Pages
▼
Thursday, January 5, 2012
Potato Munchkins
Assalammualaikum
Belum sempat update gambar2 utk pt. 2 Porto Marina, jadi tayang dulu Potato munchkins @ donut bulat yg dibuat beberapa minggu lepas. Kalau donut mmg jadi kegemaran anak-anak. Letak gulapun dah laku....kalau letak coklat lagilah cepat habis. Syakirah pula kalau mkn donut dia akan mkn gulanya dulu...dijilat licin gula melekat di donut baru dimakan donutnya...mkn separuh tak habis sbb dah tak da rasa manis....lepas tu bagi kat mama sambil cakap ni donut mama punya....minta mama habiskan sbb dia nak yg baru...saborrr je...
Mmg lembut donut ni patutlah ramai dah cuba donut letak kentang rebus...mama je ketinggalan keretapi baru mencuba.t.kasih buat Jun&Lela yg berkongsi resepi.
Potato munchkins
sumber; Jun@yummylicious asal resepi dr Lela.
Oleh;Dapurmamasya
BAHAN
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)
Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.
nota dapurmamasya
adunan ni agak lembik,gunakan sedikit gandum, letak di tangan semasa bentukkan doh.
senang buat donut bulat gini...gentel2 dah jadi..kecik...tomeii!
Ooooo mengodanya..bolehlah akak try pas tu nak salut chocolate...bagi naik tembam lagi badan ni
ReplyDeleteala cutenya munchkins ... ambik resepi dulu
ReplyDeletesalam mama...Liza dah lama xmengdonut...hihihi
ReplyDeletetgk bhn2 ni cm senang, nnt nk try jugak la....thnx yer mama
sedapnya tgk donut comel ni kak...bolatx2 senang nak ngap ni..hehe
ReplyDeleteAssalam mamasya,
ReplyDeletewah,potato muchins, confirm anak2 suka ni..
kita pun semalm baru buat donut kentang juga..anak2 buakn main suka sekali, sebab dah lama tak mendonut..hehe
Sedapnya donut2 comel ni...bila cecomel cam gini senang nak makan kan..:)
ReplyDeletecomelnya donut tu mamasya... anak2 pasti suka tgk nie...
ReplyDeleteHihihihihi.. Syakirah comel. Mana aci dah jilat gula pastu donat kasi mama hahahahaha so cute
ReplyDeletesalam kenal mamasya..dah cuba resepi nie. sedap sangat dan lembut jer.
ReplyDelete