Pages

Friday, July 27, 2012

Ayam Goreng Berempah & Kerabu Tomato Bilis



Assalammualaikum dan slmt berpuasa
Dah seminggu kita berpuasa....sekejap masa berlalu.Sejak puasa ini belum berkesempatan nak pusing2 tengok suasana belah ptg di sini tp tiadalah suasana meriah spt bazar Ramadan untuk dikunjungi...yg jadi tumpuan belah ptg adalah gerai2 yg jual roti Arab. Bulan Ramadan ini waktu pejabat dipendekkan,waktu bekerja sampai pukul 2 ptg dan kebanyakkan kedai tutup sewaktu berbuka puasa dan buka semula selepas itu. Restoren2 juga ada membuat penghantaran makanan ke rumah utk berbuka..hanya tel saja atau order on line.
Sekadar berkongsi menu yg ringkas....mungkin ada yg sedang mencari resepi utk masak ayam buat berbuka...mama kongsikan Ayam Goreng Berempah yg dimasak beberapa minggu lepas.Resepi seperti dibawah;

Ayam Goreng Rempah. Fried Chicken with spicy coriander.
Sumber; Fp Chef Joha
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2nya
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa)
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk).
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2.


bulan Ramadan ni....utk lauk ayam mama suka yg ringkas,goreng2 gini tp anak2 pula suka yg bakar dan berkuah.nanti akan kongsi resepi ayam bakar kegemaran anak2...

Kerabu Tomato Bilis


Kerabu tomato bilis ni buat masa hari Ramadan pertama.selalu buat bila tak da idea nak buat sayur apa. suka rasa masam dan kerangupan ikan bilis.buatnyapun mudah campur semua bahan dan tambah garam, gula dan cuka secukup rasa...lebih kurang mcm acar timun mentah.

Berkongsi Perkara Berkaitan dgn puasa
Sunat-sunat puasa
a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
sumber ; www.Al-Azim.com
Slmt berbuka Puasa buat semua.....

12 comments:

  1. assalam ziela..
    ayam goreng berempah mmg sedap. anak2 kat rumah memang tak jemu2 ngan lauk ayam.. kdg kering idea nak masak apa..

    dah penuh koata untuk gambar dlm blog ni? alamakk.. pasti akan jadi camtu jugak kat blog ratna... kalau jadi camtu nnt kena tanya kak ummi & ziela jugalah minta pertolongan.. hehe...

    ReplyDelete
  2. salam mamasya,baru malam ni tau nama U Ziela ketinggalan jugak kan kak Noor ni,terimakasih utk Madihaa aka Ratna ya ..

    akak pun macam teringin jugak nak buat ayam tu nampak sedap ja boleh jugak makan dgn nasi lemak sedap jugak ni...

    thanks berkongsi info yg selalu kita jadi lupa kekadang tu kan boleh lah cek balik apa yg kita buat selama ni

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada restoran yang boleh hantar makanan ke rumah untuk buka puasa.... ayam goreng berempah tu nampak sedapnya Mamasya!

    ReplyDelete
  4. salam mamasya. bundo ambil resepi ayam ni. Nampak menyelerakan. TQ.
    Harini ingat nak buat nasi lemak. Sedap dimakan dengan ayam ni rasannya...

    ReplyDelete
  5. salam syg mama,ank2 mesti suka ayam mcmnie..memang kena dgn tekak diorg kan..boleh cuba jgk nnt nie..x kering idea nk masak apa hari nie..hehe:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mama;
    Sedapnya...nnt Kak Lin copy resepi...mesti anak2 suka makan ni...

    ReplyDelete
  7. ayam goreng berempah mmg best lah match ngn apa jua hidangan kan mamasya... nasi panas, mee goreng, bihun, nasi impit semua sedap dinikmati bersama ayam goreng berempah... kena salin resepi nih nampaknye..hehehhe

    ReplyDelete
  8. husband faveret sgt ayam goreng rempah, seminggu sekali mmg menu wajib. tp bulan puasa ni belum buat lagi. :D

    ReplyDelete
  9. kerabu memang fav saya kaka.... nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan mama.... kalau bab ayam goreng cenggini mmg laku ajer kat umah nih... dah tak bes klu goreng garam kunyit.. boleh tahan demand.. mujur dpt isteri dan ibu mitahli mcm kiter ni kan kak.. muekekekekeke

    ReplyDelete
  11. waw sedap sekali bikin perut keroncongan saja... saya lagi konsumsi Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional apakan tidak apa apa makan makanan ini???

    ReplyDelete
  12. Really your blog is very interesting.... it contains great and unique information. I enjoyed to visiting your blog. It's just amazing.... my blog: Penyebab Batuk Kering

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.