Pages
▼
Monday, April 4, 2011
Menu dinner Nasi Mandhi
Menu dinner kami sekeluarga semalam...makanan ala-ala Arab..set nasi Mandhi dgn ayam bakar,sambal dan ulam-ulaman.
Pernah tayang di Fotopages sebelum ini. Dah lama tak buat sejak balik sini..terasa nak makan...semalam cuti sempatlah masak-masak utk makan keluarga.
Tapi bahan untuk nasi tak cukup sbb tak ada minyak sapi.Ingatkan masih ada satu tin...cari-cari dalam kabinet, lupa yg dah digunakan sebelum ini. Oleh kerana nak masak juga, ganti dgn butter.Guna minyak sapi lagi sedap rasa nasi ni berbanding dgn butter.
Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah
Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Nota dapur Mamasya
*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.
bahan-bahan nasi Mandhi ni ringkas macam nasi minyak tapi tak guna susu....kismis ditumis sekali dgn rempah..
Untuk resepi ayam bakar boleh klik sini.jemput jamu mata dulu tp ayam tu dah tinggal tulang...
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeletehmmm memang ingat lagi waktu mamasya tyg resipi ini di fp dulu....nur belum pernah cuba walaupun dah ramai yg mencubanya....nak cuba juga lah.Sedap nampaknya....
salam... teringat makan nasi mandhi kat restoran arab damsyik ampangan.. sedapnye la hai.. kami mkn ngan kembeng golek die.. fuh terangkat habes!~yg ni pun nampak sedap.kalo dapt rase musti lg sedap :)
ReplyDeletesedapnya ma sy buat breiani arab guna pes segera aje ,nmpk nasi mama ni mcm nak bawak pinggan p sana
ReplyDeletenampak sedap ni...
ReplyDeletebetul tu.. kalau guna minyak sapi aromanya lagi sedap kan? entah bila nak cuba nasi mandhi ni.. cik abg kat rumah tu tengah berdiet.. msk nasi putih pun mkn sesenduk je.. sayur nak lebih.. hehe.. kalau masak nasi mandhi ni karang takut tak disentuh pulak.. hmm..
Sedapnya!!!nk cuba ni.dh terasa sedap da ni.tq kak,nanti nk cuba
ReplyDeletewah sungguh menyelerakan tgk ayam dan nasi ni....maunya bertambah nasi tu...nanti nak cuba jugalah buat nasi mandhi ni hmmm..mcm2 nk buat tapi tak terbuat2 juga..hehe
ReplyDeleteemmm..sedap nyer nsi arab ni..nk try buat la..tpi kan kak,,sya x paham tang alumnium and arang tue...hehe...mcmne ekk?
ReplyDeletesalam......suke singgah cni mcm2 respi ade...
ReplyDeleteamira gurlz ; aluminium foil itu letak atas nasi...buat lubang sikit di tgh nasi, utk letak arang yg telah dibakar dan minyak,bagi aroma arang. kalau tak buatpun tak pa.
ReplyDeletesedapnya.. tp x berapa paham yang no3 tu, tang letak arang tu
ReplyDeletedamiadanish , step no 3 aluminium foil itu letak atas nasi...buat lubang sikit di tgh nasi, utk letak arang yg telah dibakar dan minyak,bagi aroma arang. kalau tak buatpun tak pa.
ReplyDelete