Pages

Sunday, May 13, 2012

Genap Sethn di Perantauan



Assalammualaikum buat pengunjung semua dan slmt berhujung minggu...
2 hari lepas genap 1 thn kami sekeluarga di perantauan.Sekejap masa berlalu....tak terasa waktu berlalu begitu pantas. Alhamdullilah diberi peluang dan rezki untuk merasai pengalaman berada di negara orang.Sepanjang sethn di sini byk gambar yg telah diambil...antaranya tempat-tempat yg terkenal,suasana...budaya hidup di sini dan lain2 gambar kenangan. Ada yg telah dikongsikan di blog dan ada yg belum sempat.Antara gambar yg mama pilih utk entry sethn di perantauan spt di bawah....



Bila di negara orang sudah pasti seberapa byk tempat sejarah dan menarik harus dikunjungi untuk dijadikan kenang-kenangan...yg mana sebelum ni hanya dpt tengok di kaca tv atau internet sahaja. Piramid yg merupakan salah satu antara 7 Benda Ajaib di dunia antara destinasi yg paling awal dikunjungi.Lain2 gambar piramid boleh tengok disini.



Piramid dan Sphink


Sg Nil antara tempat yg pertama sekali dpt kami lihat sbb hotel penginapan semasa sampai ke sini terletak dpn Sg Nil.


View Sg Nil yg mengalir merentasi bandar...dg pjg sejauh 5584 km (3470 miles)Sg Nil merupakan sg terpanjang di dunia.


view sebahagian bandar Cairo...


Antara kenangan manis sethn di sini adalah memenangi tempat kedua acara regu campuran kejohanan Asean Badminton Tournement 2011. Masa ni baru 2 ke 3 minggu sampai. Dahlah dkt 3 thn tak pegang raket, sejak ngandungkan Syakirah. Mama berpasangan dg mr husben mara ke final setelah mengalahkan pasukan Thai dan Indonesia.


Mengunjungi Masjid Hussein yg berdekatan dengan Masjid Al-Azhar. Menurut setengah pendapat ada yang menyatakan kepala Saidina Husein dikebumikan di sini. Sesetengah pendapat lain pula menyatakan kepala beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al Munawwarah.
menurut sumber wikipedia; a mosque built in 1154. It is named for the grandson of Muhammad, Husayn ibn Ali, whose head is believed by some to be buried on the grounds of the mosque. Shī‘ah Muslims believe that the head of Husayn ibn Ali is with his body in the Imam Husayn Mosque in Karbala.[1] The mosque, considered to be one of the holiest Islamic sites in Cairo, was built on the cemetery of the Fatimid caliphs, a fact that was later discovered during the excavation. The mausoleum (dating back to 1154) is the oldest part of the complex.[2] The current building was built in the 19th century, and was influenced by Gothic Revival architecture. [3]

Rekabentuk masjid Hussein nampak begitu menarik....antara Masjid terkenal yg terletak dkt Bazaar Khalili yg mmg terkenal sbg tumpuan pelancong.


Ni pula Masjid Al-Azhar yg terletak berdekatan Masjid Hussein
sumber wikipedia; Masjid Al-Azhar (bahasa Arab: جامع الأزهر jami' al-'Azhar, masjid yang gemilang) adalah sebuah masjid yang dibangun oleh Panglima Jauhar Assiqilli di Kairo antara tahun 359-361 Hijriyah atau 970-972 Masehi atas perintah khalifah Muiz Lidinillah, dari Daulat Fatimiah. Masjid ini adalah masjid Islam yang paling terkenal sekaligus masjid kampus terbesar.Masjid ini dinamakan Al-Azhar sebagai isyarat kepada Zahra, julukan Fatimah az-Zahra, putri Rasulullah saw.Pada masa Daulat Mamalik, untuk pertama kali masjid ini berfungsi sebagai universitas dan pada tahun 1961 berubah menjadi universitas modern yang memiliki beberapa fakultas. Al-Azhar dianggap sebagai poros pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di Mesir dan dunia Islam. Mesjid ini memiliki lima menara dengan bermacam-macam tipe dan tiga mimbar. Di dalamnya terdapat perpustakaan yang sangat besar

Bazaar Khan el-Khalili yg menjadi tumpuan pelancong dan org tempatan.padat dg penjual dan org ramai terutama sebelah ptg dan mlm. Pada awalnya dikenali sebagai Turkish bazaar semasa zaman Ottoman period. dibina pada thn 1382 oleh Emir Djaharks el-Khalili. byk lagi gambar di bazaar ni....akan menyusul dlm lain entry.


