Pages

Sunday, August 14, 2011

Edisi ulang tayang biskut raya; Choc Oreo Cookies



Assalammualaikum semua...hari minggu ni tentu ramai dah mula sibuk mengentel biskut rayakan.Kalau yg sempat buat biskut tu mmg bagus buat sendiri sbb lagi jimat dan puas hati dr segi rasanya. Teringat thn lepas tak cukup hari week end buat biskut....siap ambil cuti punya semangat nak baking biskut raya...nak siapkan biskut raya utk rumah sendiri dan bawak balik kg... rumah mak dan mil...maklumlah thn lepas kami sekeluarga dpt peluang beraya di kg setelah 3 thn beraya di negara org...tu yg semangat nak buat biskut raya sendiri bawa balik kg.
Thn ni sekali lagi beraya di perantauan.....mood nak buat biskut raya tu cam kurang sikit.....tambahan pula bahan2 baking kat sini tak byk dijual. Ni tgh cari mood ni sambil intai2 resepi biskut....kut-kut ada yg berkenan di hati. Semlm dok telek2 biskut yg pernah buat di dapur Fp mamasya....tengok biskut Choc Oreo Cookies , biskut raya tahun 2008 semasa di Brunei....berkenan pulak tp tak tahulah rajin ke tidak nak buat thn ni. Letak dulu resepi di sini utk dikongsi bersama dan juga utk sesi ulang tayang biskut dari dapurmamasya.

CHOCOLATE OREO COOKIES
Resepi : Cookies Cookbooks
Sumber; Dapur Mamasyablogspot

bahan
A; 140 gm butter
90 gm brown sugar
50 gm creamy peanut butter- *guna peanut butter with strip chocolate
1 tsp vanilla esen
B; 20gm tpg hoen kwee @ greenpea flour
1/2 tsp baking powder
160 gm plain flour
C; 100gm biscuit oreo (mesin; hancurkan)

bahan hiasan
200 gm cooking coklat
red candy topping- *guna rainbow&cho rice

Cara
1. Pukul bahan A dlm mixer hingga sebati.Masukkan bahan B dan C, gaul rata hingga jadi doh.
2.Letakkan adunan antara 2 helai plastik. Canai setebal 5 mm. terap guna acuan...letak sedikit gandum diacuan. Susunkan biskut di atas loyang pembakar yang telah dialas.
*adunan roll gitu tak letakpun plastik.loyangpun lupa nak alas,nasib baik tak melekat..
3.Bakar dlm preheat oven 180'C selama 15-20 min hingga masak. bila masak pindahkan utk disejukkan.
4.Setelah sejuk celupkan biskut dlm coklat yg telah dicairkan . letak hiasan.

2 comments:

  1. Mamasya...

    kak cek nak tempah sebalang tuk raya...he he...Waaa...sume org dah start buat kukis...kak cek tak taula bila nak start...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mamasya .. lama tak jengah2 dapur mamasya .. aii busy la katakan.. hehe.. ni pun belum buat biskut lagi ni bila la angin nak datang buat biskut dah separuh bulan dah pose ni ...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.