Pages

Thursday, October 31, 2013

Misi Mencari Unta & Biri2 Korban



Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera.
Kali ni mama nak kongsi gambar2 sehari sebelum Raya Aidiladha yg lalu, iaitu Misi Mencari Unta & Biri2 Korban. Tapi bukan mama yg pergi, mrhusben yg pergi sama mencari unta dan biri2 untuk majlis korban bersama pelajar dan rakyat Msia di sini.Wpun mama tak pergi sama tp mama nak kongsikan gambar2 utk semua pengunjung dapurmamasya dan sbg kenang-kenangan kami juga.
Menjelang hari raya Aidiladha....kebiasaannya ditepi2 jalanraya byk biri2 yg dijual untuk korban. Selain itu unta dan lembupun ada.tak payah nak ke ladang ternakan utk dptkan binatang korban. Kalau bukan menjelang Aidiladhapun ada juga binatang ternakan yg dijual tepi jln iaitu dkt tempat kedai jual daging sembelihan cuma tak sebyk bila menjelang Aidiladha. Berdasarkan apa yg diceritakan oleh mrhusben semasa mencari binatang korban di ElWarroq, Embaba, Cairo, mama kongsikan kisah dan gambar-gambar utk tatapan semua pengunjung;


Misi bermula dg menuju ke ElWarroq, Embaba, Cairo. iaitu kws yg terkenal dg tempat byk jual binatang ternakan.


biri2 dilepas tanpa tali di tepi jalan. yg peliknya tak pula biri2 ni lari ke jalan raya.


lepas biri2....jumpa pula unta yg dijual tepi jalan.


teruskan perjalanan mencari lagi. kelihatan tut-tut yg digunakan utk mengangkut penumpang.


jumpa lagi biri2 yg dijual ditepi jalan.


daging biri2 pun ada dijual.senang potong terus jual di situ.


dkt situ ada org jual buah2an dan sayur


perjalanan diteruskan.....tengok atas jalan.kereta ada, kereta kuda ada, basikal...unta dan biri2 sepjg jalan.


kambing dan biri2 lagi.....



lagi......byk betul org jual biri2.


kanak2 tengah tengok biri-biri....


lagi kedai jual daging


org potong daging sebelah je tempat unta..


unta bebas berlari di jalanraya.


unta sdg mkn rumput sama2......


lagi tempat jual daging


besar dan pjg peha.....daging unta agaknya ini


tengok unta...betul2 di tepi jln utama.tak diikatpun.


kereta kuda masih digunakan sbg pengangkutan hasil pertanian /jualan sayur & buah2an.


juga keldai masih byk digunakan . kalau keldai selain angkut hasil pertanian/jualan sayur & buah2an juga digunakan utk angkut sampah dari setiap bgn.


kereta kuda lagi, nampak tak buah2an bergantungan....itu kedai jus buah.


tengok unta dok atas jalan raya juga, tak hiraupun kereta lalu.


jualan sayur2 tepi jln.dkt tempat kedai jual daging


view sekitar....jual sayur, jual daging, unta dan lembu


lagi biri2 utk dijual


kambing biri2 ni dah dibeli.seorg menolak dan seorg tukang tarik, nampak mcm berat hati je biri2 ni nak tinggalkan kwn2nya.


setelah memilih....maka inilah 2 ekor biri2 yg dibeli utk majlis korban.


kat tempat sayur tadi.mama tak pasti apa yg keping2 putih itu,kalau dah tahu namanya mama update nanti. update 3/11/13 - kepingan putih tu namanya Ish Fatawi sejenis roti kering nipis yg rangup tp tawar , dimakan terus cicah dg cheese.


lagi kambing, biri2 dan lembu utk dijual.ada biri2 yg dah siap bertanda pink tandanya dah ada org tempah.


timbunan daun kering sbg makanan binatang ternakan


setiap biri2 yg dibeli ditimbang berat utk tentukan harganya


beli juga besi utk gantung daging masa melapah nanti dan pisau melapah/potong yg ada dijual di sini.

akhirnya...inilah unta yg dipilih utk acara korban, agak besar saiznya.harga berdasarkan saiz, unta ini 12,000 LE(RM6,000).berat tak timbang, mana ada penimbang besarkan.


sedang usahakan agar unta naik atas kenderaan itu


berjaya juga unta dibawa naik


biri2 yg dibeli tadipun dimuat sama. selesai sudah urusan membeli unta dan biri-biri.


kelihatan budak perempuan dengan ayah/atoknya membawa keldai yg penuh dg daun2.



perjalanan diteruskan menuju satu lagi destinasi


inilah tempatnya....kedai menjual pelapik kayu besar utk memotong daging korban nanti.beli bbrpa kayu pemotong di sini. dan menurut mr husben, setiap tempat selain membayar harga brg yg dibeli termasuk unta dan biri2, perlu juga membayar baksis/tips kepada pekerja....dah jadi budaya di sini bg baksis pada pekerja atau jurujual yg membantu


pekerja sdg memotong kayu


selain kayu pemotong ada juga org tempah buaian dan pondok kecil


last pic, bukan saja unta dan biri2 dibeli tp makanan utk mrk juga dibeli.makanan sedang diagihkan sebelum dihantar ke tempat kurungan sementara binatang korban sebelum acara korban esok paginya.
Nanti mama kongsikan kisah seterusnya, iaitu kisah Hari Raya Aidiladha dan acara korban.Selain 1 unta dan 2 biri2 ada 1 ekor lembu dan 2 biri2 lagi utk acara korban pada hari pertama itu.

12 comments:

  1. Meriah nmpk sambut aidiladha....klau msia ni...tpi jln jual lembu kambing cmni....camne rupanya gaknya...bnyk accdnt jdinya...hehe...

    Mamasya...sy pun nak tau gak apa bende putih tu...mcm kulat ke?

    ReplyDelete
  2. bestnya pemandangan disana..meriah sangat la..

    ReplyDelete
  3. salam rindu mama,
    menariknya kat sana kan..aidiladha disambut besar besaran..puas tgok pic kat atas tue..seolah2 macam kt sana je.

    ReplyDelete
  4. amboi penuh sesak dgn haiwan2 je atas jalan ye. heheh jenuh le hon klu ada kereta nak cross. btw tertarik nampak yg pondok kayu tu. klau bt playing hse anak dara cun tu.

    ReplyDelete
  5. Saya tingin sangattttttttttttt nk rasa dgg unta tp x penah lg jumpa kt mn2... tgk gambar2 mama nj best je

    ReplyDelete
  6. kenapa unta2 tu nampak macam kurus ya?

    ReplyDelete
  7. ternakan tu kalau boleh bercakap mesti berlumba2 nak dirinya yg terpilih. dok sana tak masak daging unta ke?

    ReplyDelete
  8. Assalam mamasya.
    Bestnye. Biri2 sihat2 nmpk. Benda putih tu mcm kulit popia pulak. Kita pun nk tau apa benda tu. Roti kot...hee3..memandai je reka crita.

    ReplyDelete
  9. salam.
    1st time dtg sini-nampak untaaaaaaaaaaa!!

    hihi!

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum MamaSya,

    pengalaman yang tidak ada ditempat lain. Moga akak & sekeluarga selamat disana hendaknya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.