Pages
▼
Monday, December 20, 2010
Ikan Siakap Kukus Taucu
Resepi asal guna ikan senangin tp tukar guna ikan siakap . Abaikan bahan2 sampingan yg posing sama2 dgn ikan tu.....ni sbb malas nak masak sayur...jadi campur sekali dgn ikan...letak karot, buah tomato dan cendawan...jimat masa.
Anak2 suka pulak ikan kukus taucu ni...
Ikan Siakap Kukus Taucu
Sumber; Trymasak copy dari blog Zaiy , t.kasih Zaiy.
Ingredients
1) Ikan siakap (1 ekor)
2) Taucu (2 sudu besar)
3) Bawang putih (2 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Halia (1 inci)
6) Serai (1 batang)
7) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
8) Air - untuk mengukus
9) Garam (sedikit)
10) Minyak untuk menumis
**tambah karot,buah tomato dan cendawan
Directions
Pertama sekali, gaul rata ikan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan air ke dalam kuali dan masukkan pengukus.
Setelah itu, letakkan ikan di atasnya. Susun hirisan halia di atas ikan. Kemudian bahagi dua serai yang telah diketuk dan susun juga di atas ikan.
Tutup kuali dan kukus kira-kira 15 minit hingga ikan masak.
Sementara menunggu ikan masak, hiris nipis cili merah, potong kasar daun bawang dan mayang bawang merah serta bawang putih.
Kemudian, hancurkan tauhu sedikit menggunakan sudu.
Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah. Setelah bawang merah layu, masukkan taucu dan kacau sehingga kering.
Selepas itu, masukkan air, kacau sebentar dan biarkan hingga air kering sedikit.
Kemudian, curahkan bahan-bahan tumis tadi ke atas ikan dan akhir sekali taburkan cili merah serta daun bawang.
Tutup kuali dan kukus sebentar. Hidanglah ikan bersama kuahnya.
Masakan ikan kukus taucu ni berkuah....anak2 mkn dgn kuah ikan tp masak juga ikan sepat lemak dgn nenas sbb dah lama beli nenas takut rosak.
Salam Mamasya,
ReplyDeletewah sedap ikan kukus ni...saya suka sgt ikan dikukus mcm ni ....nk msk pun senang mkn pun sihat...hihi akak, nanti datang umah ambil award yer...:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Mamasya....
ReplyDeleteIkan Sikap Kukus Tauchu....Sedap Menyelerakan....Tapi Abg Kak Lin Tak Suka Tauchu....