Pages

Saturday, August 13, 2011

Tepung pelita



Buat tpg pelita ni minggu lepas sbg juadah manis berbuka sbbnya tak tahan nengok kwn2 tayang tpg pelita di blog masing2. Tepung pelita ni antara juadah manis berbuka yg paling suka...gabungan manis lapisan pandan dgn lemak santan tu yg buat ianya sedap. Tak pernah miss kalau bulan puasa...ada buat..ada yg beli.. tp kalau bukan bulan Ramadanpun mmg suka mkn tpg pelita.Masa di Msia kalau jumpa org jual tpg pelita mmg terus beli.
Mcm biasa guna resepi dr Yani @ MYR.

Tepung pelita
Sumber; Yani&MYR

BAHAN
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air- letak 1 sk esen pandan
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan



tepung pelita...lagi sedap kalau simpan kejap dlm peti ais...mkn sejuk2..

8 comments:

  1. Assalamualaikum Ziela,

    sedap nampak tepung pelita tu...nur belum pernah buat....mesti rasanya lemak2 gitu kan?

    Re: Nur dah kenal pasti dimana silapnya...terima kasih ya mamasya atas keterangan itu.

    ReplyDelete
  2. Salam Mamasya & Syakirah cayang. Wooo... tergoda nya nengok kuih2 camni mmg sedap buka pose kan.

    ReplyDelete
  3. Mamasya....

    Haaa...ada tepung pelita...kak cek baru berangan2 nak buat...hu hu hu...leh mintak segelaslah ngan mamasya....he he he...
    Ada jugak versi tepung pelita yg kak cek baca...diorg letak gula dalam adunan kaler hijau tu kemudian dikukus...sume pun sedap2 belaka...tak tahan...tak tahan...:)

    ReplyDelete
  4. kuih wajib bulan puasa. hehe.. time tak puasa takde la teringin sangat nak buat. :D

    ReplyDelete
  5. suka tepung pelita tapi tak terbuat lagi bualan puasa ni.. list panjang plak untuk kuih2 manis ni.. sedapnya nampak

    ReplyDelete
  6. Kuih ni belum pernah cuba buat, insyaallah nk try esok ..lusa. Nk buh dlm gelas cam tu gak..senang, lapik sikit dgn daun pandan buat syarat.

    ReplyDelete
  7. as salam mamasya...cantik tepong pelita tu...kite suke tgk tp kat rumah ni bile bbuka semua mengejar nasi je...kuih2 ni kureng sangat...mamasya punye tepung pelita ni nampak menggoda sungguh.teringin pula nak buat :D

    ReplyDelete
  8. kalau xde air kapur jadi x kuih tu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.