Pages

Monday, June 3, 2013

Trip to Dumietta &Lunch di Rumah Orang Arab (Pt1)



Aslmkum buat semua dan tkasih juga yg tinggalkan komen di entry sebelum ni.
Slmt berhari minggu dan selamat bercuti juga buat semua.Cuti sek skrg pasti ramai yg ambil peluang bawa anak2 jalankan...balik kg...anak2 tentu ceria dpt bersama ibu dan ayah. Cerita bawa jln anak2......nak kongsi kisah kami bawa anak2 ke Damietta atau Domyat pada awal Mac lalu.Kami pergi 2 famili. Domyat ni juga dikenali sebagai Damiata adalah sebuah pelabuhan yg terletak hampir di penghujung Sg Nil dan 15 kilometer (9.3 batu) dari Laut Mediterranean, kira-kira 200 kilometer (120 batu) di utara Cairo.Perjalanan ambil masa dkt 3 jam lebih juga..maklumlah keadaan jalan di sini tak elok sgt .


Kami bertolak awal pagi dan singgah di sebuah restoren yg terletak dlm kws pokok tamar...redup.selesa juga restoren ni luas dan ada disediakan surau & toilet.


antara bekal yg dibawa...bihun goreng, nasi lemak, roti sardin , kerpok & minuman. nasib baik restoren ni sporting bg kami buka bekal kat restoren mereka. tp kami order juga hot drink dg restoren.


seronok makan beramai2 begini...tambah dibawah pokok tamar yg redup


abg Syazrin...senyum sokmo....


dua beradik santai...


Ada Mat Arab berkenan pula nak ambil gambar mereka berdua


Syakirah naik tuk tuk yg ada dpn restoren....dpt juga Syakirah naik setelah lama dok sebut nak naik.


selesai mkn meneruskan perjalanan...melepasi kws menghijau..


melepasi sg..


cantik air membiru..


ada rumah kecil tempat berehat....rumah nelayan di sini kalau tak silap


cantik view kg...bunga kuning tepi jln dg air sungai..


Dah sampai bandar Domyat....yg terletak di tgh2 Sungai Nil yg biru cantik...


kebiasaan rumah org Arab dari luar nampak tak cantik sbb faktor cuaca berdebu tp dalam rumah elok.


dahpun sampai di rumah Dr A yg menjemput kami lunch di rumahnya.Mula sampai kami di bawa ke tkt 2, dijamu minuman sejuk dan panas serta bun & cake. lepas itu naik ke tkt 5 utk lunch. rumah Dr A ni dlm 1 bgn, ada beberapa tkt dan setiap tkt cukup luas.ruang tamu terletak di tkt 2, dining hal & famili area,dry kitchen tkt 5, dapur tkt 6...guna lif kalau nak ke lain2 tingkat.


bestnya view begini...dari tingkat 5 rumah Dr A nampak Sg Nil mengalir tenang.


lunch kami dihidangkan dg seafood sbb Dumyat terletak di Sg Nil dan dkt laut Mediterranean


juga dihidangkan dg buah2 dan pencuci mulut.dlm 2 botol hitam itu air buah...jus tempatan.


starter roti dan salad dihidangkan di meja


udang grill....kami meratah udang...sedapp sbb udang fresh..


udang juga...masak kukus.


udang, ikan yg hitam itu ikan mullet yg dibakar, wpun bakar sampai hitam tp isinya sedap.cuma kalau dpt cicah dg air asam...lagi enak.ikut org Arab ikan mkn gitu saja tak da cicah.


ikan mullet bakar juga tp bakar dg sedikit rempah


sotong dlm kuah tomato & digrill


ikan mullet juga



dihidangkan dg manisan yg pelbagai.bandar Domyat mmg terkenal dg manisannya.


roti Arab


manisan ini pertama kali mama rasa, chewy sikit rasanya dan ada kacang pitachio di dalam


manisan yg ditabur kacang di atas


baklawa...favorit mama


yg ni manisan di sira


manisan tabur kacang lagi


ni pula hirisan tipis kelapa muda dan disira...


pelbagai buah-buahan yg disusun cantik, bukan hiasan tp sediakan utk kami.kalau nak mkn...ambil kupas dan potong sendiri.


Syakirah suka makan buah strawberry..lepas sebiji...sebiji..


makanlah byk buah2an bagus utk kesihatan...pesanan dr Syakirah...


selepas makan kami bertolak ke destinasi seterusnya...sepjg jln Sg Nil


cantik sgt view ni....Sungai Nil yg biru dan bandar Domyat


lagi view yg menarik....tenang air Sg Nil


lagi gambar Sg Nil


dah keluar bandar Domyat...cantik sepjg jalan dg view Sg Nil


bot dan kapal...


zoom kapal-kapal nelayan..


lagi view menarik......


nanti bersambung... PT 2. Destinasi seterusnya ke Raas Elbar, pertemuan penghujung Sg Nil dg Laut Mediterranean...jumpa lagi..

8 comments:

  1. yeay dpt jgk zila jenjalan sana tgk pica mamasya..ikan apa tu kak..besar sungguh

    ReplyDelete
  2. Byk gambar menarik...menu pun sedappp...mmg puas hati tetamu kan...:-)

    ReplyDelete
  3. besnye mamasya...makann sume sedap2...:)

    ReplyDelete
  4. Salam Mamasya,
    Org arab ni suka agaknya dengan budak2 melayu ni kan. Siap amik gambar lagi tu. last year balik msia pun ada yg minta amik gambar anak2 umi. Kelakar pulak.
    Wah bestnye tengok Sungai Nil.. sebelum ni cuma dengar aje. Banyaknya makanan kat rumah tuan rumah tu. hee rumah sampai berapa tingkat tu sampai kena ada lif? hebat betul lah :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya jenjalan cari makan..cuci mata hehe...
    Sejukkk jer nengok Sg.Nil tunn..
    Paling paling menagkap mata ialah Udang Grill...sangat sedap tuh..
    Psstt..model buah stoberi tu menten comey hik2

    ReplyDelete
  6. salam kak..

    wah, ternganga mulut lihat macam-macam juadah yang dihidang di rumah orang arab tu..paling best ada seafood dan pelbagai jenis manisan..bestnya..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah! Macam2 makanan ada... bestnya! Tu suka saya tengok Mat Arab terbongkok2 amik gambar he he ehh

    ReplyDelete
  8. besnyer tgk mama jalan2.. bab makan paling best lebih2 lg baklava.. kita pon suker gak tau mama! hihihi..... geram tgk model kecik tuh... jelin mcm tak kasi mkn sama jer.. kekekeke

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.