Pages
▼
Friday, December 30, 2011
Puding Kentang Karamel
Assalammualaikum
Belum sempat upload gambar jln2....jadi entry hari ni tayang gambar makanan lagi iaitu puding kentang yg dibuat beberapa minggu lepas.Wpun cuaca sejuk tekak terasa nak mkn puding...yg lembik2 gitu...nyaman je mkn.Teringin nak mencuba puding kentang ni lepas jamu mata di Fb....tak puas jamu mata kena rasa sendiri baru puas hati.
Kelainan sikit rasanya dari puding karamel biasa sbb letak kentang.T.kasih DJ yg berkongsi resepi puding ni....
Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya
Karamel :
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas
Cara-cara :
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
1 1/2 atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
2 cawan susu sejat/susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.-guna api atas bawah
Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
abg Syazrin suka puding ni.mama pula mmg suka puding tak kira puding apa.....
Mamasya yummy ni.Nampak macam cair dalam mulut je ni.
ReplyDeleteSalam Ma...
ReplyDeletekita lom pernah wat puding kentang caramel ni..hopefully before 2011 ends, dapat gak kita wat..yours looks sooo delish!!!!
salam mamasya...1st time Liza dgr nama puding ni...mst kenyang kan sbb letak kentang..
ReplyDeletedah ramai yg buat ni, saya lom lg..hehe
ReplyDeleteSalam Mama..Puding2 macam ni tak kira apa versi memang kegemaran saya..
ReplyDeleteDan thanks untuk info kari berkerisik tu..mana tahu sesekali nak rasa kelainan pada kari, bolehlah cuba cara tuuuu...
Wah!...sedapnya...sejuk nyaman makan puding ni kan mamasya...:)
ReplyDeleteSalam Mamasya, akak dah buat sweet potato flan tapi yang kentang ini boleh cubala...lagi pun resipi mamasya simple dan senang follow. Thanks for sharing!!!!
ReplyDeletenmpk sedap, kena cuba nih..mamasya...akk dah berada di Msia sejak 2 minggu lps.
ReplyDelete