destinasi kami pergi,dlm 3 jam driving...kebetulan mr husben ada urusan di sana....sekolahpun tgh cuti, jadi mama dgn anak2 ikut sama. Nantilah ada kelapangan akan update kisah jalan-jalan ini.
Anak2 cuti sekolah dari raya sampai Isnin...seminggu lebih, jadi komputer mama telah ditakluki oleh anak-anak...itulah sbbnya seminggu ini tak byk cerita di blog....meronda blog kwn2pun tak dpt. Wpun ada komputer lain anak2 suka guna komputer mama sbb laju bila mrk main games. Bila mama guna, mulalah tanya bila mama nak siap...padahal baru duduk ngadap komputer...belumpun panas punggung...itu yg tak dpt dok lama2 dpn komputer kalau anak2 cuti sekolah.
Sbb tak dpt dok lama2 dpn komputer maka kisah raya Aidiladha PT-2 nanti sambung kemudian sbb gambar2 belum sempat upload lagi, bagi laluan dulu kepada lauk lunch yg dimasak siang tadi iaitu Sup Gear Box Merah....gear box ni dapat semasa raya Aidiladha tempoh hari.Alhamdullilah rezki kami sekeluarga, wpun beraya di perantauan thn ini dapat merasa tulang dan daging korban.



Sejak duduk sini, ini kali kedua masak sup merah gini...sebelum ni buat guna tulang biasa. Buat lagi sup merah gini sbb anak-anak berselera mkn nasi dgn sup...mama pula suka dengan rasa kuah sup ini...sedap hirup kuah....



Utk resepi sup gear box ni guna resepi dari FP yg pernah kongsi di pada thn 2008 masa di Brunei dulu, resepi asal dari kwn siber juga. Masa di Brunei senang nak dpt gear box sbb supermarket dkt rumah selalu jual. Tapi kalau tak ada gear box boleh guna tulang biasa...itupun sedap.utk kesihatan....part yg berlemak tu elok diketepikan bila nak mkn.

Sup Gear Box Merah
Sumber resepi; Fp Zuhri
Oleh; Dapurmamasya

bahan utama
Gear Box/Tulang - campur kedua-duanya
3 ulas bawang merah - letak 5 ulas
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-*sweet onion
1 inch halia
1/4 inch lengkuas
5 tangkai lada kering - letak 2 sudu besar cili kering yg dah blender
6 biji buah tomato-potong 4

bahan tumis
buah pelaga
bunga lawang
lada hitam-banyakkan sikit lagi sedap.
kulit kayu manis
bunga cengkih-skeett jer

bahan tambahan
2 biji buah tomato-potong dadu
daun sup & sadri - tabur
bawang merah goreng -tabur
bwang putih goreng - tabur
limau nipis - tuk perah time nak makan.
minyak masak-secukup utk menumis dgn goreng bawang.
air utk rebus tulang-sukatan tenggelam skit dah ok
2 btg carrrot-*optional

Cara buatnya:

1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
2)Tumis bahan blend tadi berserta rempah ratus*buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
3) goreng bawang yang nak ditaburkan dulu pas tu balance minyak dalam sesudu besar buat tumis bahan blend tadi k*tuk aroma yang wangi heeeee..petua*
4)Dah sudah masukkan dalam gear box/tulang yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box/tulang itewwwww
5)didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan buah tomato yang dipotong 4 tadi-biar dia didih jap masukkan plak kentang potong dadu tadi ngan carrot*optional.
6)Biar empuk then baru taburkan ngan bawangan yang digoreng tadi berserta daun sup &sadri& buah tomato potong dadu.
7)time nak makan perahkan limau nipis sket sesedap rasa*takmopun takper.

nota dapurmamasya
tambahan;potong 5 ulas bawang merah@ 1/2 labu bwg besar yg warna merah.tumis dgn bahan tumisan hingga layu dan wangi,masukkan dulu dlm periuk.tinggalkan minyak utk menumis bahan2 yg diblend.letak juga btg daun bawang dlm kuah sup semasa memasukkan tomato yg dipotong 4 utk menyedapkan lagi kuah.tips mudah nak tahu daging dan empuk....tengok daging dah lekang sikit dari tulang...tu tanda daging dah empuk.



nak lagi sedap semasa mkn tabur bawang goreng,daun bawang dan perah limau....mmg powerrrr....

14 comments:

  1. Salam mamasya,
    akak dah buat saya dan faiz super terliur malam ni dengan sup gear box tu. bestnye kalau dapat makan ni...
    Ijan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    sedapnya sup merah ni... tak pernah cuba lagi.. nanti nak try gak la buat.. tapi kena tunggu beli tulang lah.. sbb stock yang dapat kurban punya dah abis.. eheheh.. :)

    ReplyDelete
  3. as-salam
    tengok je dah berselera Sup Gear Box Merah ni..npk sedap!!!

    ReplyDelete
  4. Uiiii yum yum.... nampak sedap, ni lepas raya aji, punyelah banyak stok daging ngan tulang fresh. Sedappppp sungguh.. ehehe

    ReplyDelete
  5. WoW!...besor tul tulang gear box tu...memang dah rupa gear box pun kan...bestnya kalau dapat makan semangkuk...:D

    ReplyDelete
  6. alamak!!! ada gear box la pulak..meleleh air mata nengok..sob'..sob'...

    ReplyDelete
  7. kak sedapnya,hehehe raya aidiladha baru ni tgk hubby dengan FIL makan sup gear box sampai takut tapi sedapkan kak

    ReplyDelete
  8. Masalah betul kalau tengok gambar gambar macam ni. Adoiiiii... dah teringin nak makan. Kat mana nak cekau ni kak ? Pos sikit bleh ?

    ReplyDelete
  9. perghh tak thn nengoknya kak....sedapx2 ni kalau dpt hirup kuah sup ni..hehe

    ReplyDelete
  10. salam. sedapnya.... cicah ngan roti pun sedap.

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum Mamasya..
    Kak, sebijik sup gear box kat kedai2 di sini.. Cukup panjang tak straw akak nak sedut dlm tulang tu..hehehe..

    ReplyDelete
  12. hi Mamasya...cakap pasal sup tulang merah nih, saya baru jer upload pics kat blog saya masa gi makan kat Beach Road Gardens Singapore. Best sangat. 15 ketul habis sekelip mata hehe. Sedut punye sedut sampai pening di buat nye.

    Senang2 tu singgah la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan jer 100% takder topik lain. Kebanyakan nye di area JOHOR maklum la orang JB.

    Jangan lupa follow blog saya tau TQ TQ TQ...

    ReplyDelete
  13. Nak tolong makan sup gear box yang sungguh menggetarkan imanku ini Mamasya..... teringinlah pulak nak masak sup tulang!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.