Dah beberapa kali lalu tempat ini, mula2 ingatkan replika piramid tp rupanya tempat salah seorang presiden dikebumikan.


zoom dkt siapa yg ada di situ...para pengawal dg pakaian yg cukup menarik

view bandar berdekatan Sg Nil...

kalau melepasi bangunan di sini,nampak semuanya kelabu.....krn faktor cuaca di sini.

suasana biasa di sini jalan raya yg sentiasa sibuk dg kenderaan dan org ramai

keldai ditgh2 kesibukan jalan raya ....


Masih digunakan sebagai kenderaan pengangkutan brg di sini terutama utk mengangkut brg jualan,buah2an dan sayur serta sampah

lagi view bandar....

bab makanan pula....dapat merasa makanan Arab....spt mahsi, tokmiyah, kunafa, nasi mandhi dll

juga merasa roti Arab yg fresh

ada byk roti2 dijual di tepi jalan....tp kalau nak mkn biasa beli kat minimarket/supermarket


ni dia roti canai Arab atau Fateer bread...atau flat bread dan sejenis lagi roti Arab. org Arab mkn dg madu dan cheese.


sempat menghilangkan dahaga wpun roti penuh atas kepala...

budak2pun membawa roti atas kepala


org menjaja ubi keledek bakar.....

puas makan buah strawberry fresh yg murah sgt pd musim sejuk...dah masuk musim panas dah mula mahal.

ada kesempatan akan kongsi lagi gambar2 di sini..... budaya berbeza...suasanapun berbeza...

17 comments:

  1. dalam masa setahun tu mesti dah banyak pengalaman dan jalan2 kan mama... saya tumpang tengok gambar ajelaaaa ^^

    ReplyDelete
  2. Teringat kenangan semasa bercuti ke Alexandria dan Cairo. Seronok sangat. Pengalaman makan burung merpati di Cairo yang tak mungkin dilupakan. Insya Allah, bulan Oktober akan ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. Salam Mama..
    wahh bestnye.. walaupun tak pernah sampai sana, tp dah 'sampai' juga through blog mama. mama pun dah setahun ya merantau? sama la kita

    ReplyDelete
  4. Tak tahan tengok roti canainya tu, besar gedabak, boleh habis ke kalau makan? Org arab style makan dia mcm matsaleh kan? size besar2.

    ReplyDelete
  5. Mamasya: jauh perjalanan banyak pengalaman...nanti boleh lah Mamasya kongsi kongsi resepi arabic....

    ReplyDelete
  6. Waw..terpegun Rahel tengok gambar2 ni..walau pun belum sampai sana tapi dengan adanya gambar2 ni terasa dah sampai kat sana pulak..bets2..teruskan share lagi gambar2 dari sana ye..

    ReplyDelete
  7. Seronok bila boleh tengok negara orang....

    ReplyDelete
  8. salam..seronok tengok tempat2 yang dah dilawati dan sedar tak sedar dah setahun yer..makanan yang dibeli pun menyelerakan..yummy

    ReplyDelete
  9. Sekejap je setahun dah berlalu..
    Mmg best dapat mkn strawberry yang besar2 dan manis tu. Kat Mesia, stroberi masam oooo...

    ReplyDelete
  10. Ada umur kita jumpa lagi & dpt merasa masakan akak. Akak mmg berbakat bab masak2 ni...sukan pun boleh...tahniah menang badminton.

    ReplyDelete
  11. pejam celik... dah setahun kat sana.....gerammyer tengok strawberry tu...

    ReplyDelete
  12. Salam Mama..

    Alaaa...baru setahun..kan.kan...hehe.Thanks share gambo2 menariks dan info cerita sana.Tak merasa dapat e-vacation pun jadilah...moga mama & family baik2 sahaja kat sana..muahhhh!

    ReplyDelete
  13. assalam
    setahun sudah ye, cepatkan masa berlalu ni
    suker tgk strawbery bertimbun tu..eeiii sedapnya

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...dah setahun dah akak kat sana yer.saya pun dah dekat 3thn kat sini terasa cepat masa berlalu.sedar-sedar nanti saya pun dah blk Msia pastu tak tau pula nk kemana.

    suka tgk akak share pengalaman kat sana..harap adalah rezeki nk melawat cairoa juga satu hari nanti:)

    ReplyDelete
  15. bestnya ..terasa2 mcm kita pun kt situ jgk tau..gambar2 menarik kak..terus share dgn kami yer..:)

    ReplyDelete
  16. seronok tgok pengalaman mamasya dkt sana. sy ada cita2 nak pegi berguru ngaji dkt sana. tp tergendala sbb masa tu mesir tgah bergolak.

    ReplyDelete
  17. Kita pun ada kat Egypt! :) Tgk makanan mamasya teringat Msia :( baby_pinkylady@yahoo.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.