Assalammualaikum.....bersua kembali, moga semuanya sihat ceria.
Baru beberapa hari tak update blog....dok teringat2 pula...tetamu dah tiba di rumah pagi Isnin. Dari Isnin hingga Rabu...bawa mrk jalan2 dan shopping sekitar Cairo. Xtvt masak2 tak adalah sgt sbb byk keluar. Esokpun rancang bawa jalan2 lagi...meraikan tetamu sebelum mereka balik hari sabtu nanti.
Lapang sikit ni dptlah mama update blog...lagipun gambar dah upload dlm draft, iaitu Daging masak hitam yg dimasak baru2 ni...resepi dah lama print tp baru sempat membuatnya.
Spt komen Ratna, sedap masakan daging masak hitam ini....dan ikut selera mama pun sedap rasanya , t.kasih Ratna & Ida berkongsi resepi. bahan2nyapun yg biasa ada di dapur...
Daging Masak Hitam
Sumber; Dari Dapur MadihaA & Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita
Oleh; Dapurmamasya
Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah
Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)
Kalau ada yg berkenan silakan mencuba daging masak hitam ni....
Aslmkm Mamasya & Syakirah! Harap syakirah ceria2 selalu. Liana pun dah beso pjg sekarang ni. Lauk camni mmg kesukaan anak2 Along kat rumah ni.
ReplyDeleteAnak akk gerenti suka masak mcm ni...
ReplyDeletesalam mama..n syakirah tomeiii...
ReplyDeletemasak mcmne laju jew diorg makan kak kak..zila suka mkn dgn roti ..berkeping2 abis ..tanpa sedar.:))
mamasya,nampak sedap ni.
ReplyDeletememang lh nmpk sedap.nk cuba lh macam ni
DeleteSalam mamasya. Nampak sedap nanti boleh cuba resepi ni.
ReplyDeleteSalam mamasya. Nampak sedap nanti boleh cuba resepi ni.
ReplyDeleteAs salam mamasya sedap nampak...teringat zila, suami suh try wat daging masak hitam raya ni...Tapi kalau kat Sarawak dorang masak blend sekali kismis, mamasya...tapi zila lum penah try letak..Bila lik kg suami sedap nya makan hehehe...
ReplyDeletesalam mama, sedap ni makan ngan pulut..
ReplyDeleteSalam Mamasya...daging masak hitam menggamit selera...
ReplyDeletewaduh kak, orang seberang laut dah buat rendang pagi2 ni, org kat sini makan kat kenduri kahwin je..heehe
ReplyDeleteSalam Ziela..
ReplyDeleteboleh telan air liur tgk lauk yg Ziela masak ni.. teringat2 kesedapannya tu... t.kasih mencuba..
as-salam
ReplyDeletewah.. sedap2nya hidangan untuk hari ini..sungguh menyelerakan kak..
terliur nya....makan dengan nasi panas2 sedap nie..
ReplyDeletesedap ni daging masak hitam,boleh simpan resepi utk hariraya haji nnt Mamasya heee
ReplyDeleteAssalamualaikum mamasya...
ReplyDeletetengok daging masak hitam ni, teringat dendeng adik nani.. hari tu balik raya, sblm adik bertolak balik kelantan... smpt nani soh dia wat dendeng utk nani.. ngidam dendeng dia raya tahun lepas.. sib baik sempat makan... masak hitam ngan dendeng sama tak? mcm same je kan.. tapi nani tak tau dendeng wat camne..
skali pandang mcm rendang pon ade ni...nmpk berempah...
ReplyDeletetentu sedap ni kan...
memang sedap daging masak itam ni Mamasya. Lama tak makan. dulu Mak yg selalu masak ni. sekarang Mak pun dah uzur, kenalah masak sendiri.
ReplyDeletepergghhhh, mkn dgn nasi impit sodap ni...hiihhii
ReplyDeletesalam mama...terliur tgk... ;D zila66
ReplyDeleteZila.silalah mencuba..
