Assalammualaikum buat semua dan slmt berhujung minggu
Utk minggu ini mama nak kongsi gambar2 sekitar Masjid Al-Azhar yg diambil semasa membawa tetamu dr Msia berjln ke sini. Masjid Al-Azhar merupakan salah satu destinasi terkenal kpd sesiapa yg melawat ke mari kerana merupakan antara masjid yang terkenal dan sebagai masjid kampus terbesar.
Masjid ini dinamakan Al-Azhar sebagai isyarat kepada Zahra, julukan Fatimah az-Zahra, putri Rasulullah saw.Masjid Al-Azhar yg cukup terkenal kerana di sini bermulanya Universiti Al Azhar yg terkenal seluruh dunia....iaitu universiti ke 2 tertua di dunia ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.sumber; Wikipedia.
laluan masuk ke Masjid.....suka tengok seni bina pada dinding masjid yg begitu berseni...
Pada masa Daulat Mamalik, untuk pertama kali masjid ini berfungsi sebagai universiti dan pada tahun 1961 berubah menjadi universiti moden yang memiliki beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai pusat pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di Mesir dan dunia Islam. Masjid ini memiliki lima menara dengan bermacam-macam jenis dan tiga mimbar. Di dalamnya terdapat perpustakaan yang sangat besar.sumber; Wikipedia.
dlm kws masjid....lapang tp penuh digunakan pada waktu solat Jumaat.
sisi masjid
di dalam masjid....penuh karpet merah
menurut mr husben biasanya dalam masjid ini juga pelajar2 mengulangkaji pelajaran dan mengadakan perbincangan.
wanita Arab membawa roti di kws dpn masjid...
dinding dan pintu diukir....dlm gambar tak jelas sgt.
kesibukan dpn masjid
berhadapan...seberang jln masjid Al-Azhar adalah Masjid Husein. Di dalam masjid ini terdapat makam [kepala] Sayyidina Husein, cucu Nabi Muhammad SAW yang semulanya dimakamkan di Asqalan (Palestina) kemudian oleh Dinasti Fathimiyah dipindah ke Cairo. Versi lain dari sejarah mengatakan bahwa makam ini dipindahkan ke Turki oleh Dinasti Osmani. sumber; sini.
pada mulanya nak masuk dlm Masjid Husein utk ke melihat makam Sayyidina Husein tp pintu ke kws makam ditutup pada masa itu.
kws dpn masjid...byk cafe..
lorong tepi masjid....ada kedai2 dan gerai jualan
bawa tetamu jln2 ke Khan El Khalili yg mmg terkenal sbg pasar pelancong.biasa bas rombangan akan bawa pelancong ke sini....belah ptg mmg sesak dg pengunjung.
mcm2 brg ada dijual disini.....byk kedai...
cuba teka ni batu utk apa....
ada kedai perabut dr karangan laut....cantiklah
lagi perabot yg dijual
org bawa roti junjung atas kepala
Syakirah berkenan dg beg unta ini.....tak payah belilah Syakirah, dah byk unta kat rumah
kedai rempah.....jual roselle kering....rebus tambah gula...jadi jus roselle.
more pic Khan El Khalili akan dikongsi kemudian....jumpa lagi..
Sonoknye mama cantik plak tuh
ReplyDeletebest nya dpt jalan sana sini mamasya, syukurnya dpt masuk masjid yg bukan semua orang dpt kesana, rezeki mamasya kan dpt tengok tempat orang mana tau suatu hari akak berkesempatan kesana alhamdulillah
ReplyDeleteteringin jgk satu hari nanti nak pergi sana..
ReplyDeleteAs salam wbt ka. Zila & si comel Syakirah,
ReplyDeleteMarya nak tnya mcmana mamasya berkomunikasi dgn org2 di Egypt? Sebab di sini bukan semua org Mesir yg pandai berbahasa Inggeris... Hanya berbahasa Arab je... Pak syeikh yg jd imam di masjid pun mcm tu... Kalau pandai pun sikit2 ja... Mamasya mesti pandai berbahasa Arab kan... untungnya :))
Kak, batu tu utk gosok kaki ke? hahaha...macam batu gosok daki kaki je... ;)
Akak tak beli ke perabot dr karangan laut tu? Unik tu kak! Rambang lak mata saya...hikhik...
Kalau rumah akak byk koleksi unta, nampaknye kami di sini kena byk koleksi llama & alpaca lah...hehehe...
Take care kak! :))
Insya Allah semuga suatu hari nanti tempat ini akan dijejaki jua denganizin Allah....aamin..mamasya lama lagi ke kat sana??
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak..Terima kasih atas paparan demi paparan dari sana..walau tak berkesempatan menjejakkan kaki kesana tapi masih berpeluang melihat keindahannya walau melalui gambar....
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.