Pages

Tuesday, April 5, 2011

Ayam Bakar Mandhi



Sambung resepi ayam bakar yang dimakan dgn nasi mandhi spt entry semalam.Ayam bakar ni mmg set dgn nasi mandhi. Bakar seekor..potong 4...rajin sikit buat ayam bakar sbb perap je..pastu masuk oven.



Set nasi mandhi dgn ayam bakar ni kena mkn dgn sambal dan ulam-ulaman..barulah tambah sedapppp.Kalau suka boleh perah lemon yg dibakar tu atas ayam...

Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.



Ayam disusun dalam dulang..kemudian dibalut dlm aluminium foil,bakar dlm oven.



dah masak....panas-panas keluar dari oven...



Anak-anak bila tengok menu ayam bakar suka betul mereka...ada yg berebut kepak.. peha....

8 comments:

  1. sedap mama sy belum try lagi nasi mandhi ni mamasya guna rempah apa utk nasiknya

    ReplyDelete
  2. salam.. serbuk kabsa tu camne rupenya ye? agaknye klo bli kat kdai rempah india ade x? atau leh dpt kat supermarket je? nampak sedap la ayam tu..

    ReplyDelete
  3. Assalam mamasya,
    lauk ayam mandhi & nasi mandhi ni boleh masuk list lah..nampak sedap gitu...
    kecur pulak tengok dah..

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat kat mama, mama ratah gitu je, tak yah makan dengan nasi! Sedapnya!

    p/s : Ada award untuk Mamasya ye. Kalau sudi dan kalau berkesempatan, collectlah ye.
    (http://mamafami.blogspot.com/2011/04/cutie-strawberry-rolls.html)

    ReplyDelete
  5. Wah comel lote jer ayam tu berposing dlm pinggan tu eh..

    ReplyDelete
  6. Mamasya...sedap tgk lauk pauk di blog mamasya tau!...rasa teruja sangat-sangat!!..terima kasih kerana sudi berkongsi resepi di sini...saya akan sentiasa mencuba mamasya untuk santapan keluarga tercinta...terima kasih sekali lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Anon & t.kasih krn suka berkunjung ke blogmamasya.slmt mencuba resepi yg berkenan utk hidangan keluarga.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.