Pages

Saturday, October 12, 2013

Mee Jawa hidangan hujung minggu



Aslmkum buat semua. Selamat Berhujung Minggu....
Lepas nasi Arab mari jamu mata dg Mee Jawa pula....mee jawa ni buat sbb mama teringin nak mkn pada hujung minggu lepas, wpun bahan2 ada yg tak cukup tp buat juga sbb yg penting bahan2 utama lengkap.Utk mee kuning, mama ganti dg spaghetti....tak sempat nak buat mee kuning. Bahan utama spt keledek.....mmg sentiasa ada jual dg harga yg agak murah, dlm RM1.50-RM4 sekg.itu yg mama biasa ada stok keledek di rumah sbb kami sekeluarga suka mkn kuih cek mek dan utk masak kuah mee.
Mee jawa....juga lain2 mee yg berkuah anak2 suka mkn, jadi kalau week end pasti ada makanan berkuah yg akn dimasak utk hidangan keluarga.Mereka ulang mkn tgh hari dan malam.


Utk kuah, mama tak guna air rebusan daging tp mama gunakan lebihan sup tulang yg mama masak sebelum itu (tapi campur dg air lagi), cepatlah sikit nak menyediakan kuah. Dan sesiapa nak mencuba Mee Jawa....mana tahu ada rezki dpt daging korban Raya Aidiladha nanti boleh tengok resepi penuh spt dibawah.

Mee Jawa
Sumber FB Resepi Masakan Moden
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)- ganti spaghetti
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


Kuah Mee Jawa kena pekat2 sikit...


Siap terhidang.....dah boleh mkn.

Pada pengunjung blog mama yg nak berminat nak tengok jubah , masih ada lagi jubah, sila klik promo jubah atau emel mamasya;mamasya70@gmail.com.

4 comments:

  1. wahhh....ganti dengan spaghetti ye.. tak pe yang penting semuanya suka.. itu lagi penting.

    murahnya keledek. i rasa mahal lagi kat malaysia kot..

    ReplyDelete
  2. Salam mamasya...sedapnya..tengok gambar pun dah terasa kesedapannya. Nak cuba buat juga nanti.

    ReplyDelete
  3. salam mamasya..

    em, Nampak sedap sangat mee jawa tu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.