Pages
▼
Tuesday, May 3, 2011
Destinasi kami.....
sumber; google
Maaf lambat update entry destinasi kami...saja nak bagi suspen sikit...tapi sebenarnya week end ni betul2 sibuk dgn beli2 brg persiapan..packing dan meraikan tetamu. Nak buat kunjungan balas ke blog kwn2pun tak berkesempatan.
Berbalik citer ke mana kami nak pergi pula kali ini...destinasinya pada 9.5.2011 nanti ialah ke bumi Anbiya....negara yg terkenal dgn piramid dan unta iaitu Kaherah, Mesir.
Sebenarnya sejak awal thn lagi dah dapat berita kami akan ke sana....tp sbb tak tahu bila masa bertolak, jadi tak citer kat sini. Ingat tak entry baru semalam dah rindukan Syakirah...entry pada bulan Jan 2011 yg lalu ttg mama pergi kursus, kursus yg dihadiri tu adalah kursus persediaan untuk kami ke luar negara. Juga kisah mr husben ke Mesir semasa Ops Piramid hari itupun ada kaitan dgn pemergian kami ke Mesir ini.
Spt komen teman-teman...baru hilang penat mengemas...ni mengemas lagi. Betul tu....baru selesai kemas brg dari Brunei.....ni berkemas lagi sbb kami balik dari Brunei bulan Dis 2009...manakala mr husben balik ke sini pada Jun 2010 bersama sebahagian kargo. Tak sampai 1 thn 1/2 kami pulang dari Brunei....dah nak tinggalkan lagi Malaysia.
Inilah rumah kami diami semasa di Brunei selama 3 thn 1/2 ...tinggal kenangan yg tak kan berulang lagi. Tapi kenangan paling manis adalah kelahiran Syakirah di Brunei, puteri yg dinanti setelah sekian lama...pergi bawa 4 hero, balik dgn 4 hero + 1 heroin.
sumber google
Sebelum ke Brunei kami tinggal di Melaka.Di bumi Hang Tuah ini lahirlah sbg Syafiq dan Syazrin. Tapi sebelum itu masa umur abg Syamil tak sampai 2 thn, kami pindah ke selatan. Mr husben dpt tawaran kerja di Singapore dan ditawarkan untuk tinggal di S'pore...
Tapi kami tinggal di JB. Kebetulan mamapun dapat kerja di JB....setiap hari mr husben ulangalik JB-S'pore. Di Johor lahirlah abg Syakim.
Sebelum ke selatan kami menetap di Trengganu selama sethn lebih.Di Trengganu lahirlah abg Syamil putera sulong kami.
sumber; google
Tapi perjalanan jauh kami bermula seawal 2 bulan lepas kahwin. Ke UK bersama2 mr husben tp mr husben sebelum itu telahpun berada di sana. 3 thn di bumi omputih....penuh kisah....penuh pengalaman...semuanya menarik dan berharga untuk dikenang.
Kini kami akan tinggalkan Melaka...tinggalkan Malaysia sekali lagi...demi tugas yg diamanahkan dan peluang yg diberikan kepada mr husben serta pengalaman baru yang bakal ditempuhi di negara org. Semua ini adalah sesuatu yg berharga utk kami lepaskan wpun terpaksa meninggalkan sanak-saudara yg disayangi, sahabat handai dan kediaman kami untuk seketika.
Peluang yg datang bukan mudah untuk digapai tanpa usaha dan keazaman ke arah peningkatan yg lebih baik dan peluang ini mungkin hanya datang sekali saja. Alhamdullilah ke atas rezki dan segala pemberian Allah....
sumber; google
Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga semasa di sana.InsyaAllah kami akan berada di Mesir selama 2 thn. Nanti jika ada kesempatan akan update blog.Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini....
assalamualaikum mamasya - semoga dipermudahkan urusan perpindahan. 2thn hanga sekelip mata ;-) manatau ada baby egypt pulak ... hehehe
ReplyDeleteAssallamualaikum Mamasya..
ReplyDeleteWah bestnye.. Nak itot... heheeee..
Kak x sempat kita jumpa.. ingat cuti sekolah nak balik melaka..boleh gi umah akak..tp x de rezeki kita nak jumpa...
slmt bertolak ye kak.. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkn utk akak sekeluarga..
Assalamualaikum Mamasya...waaaaaaaaa pergi jauh lg eh, alhamdulillah murah rezeki mamasya sekeluarga tuh....xdan kita nak jumpa2 kan Mamasya...Apapun moga Mamasya dan anak2 dpt menyesuaikan diri di tempat baru dgn cepat dan jgn lupa update lgk eh...muaaahhh!
ReplyDeleteAssalammualaikum kak, alhamdulillah dah selesai semua...bestnyer nk dok kat negara pdng pasir tu...mcm tu la kan kalau husband keja luar ni pindah randah jer kita...btw semoga akak sekeluarga dipermudahkan segala urusan nanti..amin.
ReplyDeleteSalam Mamasya....
ReplyDeleteJauhnya merantau mencari rezeki....betulla kan rezeki ada dimana2....
Mudah2han segala urusan dipermudahkan....jgn lupa kak cek eek....he he :)
salam ziela..
ReplyDeletedh nk tinggalkam mesia lg ke...baru blk sini kan..pasni terpaksa tinggalkan bidang p'jaan diofis lg..akak ingatkan nk gi jln2 je..
anak2 pun terpaksa bertukar sekolah lg kan..xpe lah utk kebaikan bersama dan akan dtg..
akak ucapkan semoga dipermudahkan urusan disana dan slmt berangkat ye...sedih nye...
Assalam mamasya,
ReplyDeletewah nak ke egypt pula ya..
semuga, selamat semuanya dan dipermudahkan segala urusan.. seronok ada sedih pun ada kan mamasya..
seronok, kerana, tinggal di suasana yang baru segalanya baru..sedihnya meninggalkan kampung dan tanahair..untuk mencari rezeki..so mama nanti disana pun masih bekerja juga ke?..
Salam kunjungan.. wah menarik, explorasi ke bnyk tempat..
ReplyDeletehttp://www.zuwairiaiman.com
Assalamualaikum Mama..
ReplyDeleteSelamat berangkat...semoga selamat sampai disana...dan jg lupakan Kak Lin tau...hehehe
Assalamualaikum Mamasya,
ReplyDeleteSemuga selamat pergi dan dipermudahkan segala urusan ya. Bertuahnya Mamasya dapat menimba pengalaman di negara luar, kita di sini tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik buat Mamasya sekeluarga.
semuga selamat sampai di sana. Untungnya anak-anak kamu dapat merasa pengalaman macam ni. Nanti kalau nak pi mesir lehlah contact kamu yer
ReplyDeleteSalam mamasya,
ReplyDeleteWah.. jauh tu gi Mesir.
Rasa macam baru mamasya berada di malaysia. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Syahdu pula rasanya. Moga perjalanan selamat dan keluarga dirahmati Allah selalu
Assalam Mamasya..
ReplyDeleteSelamat berangkat ke bumi Anbiya. Rezeki mama sekeluarga dapat bekerja sambil merantau ke seluruh negara bersama keluarga tercinta.
Semoga sentiasa di dalam rahmatNYA walau di mana mama sekeluarga berada..
Assalamualaikum mamasya,
ReplyDeletedapat peluang merantau ke merata tempat ni, mesti banyak kisah2 menarik dan pengalaman kan.
moga selamat semuanya dan boleh dengar cerita/kisah dari tempat baru pula..;)