Pages

Friday, April 11, 2014

Ayam Percik Hidangan Hujung Minggu



Aslmkum...moga semua sihat sejahtera....tkasih berkunjung ke dapurmamasya. Bagi yg berminat nak tengok jubah cotton dari Egypt boleh tengok di bawah atau klik sini.
Dah lama tak kongsi masakan dari dapurmamasya....sejak balik Msia ini, xtvt memasak taklah serancak spt sebelum ini....masa agak terbatas. Utk entry hari ni nak kongsi ayam percik.....inipun resepi ulangan, pernah kongsi resepi sebelum ini. Ayam percik ni masak beberapa minggu lepas sbg hidangan kami sekeluarga di hujung minggu.

Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih - dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - lebihkan santan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan sikit api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


resepi ayam percik dari Rasa on line ini antara kesukaan kami sekeluarga....cukup rasa memikat selera....

8 comments:

  1. boleh try ini sebab macam ringkas caranya...selalu yg sya tengok resepi percik panjang berjela....tq.

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Alhamdulillah kita sehat. Mamasya sehat
    Rindu dgn menu masak2 mamasya
    Ayam percik sedappp kan biasa beli je lum try sendiri

    ReplyDelete
  3. assalam mamasya..

    lama x datang sini..em, sedapnya makan ayam percik..terliur..

    ReplyDelete
  4. waaaa mama...kalau dekat dah mintak skit nie !!!! mudah n mmg fav anak2...salin resepi yea :)

    ReplyDelete
  5. Sukanya Amie Mamasya dah mula kongsi resepi... lagilah nampak ayam percik tu rasa nak terkam je, hilang rindu kat banyak2 paparan resepi ayam2 panggang Mamasya yang lepas2 tu.... sedapnya! Kuah tu buat kecuuuurrrr!

    ReplyDelete
  6. wlcome back kak..heppy akk dh kongsi resepi lg..moga byk resepi mnatik lg..suka..

    ReplyDelete
  7. Salam Mamasya...izinkan saya copy resepi ni untuk di cuba sendiri. nampak sungguh menyelerakan :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.