Pages

Thursday, August 30, 2012

Ayam Percik di Raya ke 2




Assalammualaikum dan terimakasih mengunjungi Dapurmamasya.Jua Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua dan slmt bercuti.
Dah masuk 12 Syawal....masih dlm mood rayakan semuanya....di sinipun sama...masih ada open house sesama Msia. tp org Arab disini bagitau yg mrk hanya beraya selama 3 hari sahaja....kita lagi meriah beraya sebulan Syawal.
Berbalik pd entry hari ni nak kongsi menu ayam percik yg dimasak pada hari 2 Syawal...mulanya nak masak ayam rendang tp saja tukar selera masak ayam percik. Masak ayam utk makan belah malam sbb siangnya kami keluar beraya. Mama masak dlm 3 ekor utk menjamu 2 famili yg dijemput beraya di rumah kami sbg kunjungan balas....bukan open housepun...belum sempat lagi. Jom tengok resepinya....

Ayam Percik
sumber; Yani@MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 4 orang )
1 sekor ayam yang dipotong 4 - mama potong kecil
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan *masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Nota dapurmamasya; oleh krn guna santan dalam tin maka ditumis semua bahan2 yg diblend, ayam digaul dg tpg beras. bila bahan yg ditumis garing dan wangi barulah dimasukkan ayam, kacau seketika dan masukkan santan. sambung langkah seterusnya spt di atas *. 3 ekor ayam guna 1 tin santan dan tambah dg secukup air.

ayam percik yg pastinya mmg enak.....

jumpa entry seterusnya.....apa menu lagi yg dihidangkan bersama ayam percik ni....

6 comments:

  1. Selamat Hari Raya Mamasya dan selamat menyambut hari Merdeka...bestnya dia orang dapat makan ayam percik..saya suka sangat ayam percik.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak...lama x menjenguk 'dapur' akak nie...sekali jenguk nie ha...amboi...lauknya kemain lagi mengancam gitu !....:)

    ReplyDelete
  3. Salam, memang sedap nampak. Saya ada buat version kuah putih seperti di http://cooking-engineer.blogspot.com/2012/08/ayam-percik-kuah-putih-roasted-chicken.html

    ReplyDelete
  4. Alahai... 3 hari je diorang sambut raya ye Mamasya... kita beraya sebulankan! Sedap tu ayam percik dia... makan dengan nasi himpit ke...

    ReplyDelete
  5. slmt hari kemerdekaan

    memang enak ni, entah bila nk cuba sendiri he he

    ReplyDelete
  6. sedapnya ayam percik itu mamasya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.