Deletedaging masak hitam fav menu anak anak di rumah.. nyaman nya.. ;)
ReplyDeletesedap.... i like.
ReplyDeleteassalam mamasya
ReplyDeletekat kg akak tiapkali kenduri kawen inilah menu utamanya he he daging masak hitam, sedapp buat kita makan nasi bertambah-tambah la
akak memang suker sgtlah tu yg suka g majlis kenduri kawen kat kg he he
mmg sedaap nii..tapim lahai..fobia nak masak daging nih!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Mama :D
ReplyDeleteSedapnya! Boleh cuba ni....
Note : Mama nnt boleh tak Mama pos pic Kak Mah dan Kak Lus masa disana...rindu pada mereka berdua lama tak jumpa....
Dear mamasya, last minute, we changes plan to go to Cairo today. Just for a short visit. Lusa balik semula ke Alex. Can I have your number, in case ada nak tanya apa apa. Sms to my hubby 6019 2214555
ReplyDeleteSalam sis Azie. slmt dtg ke Cairo. Tahniah konvo Nana!sila check sms & msg di Fb.
DeleteSalam Mamasya,lama tak jenguk resepi mama,sedapnya daging masak hitam,my favorite...seperti kata komen kat atas tu,orang sarawak memang tambah kismis yang di blend dan gula apong..itu yang bezanya dengan masak hitam biasa...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUhu..sedapnya! Boleh di cuba cik
Slm mamasya.. suri bru jew try buat resepi dgg nih tdi. nway my hubby suka.. thanks perkongsiannya..
ReplyDeleteSalam....hmmmm...resi nmpk mcm sedap2 belaka. Instruction jelas. Org yg tk pndai masak mcm sy ni pun blh masak dgn sedapnya tau..huhu....semoga diberkati allah atas prkongsian ilmu ini...
ReplyDeletenampak sedap dan menyelerakan. InsyaAllah akan dicuba.
ReplyDeleteAdamuji...saya dan isteri baru saja mencuba memasak daging masak hitam..eeem...fuuuh memang beselera lah untuk berbuka puasa. Suami lah yang test dulu sebab dia tak puasa. Waaah...demam selsema ingus asyik meleleh kat tekak...batal kut?. Kawan kawan mari lah mencuba. Jangan malas masak sebab daging masak hitam memang ada uuuuummmh.
ReplyDeleteDaging masak hitam ni mmg sedap..sesuai sangat untuk hari raya..tapi..kalau letak sedikit gula @ pun gula melaka....huh...perghh lagi rasanya...
ReplyDeleteAssalamualaikum..wow sedapnya tergoda di buatnya.
ReplyDeletesalam...sy mmg suka makan daging masak hitam nie ...nk tnya kenapa sesetengah ada yg bubuh buah kismis ye? perlu sngat ke???
ReplyDeletesedapnya...kena cuba ni..
ReplyDeleteBisnes Shaklee Boleh Diwarisi Anak-Anak
salam mamasya..sy tgh otw beli daging di chowkit ni nak mencuba...thanks berkongsi resepi..;)
ReplyDeleteemm..esok nk cuba lh msk..mcm sedap jer..mcm sng jet.. :)
ReplyDeleteif ada sesiapa yg nk g kursus pengendali mknn blh call 0176398700..tq
Sy dh cuba..mmg tbaik dan sedap..suami tambah banyak kali.
ReplyDeleteSy dh cuba..mmg tbaik dan sedap..suami tambah banyak kali.
ReplyDeleteNk tukar ngn daging aym bleh x?
ReplyDeleteBoleh pakai ayam tak?
ReplyDeleteBoleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Klu nk than lame cmne.. Cm 2 hri pun boleh mkn lg t
ReplyDeleteDaging masak hitam yg selalu mkan kat kenduri tu masak ape nama ek??
ReplyDelete